Watak Utama
Iman Zulaikha
Ø Pelajar tingkatan satu
Ø Penyayang
Iman amat menyayangi kedua-dua ibu dan bapanya walaupun mereka telah bercerai. Malahan Iman bercita-cita untuk menyatukan mereka semula.
Ø Gigih
Iman gigih berlatih untuk memenangi pertandingan pidato peringkat sekolah dan peringkat daerah. Hasil usahanya yang gigih, dia berjaya menjadi johan.
Ø Pemaaf
Iman merupakan seorang yang pemaaf. Dia memaafkan kesalahan Linda yang pernah menolaknya sehingga jatuh tangga dan mengambil diari serta teks pidatonya sebelum pertandingan.
Ø Berani
Iman berani menentang Linda yang menyuruhnya menarik diri daripada pertandingan pidato agar memberi laluan kepadanya.
Watak Sampingan
Cikgu Julia
Ø Merupakan guru kelas Iman Zulaikha.
Ø Seorang guru yang bertanggungjawab terhdap semua muridnya.
Ø Telah banyak membantu Iman Zulaikha dalam pelajaran dan pertandingan pidato yang di sekolahnya.
Pei Wen
Ø Merupakan sahabat baik Iman.
Ø Belajar dalam kelas yang sama dan tinggal sekampung dengan Iman Zulaikha. Tinggal dengan emak tirinya.
Adif Danial.
Ø Merupakan sahabat baik Zulkarnain.
Ø Rakan sekelas Iman Zulaikha.
Ø Merupakan pelajar terbaik dalam kelas 1 Dinamik.
Linda
Ø Merupakan rakan sekelas Iman Zulaikha.
Ø Suka menyakiti hati Iman dan akhirnya dia insaf akan kesalahannya dan berbaik semula dengan Iman Zulaikha.
Latar Masa
Ø Pada waktu pagi.
Sewaktu sesi persekolahan pagi bermula jam 7.35 pagi.
Contohnya, sewaktu di dalam kelas Linda telah mengasari Iman.
Ø Pada waktu petang.
Selepas sesi persekolahan.
Contohnya, Iman menemani Pei Wen membeli barang di pasar raya.
Ø Pada waktu malam.
Hubungan Iman dengan ibunya.
Contohnya, Iman selalu berbalas e-mail dengan ibunya yang berada di New Zealand.
Latar Tempat
Ø Sekolah
Tempat Iman, Pei Wen, Zulkarnain, Linda dan Adif Danial menuntut ilmu.
Ø Rumah datuk dan nenek Iman
Tempat tinggal Iman setelah ibunya pergi melanjutkan pelajaran ke New Zealand.
Ø Port Dickson
Bapa Iman, Yusri membawa Iman dan datuk neneknya bersiar-siar ke Port Dickson.
Ø Kampung
Iman tinggal bersama-sama dengan datuk dan neneknya di kampung.
Latar Masyarakat
Ø Masyarakat pelajar
Masyarakat ini diwakili oleh Iman, Linda, Pei Wen, Zulkarnain dan Adif Danial.
Ø Masyarakat kampung
Iman tinggal di kampung bersama-sama datuk dan neneknya.
Ø Masyarakat yang patuh kepada agama
Datuk selalu bersembahyang jemaah di surau berhampiran rumahhnya di kampung tersebut.
1. Nilai kasih sayang
Iman amat menyayangi ibu dan bapanya walaupun mereka telah berpisah. Datuk dan nenek Iman juga amat menyayangi Iman.
2. Nilai ketabahan
Iman tabah menghadapi pelbagai dugaan untuk mencapai kemenangannya dalam pertandingan pidato peringkat sekolah dan daerah
3. Nilai kerajinan
Iman merupakan seorang pelajar yang rajin membaca dan mengulang kaji pelajaran.
1. Kita hendaklah menyayangi ibu dan bapa walaupun mereka telah berpisah kerana tanpa mereka, kita tidak akan lahir ke dunia.
2. Kita perlu tabah menghadapi pelbagai dugaan untuk mencapai kemenangan dalam sesuatu pertandingan.
3. Sebagai seorang pelajar kita haruslah rajin membaca dan mengulang kaji pelajaran.
1. Nyatakan tema novel Erti Sebuah Pengorbanan karya Zaihanim Zainal Abidin.
2. Iman Zulaikha merupakan watak utama dalam novel Erti Sebuah Pengorbanan.
Jelaskan tiga perwatakan bagi watak tersebut.
1. Tema novel Erti Sebuah Pengorbanan karya Zaihanim Zainal Abidin ialah kasih sayang
iaitu usaha dan pengorbanan yang dilakukan oleh Iman Zulaikha untuk mengeratkan
kembali hubungan kasih sayang antara kedua ibu bapanya yang telah lama berpisah.
2. Iman Zulaikha merupakan watak utama dalam novel ini. Peranannya berkembang dari
awal hingga ke kesudahan cerita. Tiga perwatakan Iman Zulaikha ialah
a) Penyayang.
Iman Zulaikha merupakan seorang gadis berusia 13 tahun yang sangat penyayang.
Beliau sangat sayangkan keluarganya. Iman Zulaikha telah cuba berusaha untuk
menyatukan kembali ikatan kekeluargaan antara emak dan ayahnya yang telah
berpisah kerana beliau sangat sayangkan kedua ibu bapanya. Akhirnya kedua ibu
bapanya dapat bersatu kembali.
b) Gigih.
Iman Zulaikha seorang yang kuat berusaha dan gigih dalam melakukan sesuatu
tugasan yang diberikan guru kepadanya. Buktinya beliau telah gigih berlatih
bersungguh-sungguh untuk menyertai pertandingan pidato peringkat sekolah dan
daerah. Akhirnya beliau telah berjaya memenangi pertandingan tersebut dan menjadi
Johan.
c) Pemaaf.
Iman Zulaikha merupakan seorang yang pemaaf. Dia sanggup memaafkan kesalahan
kawan sekelasnya, Linda yang telah banyak menyakiti hati dan perasaannya. Dia
turut memaafkan kesalahan Linda yang pernah menolaknya sehingga hatuh tangga
dan mengambil diari serta teks pidatonya sebelum pertandingan.
No comments:
Post a Comment