Sunday, April 24, 2011

Bahasa istana

Pengetahuan Umum.

Bahasa istana ialah bentuk bahasa yang digunakan dalam kalangan kerabat diraja, apabila berhubung atau berkomunikasi dengan kerabat diraja, serta apabila menyebut hal-ehwal berkenaan raja. Bahasa istana masih digunakan hari ini biarpun sistem feudal lama hanya tinggal sejarah.

Bahasa istana mungkin berasal dari bahasa yang sama tetapi mempunyai kosa kata yang berlainan, atau penggunaan bahasa yang berbeza sama sekali. Sebagai contoh, wangsa Seuna yang pernah memerintah negeri Karnataka menggunakan bahasa Kannada bukannya bahasa Sanskrit sebagai bahasa istana, atau bahasa Arab yang menjadi bahasa istana di Parsi apabila negara tersebut ditakluki oleh orang Arab.

Sementara bahasa yang sama dengan kosa kata yang berlainan wujud dalam bahasa Melayu, seperti “Nyōbō kotoba” sistem bahasa istana bagi bahasa Jepun, bahasa Jawa, dan banyak lagi termasuklah bahasa Inggeris.

Bahasa istana Melayu

Bahasa Istana↓ Bahasa Biasa↓
Almarhum Allahyarham
ampun kurnia maaf
anugerah beri; hadiah
baginda dia (raja menyapa rakyat)
beradu tidur
berangkat berlepas; bertolak
bercemar duli berjalan; pergi ke
berkenan sudi; suka akan
berputera beranak; bersalin
bersabda berkata
bersiram mandi
bertitah berkata
beta saya (raja)
daulat bahagia
gering sakit
hari keputeraan hari jadi
hulu kepala
iram-iram payung
kaus kasut
kurnia beri; hadiah
mahkota topi
makam kubur
mangkat mati; meninggal dunia
menghadap menjumpai
murka marah
patik saya (rakyat menghadap raja)
peraduan tempat tidur
permaisuri isteri
putera anak lelaki
puteri anak perempuan
santap makan
semayam duduk; tinggal
sembah memberi salam
singgahsana kerusi
titah kata; perintah

No comments:

Post a Comment