Monday, April 25, 2011

KEPADA PELAJAR BATU GAJAH DAN IPOH. BACA PETIKAN INI DAN BUAT JAWAPAN PENUH DALAM BUKU NOTA. GUNAKAN "TEST PAD"


Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut tulis sebuah rumusan tentang faedah-faedah membeli barangan buatan Malaysia. Panjang rumusan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

Kerajaan telah mengaktifkan Kempen Belilah Barangan Buatan Malaysia semula seperti yang pernah diperkenalkan di negara kita tidak lama dahulu. Seperi yang kita sedia maklum, kempen ini perlu diaktifkan supaya masyarakat menghargai barang-barang yang kita hasilkan apatah lagi ada antara barang tersebut berkualiti dan mampu menembusi pasaran antarabangsa.

Tindakan ini dianggap tepat pada masanya demi mengawal pengaliran keluar wang kita ke luar negara kecuali baranga-barang yang memang tidak mencukupi bagi keperluan domestic. Secara simboliknya, kempen ini dapat mendidik pengusaha di negara kita agar memberanikan diri, mengubah persepsi dan meningkatkan keupayaan untuk meneroka bidang yang selama ini dikuasai oleh orang luar, terutamanya bagi pengeluaran barang-barang berasaskan perkilangan.

Kempen ini sebenarnya memberi dorongan kepada pengusaha tempatan untuk meningkatkan kualiti barang yang dihasilkan supaya standing atau dapat menyaingi barangn dari luar negara serta diyakini oleh masayarakat tempatan agar terus menyokong industeri tempatan. Tidak dinafikan juga sokongan daripada masyarakat tempatan terhadap baranga dalam negara adalah sangat penting untuk menentukan jatuh bangun industri dan barangan tempatan. Contohnya, jika sesuatu barang yang kita keluarkan mendapat sambutan yang menggalakkan, bermakna kita dapat menghidupkan industeri tempatan manakala di pihak industri pula, mereka tentulah dapat melipatgandakan usaha untuk mengekalkan industri mereka, seterusnya menambah baik mutu barangan yang dikeluarkan dengan harapan dapat memuaskan hati pengguna.

Menyokong industri tempatan bermakna bahawa kita dapat menyumbang kea rah kemantapan ekonomi negara dalam pelbagai aspek, termasuklah peluang pekerjaan yang dapat dinikmati oleh penduduk tempatan. Kadar pengangguran yang dapat kita kurangkan akan dapat mengecilkan risiko jenayah dan segala macam budaya yang menghimpit remaja pada masa ini.

a. Berikan maksud “mengubah persepsi” dalam petikan. 2m

b. Jelaskan dua kebaikan atau faedah jika kita menyokong industri tempatan. 4m

c. Pada pendapat anda, mengapakah kita mesti mengimport barang-barang dari luar negara untuk kegunaan tempatan. 4m

No comments:

Post a Comment