Tuesday, April 19, 2011

kepada murid-murid tuisyen - Linggesh, Liknesh, Hema, Meenu, Raga dan Vicky:
juga kepada murid tuisyen Ipoh : Sri Kant, Thanigesh, Jerald Foo, Loges, Kuha dan Karthik
baca karangan contoh ini dan jawab soalan ini dalam tempoh 30 minit pada hari Isnin depan (25 April 2011)



USAHA-USAHA MEMPERKUKUH PERPADUAN KAUM RAKYAT MALAYSIA

Sejak 31 Ogos 1957, penduduk Malaysia yang terdiri daripada masyarakat berbilang kaum hidup bagai aur dengan tebing. Walaupun menyedari hakikat bahawa rambut sama hitam, hati lain-lain , namun masyarakat yang berbilang kaum ini hidup dengan aman dan damai. Oleh itu, pelbagai pihak perlu memegang pada kekuatan jata negara, yakni Bersekutu Bertambah Mutu”untuk mengeratkan perpaduan kaum di Malaysia. Perpaduan kaum di Malaysia seyogianya menjadi kebanggaan Negara kita.


Sebenarnya, kita bolehlah mengadakan aktiviti gotong-royong di taman-taman perumahan untuk memupuk perpaduan kaum rakyat di Malaysia. Masyarakat yang berbilang kaum akan keluar untuk bekerjasama membersihkan taman-taman perumahan. Melalui aktiviti kemasyarakatan ini, mereka dapat lebih mengenali antara satu sama lain melalui perbualan dan berinteraksi kerana tak kenal maka tak cinta. Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir pernah menegaskan bahawa bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat; perpaduan merupakan kekuatan negara. Oleh sebab itu, saya percaya bahawa jika kita mengamalkan prinsip berat sama dipikul, ringan sama dijinjing, kita dapat menikmati pembangunan nusa tercinta ini bersama-sama.


Selain itu, kita juga boleh mengamalkan amalan kunjung-mengunjung ke rumah rakan-rakan yang berlainan bangsa sempena hari-hari perayaan untuk memupuk semangat perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang kaum di Malaysia. Kebudayaan antara kaum dapat difahami dengan lebih mendalam sekali gus dapat menjana tahap kefahaman dan membina masyarakat yang saling menghormati. Amalan rumah terbuka juga boleh dipraktikkan untuk memupuk perpaduan kaum rakyat Malaysia dengan amalan saling memaafkan sesama insan. Oleh itu, sikap buang yang keruh , ambil yang jernih ternyata mampu menjalinhubungkan semangat perpaduan yang tersedia utuh.


Seterusnya, pihak kerajaan sentiasa membuat anjakan paradigma demi memperkuat jalinan kemesraan rakyat dengan mengadakan banyak aktiviti pada peringkat taman-taman perumahan. Dengan langkah bestari itu, kita dapat memupuk perpaduan kaum rakyat Malaysia. Misalnya, sambutan hari keluarga dan jamuan tahunan yang diadakan oleh organisasi atau pertubuhan kerajaan dapat mempererat hubungan antara pemimpin dengan penduduk tempatan. Selain dapat mendengar rintihan hati rakyat, pemimpin turut dapat menjadi suri teladan sebagai agen perpaduan. Saya yakin, orang ramai yang berbilang kaum akan lebih mempercayai dan meyakini kewibawaan pemimpin dan saling menghormati antara satu sama lain. Cara ini pasti ini akan mengurangkan pertengkaran dan perselisihan faham antara kaum.

Di samping itu, kita juga dapat memupuk perpaduan kaum di Malaysia dengan menghantar anak-anak ke sekolah kebangsaa . Dengan cara ini, kita akan dapat melahirkan pemuda-pemuda yang tidak mempunyai masalah perhubungan dan pergaulan antara kaum yang berlainan. Pergaulan mesra dan semangat bersatu padu yang dijalin ini sudah mampu menjadi tiang kukuh untuk membuktikan bahawa rakyat Malaysia patuh pada Rukun Negara. Hal ini sangat penting untuk memupuk perpaduan kaum di Malaysia dalam sanubari anak-anak sejak bangku sekolah kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Semua kekangan untuk mempererat perpaduan kaum akan dapat diselesaikan jika anak-anak telah mempelajari cara-cara untuk berinteraksi dengan orang yang berlainan kaum sejak kecil.

Tuntasnya, semua pihak haruslah menggembleng tenaga dan bekerjasama untuk memupuk perpaduan kaum rakyat di Malaysia. Hal ini penting supaya negara dapat berkembang maju dengan lebih lancar bawah dasar 1Malaysia yang diilhamkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak. Saya yakin dan percaya bahawa rakyat Malaysia mengenali peribahasa ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni. Oleh itu, kita yang sudah melalui zaman prakemerdekaan yang perit dan pahit haruslah mengisi kemerdekaan dengan penuh semangat perpaduan kaum. Ingatlah wahai rakyatku bahawa semangat perpaduan harus disemai dan diingati sampai bila-bila agar Wawasan 2020 menjadi realiti, bukannya fantasi semata-mata.

Wednesday, March 16, 2011

KEMBARA AMIRA - DARI BAB 1 KE BAB 27

KEMBARA AMIRA
Bab 1: Amira Amir dan rakannya, Jacinta menghabiskan cuti mereka dengan menyertai ibu Amira, iaitu Profesor Zaidah yang sedang menjalankan kajian arkeologi bersama-sama dengan pelajar tahun akhir di Bukit Mat Raya. Mereka ke sana dengan menaiki kereta api. Di dalam kereta api itu, Amira terpandang seorang pemuda berkulit agak gelap dan seorang tua yang berkulit putih. Dalam perjalanan, Amira membuka e-mel dan mengemaskinikan laman web ibunya supaya maklumat yang diperoleh ibunya itu dapat dikongsi bersama-sama dengan rakan-rakan ibunya di luar negara. Di dalam kereta api yang sama, Malique meluahkan rasa terkilannya kerana terpaksa mengikut kehendak ibunya agar mengikut lelaki tua yang dikenali dengan nama John O'Hara. Hatinya tertanya-tanya akan hubungan ibunya dengan O'Hara, tetapi mulutnya seakan-akan terkunci. Hari ini merupakan kali pertama dia meninggalkan ibunya. Di dalam hutan di Bukit Mat Raya, Profesor Zaidah meneruskan kajiannya. Sudah hampir 25 tahun dia mengamalkan disiplin ilmu tersebut. Hujan turun menyebabkan tali khemah terputus. Dr. Zawawi menyimpulkan bahawa tali tersebut putus akibat perbuatan khianat. Sebanyak 12 tapak cari gali telah diusahakan dan setiap tapak diuruskan oleh tiga orang pelajar. Profesor Zaidah menyembunyikan daripada pelajarnya tentang masalah yang bakal berlaku.
Bab 2: Amira dan Jacinta tiba di Stesen Dahan Hijau dan menanti ketibaan Pak Lias untuk membawa mereka ke tapak cari gali. Setelah lama menanti, akhirnya Pak Lias tiba. Amira dan Jacinta bersarapan nasi goreng yang disediakan oleh Pak Lias. Ketika kereta bergerak, sebuah kenderaan pacuan empat roda memotong mereka. Amira ternampak lelaki yang dilihatnya dalam kereta api tadi. Hatinya tertanya-tanya tujuan lelaki itu. Pemuda tersebut, iaitu Malique juga tertanya-tanya tentang Amira, gadis yang dilihatnya menggunakan komputer riba di dalam kereta api. Roslan, pemandu kenderaan tersebut memberitahu tentang pemandu kereta yang membawa Amira. John O'Hara menganggap pelajar-pelajar universiti yang sedang menjalankan kajian arkeologi telah mengganggu rancangan yang telah diaturnya. Roslan menafikan mereka mengganggu kerana Profesor Zaidah dan anak buahnya melakukan kajian di sebelah matahari naik, sedangkan mereka di sebelah matahari jatuh. Seterusnya, Roslan berhati-hati ketika mendaki Bukit Kerengga yang curam.
Bab 3: Malam itu, di Desa Karpus, Amira dan Jacinta berbaring di dalam khemah untuk menghilangkan keletihan. Suasana sunyi, hanya kedengaran bunyi serangga malam. Amira menegur sikap Jacinta yang selama ini tinggal di asrama tanpa mahu pulang menemui ayahnya. Untuk kali ini, ayahnya telah membelikannya tiket ke London untuk memujuknya agar menerima ibu baharunya. Amira mengharapkan Jacinta berfikir secara mendalam akan tindakannya yang negatif terhadap ayah kandung sendiri. Perbualan mereka telah ditegur oleh Profesor Zaidah. Profeseor Zaidah mahu Amira dan Jacinta tidur awal. Dia menasihati Jacinta agar bersabar atas sikap ayah Jacinta yang berkahwin baharu. Dia akan menelefon ayah Jacinta untuk memaklumkan bahawa anaknya sedang bercuti bersama-sama dengannya yang sedang membuat kerja lapangan di dalam hutan. Setelah itu, Profesor Zaidah mengingatkan Amira dan Jacinta agar ke tapak 10 untuk kerja penyelidikan.
Bab 4: Amira ke air terjun untuk membersihkan dirinya. Amira berjumpa dengan Malique yang turut ke sana. Mereka berkenalan. Amira ingin mengetahui tujuan Malique berada di situ. Jacinta telah sampai sewaktu mereka bercakap . Malique berasa seperti hutan itu mempunyai talian dengannya. Malique pulang ke kemnya selepas memberi alamat e-mel kepada Amira untuk berhubung. Amira dan Jacinta ke dapur untuk menjamu hidangan . Jacinta mempunyai kegemaran yang sama dengan Dr.Zawawi . Mereka bergurau sambil menikmati hidangan . Topik perbualan berubah apabila yang mengawal khemah menceritakan terdengar bunyi tapak kaki dan terbau asap rokok keretek. Dr. Zawawi dapat menyakinkan pelajar-pelajar bahawa kawasan itu selamat dengan memberikan alasan yang rasional kepada pelajar. Rasidi secara tiba-tiba menimbulkan persoalan mengenai penyatan Prof. Zaidah yang menyatakan bahawa kejadian tali terputus itu memang sudah dijangkakan . Profesor memberitahu situasi sebenar dan persaingan yang mereka hadapi . Mereka mengesyaki O'Hara untuk kejadian tersebut. Amirahendak berhubung dengan Malique untuk men dapatkan cerita sebenar.

Bab 5: Amira menunggu Malique di air terjun pada keesokan hari . Jacinta telah datang mencari Amira yang sudah lama berada di situ . Mereka berdua berjalan di air terjun mengikut arus sungai sambil berbual mengenai Malique dan O'Hara serta situasi yang dia hadapi . Amira terhuyung-hayang kerana air terlalu deras dan dia dibawa oleh arus itu . Jacinta hanya dapat melihat. Apabila Amira membuka matanya, dia terlihat dua bayangan oranag Asli, iaitu Itai seorang pemuda dan Tau pak ciknya . Pemuda itulah yang telah menyelamatkan Amira . Dia memberikan Amira sedikit ikan bakar supaya dia mendapat tenaga untuk berjalan. Mereka menunggu kedatangan Jacinta, tetapi apabila telah lama menunggu mereka bertolak ke Desa Karpus .
Bab 6: Amira rasa bersalah apabila mendapat tahu keadaan Jacinta yang sangat lemah. Amira juga takut berjumpa dengan ibunya yang agak marah terhadap tindakan anaknya yang membahayakan nyawa dia dan rakannya. Dia bersama-sama Jacinta yang masih belum sedar. Pelajar -pelajar yang turut serta dalam ekspedisi mencari Jacinta telah memuji kehebatan Tau dan Itai dalam menjejak orang . Amira ke khemah ibunya. Ibunya memarahi Amira kerana membuat sesuatu yang amat berbahaya. Amira meminta maaf dan berjanji tidak akan mengulangi perbuatan itu sekali lagi .
Bab 7: Malique ke Pulau Pinang mengikuti O'Hara . Dia dapat merasakan perhubungan yang erat dengan hutan itu . Dia rasa bertanggunjawab menyelamatkan hutan itu . Semasa balik dari Penang, O'Hara dan Malique bersembang untuk membuang rasa bosan . O'Hara menceritakan perjalanan hidupnya yang begitu susah. Malique cuba mencungkil rahsia hubungan ibunya dengan O'Hara . O'Hara tidak menjawab malah berdiam diri buat seketika dan telah menukar topik perbualan . Prof. Zaidah menaiki pacuan empat roda yang dipandu Pak Lias ke stesen kereta api. Mereka hendak ke sana mengambil generator. Secara tiba-tiba kenderaan yang dipandu hilang kawalan. Pak Lias cuba mengawal tetapi usahanya tidak berbuah . Mereka menghimpit ke tebing di sebelah kiri untuk menyelamatkan diri daripada terbabas ke dalam gaung di sebelah kanan .
Bab 8: Tau meluahkan kerisauannya terhadap hutan yang sedang diteroka tanpa batasan. Dia risaukan masa depan kampung halamannya . Dia bercakap dengan abangnya Ludin mengenai perkara ini. Ludin turut melahirkan rasa simpatinya terhadap Tau yang melalui banyak keperitan dan masih berusaha menjaga hutan ini. Tau juga memulaukan dirinya daripada orang awam. Tau dengan bangganya bercakap tentang Itai yang telah berguru dengannya. Itai telah menjadi seorang yang telah mempelajari segala ilmu perhutanan yang diwariskan kepada Tau. Itai diserahkan kepada Ludin. Jacinta telah sedar tetapi kelihatan pucat dan letih. Amira menyuruh Jc berehat dan mendapatkan Jc makanan. Itai datang melawat Jc dan dia diperkenalkan kepada Jc. Mereka memberikan penjelasan secara dalam kepada Itai mengenai projek cari gali ini dan kebaikannya dalam menyelamatkan hutan ini .
Bab 9: Amira terkejut mendapat berita kemalangan ibunya. Dr. Zawawi risau projek ini akan tergendala . Prof Zaidah hanya dapat bersyukur kerana mereka tidak terbabas ke dalam gaung. Prof meminta maaf kepada Amira kerana terlalu sibuk dengan kerjanya. Dr. Zawawi bercadang untuk menangguhkan projek ini tetapi profesor membantah cadangan itu kerana kesuntukan masa yang mereka hadapi. Dr. Zawawi risau akan keselamatan mereka. Rusdi ingin mengetahui rahsia di sebalik misteri waktu malam supaya penghuni Desa Karpus dapat menjalankan kerja dengan lebih bersemangat. Ayah Ludin telah datang ke sana untuk menolong Prof mengubati lukanya .
Bab 10: Malique dan O'Hara telah tiba di stesen kereta api. Mereka menanti Roslan datang mengambil mereka. Malique teringatkan perbualannya dengan Roslan ketika dia dihantar ke stesen kereta api . Malique telah mendapat notebook untuk memulakan kerjanya . Roslan agak lewat kerana pekerja baru telah minum dan bergaduh . Ah Chin tidak menjaga pekerjanya dan pergi berburu. Roslan menyampaikan berita penghuni Desa Karpus yang heboh kerana seorang telah hanyut dan seorang lagi sesat. Malique dapat mengagak bahawa budak yang dihanyutkan arus itu ialah Amira. Malique meminta Roslan membawanya ke Desa Karpus . Tangan Prof sudah menjadi lebih baik. Itai sangat gembira dapat mengunakan komputer riba Amira. Itai ingin mencari maklumat tentang ayurvedic dan perubatan tradisional dalam ensiklopedia.
Bab 11: Tau melihat Desa Karpus dari jauh. Dia memikirkan rutinnya yang akan melawat tempat ini setiap hari tetapi kini tidak boleh lagi kerana telah dipasang lampu . Dia telah berkahwin dengan Ipah menggantikan tempat abangnya supaya Ludin dapat menjadi ketua kampung . Mereka mempunyai dua anak . Tau teringatkan masa silamnya dengan Ipah. Dia juga mengesyaki Johnny sudah kembali ke sana . Johnny telah merampas semuanya daripada dia dan meninggalkannya. Ah Chin dimarahi oleh sebab tidak menjalankan tugasnya. Roslan risau dia akan diapa-apakan oleh pekerja baru itu kerana melaporkan kepada O'Hara . Malique mengajak Roslan ke bandar selepas selesai bekerja di sini Malique mula berfikir tentang Amira yang ingin berjumpa dengannya. Mereka hendak ke sana pada keesokan hari untuk melawat Amira dan bertanya tujuan Amira hendak berjumpa dengannya.

Bab 12: Ikatan buluh di tangan Profesor dibuka dan dia dapat bekerja seperti biasa. Prof. menjelaskan kepada Ludin perkara yang menyebabkan mereka lebih bersemangat . Penemuan tulang itu dapat menyelamatkan hutan itu. Itai secara tiba-tiba bertanya kepada Jacinta adakah dia tidak bercuti bersama keluarganya ? Jc cuba mengelak daripada bercakap dengan Itai . Itai bercadang untuk menghadiahkan emas kepada Jc supaya dapat menjadikan dia gembira dan ramah seperti biasa. Prof Zaidah pula cuba menerangkan kepada Ludin betapa berharganya tulang-tulang itu dan proses mencari gali itu serta macam mana tulang-tulang itu dapat berada di sana . Malique pula datang berjumpa dengan Amira untuk bertanya khabar. Dia sempat bersalaman dengan Prof.

Bab 13: Amira mengikut Itai untuk mengutip emas yang dikatakan Itai. Itai pula menceritakan misteri di kampungnya itu yang bagai berpenunggu. Amira meluahkan kesanggupannya untuk berhadapan dengan apa-apa sahaja untuk mendapatkan emas itu buat Jc. Itai menunjukkan dasar sungai yang dipenuhi emas itu namun Itai hanya membenarkan Amira mengambil hanya satu untuk Jacinta. Sewaktu dalam perjalanan pulang secara tiba-tiba Itai menarik tangan Amira. Wajah Itai pucat dan keadaan menjadi sunyi sepi. Mereka dapat melihat dua lembaga , seorang dengan tangannya yang terikat dan tubuh yang lain berbulu dari pinggang hingga ke leher. Lembaga itu telah memukul orang yang tangannya terikat itu selain memaki orang itu kerana tidak mengendahkan amarannya. Itai cuba melepaskan diri dari tempat itu. Dia menyentap tangan Amira dan lari ke rumah Tau . Tiba-tiba muncul satu lembaga lalu menyergah mereka. Itai telah bersedia dengan parangnya dan Amira sempat menjerit lalu rebah.
Bab 14 : Malique baru bangun tidur dan keadaan kem bagai ada sesuatu yang tidak kena. Ah Chin telah membawa Roslan masuk ke dalam hutan untuk mencari pekerja yang telah hilang. O'Hara marah kepada pekerja kerana operasi menggerudi akan menjadi lambat disebabkan perkara ini. Malique datang berjumpa dengan Amira. Amira menyatakan tujuan sebenar dia menunggu Malique dan bukannya untuk perkara lain. Mereka bercakap mengenai O'Hara dan kemungkinan hubungan dia dengan Malique. Malique pergi ke khemah O'Hara dan dia dinasihati agar tidak melibatkan diri dalam urusan mencari pekerja yang hilang. O'Hara berpuas hati dengan cara Malique menyediakan laporan itu. O'Hara cuba memujuk Malique bahawa suatu hari nanti pasti hutan ini akan musnah. O'Hara juga berjanji akan mendedahkan rahsia hubungan mereka sebelum mereka keluar dari hutan itu. Malique mengikuti Roslan ke hutan untuk mencari pekerja yang hilang. Kenderaan yang mereka naiki tersekat dalam lumpur. Roslan keluar dari kereta untuk menarik perhatian kenderaan yang di hadapan. Malique cuba menghidupkan enjin namun gagal untuk menggerakkannya. Secara tiba-tiba terasa seperti ditolak dari sebelah kanan. Apabila menoleh ke belakang, dia dapat melihat aliran lumpur bersama-sama dengan ranting kayu dan dahan-dahan menyerbu bagai air terjun dan menolak kereta itu menuju ke gaung.
Bab 15: Amira ke perkampungan Itai kerana sudah dua hari dia tidak datang ke Desa Karpus. Dia berjanji pada dirinya yang dia tidak akan membocorkan rahsia itu. Dia juga berasa Itai nampak sesuatu yang dia tidak nampak apabila matanya ditutup. Tau yang telah datang menolong mereka bagaikan menyembunyikan sesuatu. Tau bagaikan tidak mengetahui apa-apa dan bertanyakan apa yang terjadi sehinggakan mereka berlari begitu. Apabila Ludin datang ke Desa Karpus, dia disambut dengan pertanyaan: Dimanakah Itai ? Ludin pula hendak bercakap secara berseorangan dengan Amira. Apabila Amira sampai ke perkampungan, dia disambut baik oleh isteri Ludin dan Tau. Itai terbaring bagai tidak bermaya di atas katil . Amira tidak lagi dapat menyembunyikan apa yang mereka ambil, Amira dibawa masuk ke dalam bilik dan mereka bercakap . Ludin cuba membela Amira dan Itai. Tau juga mempertahankan keputusan Itai. Jc dapat mendengar suatu suara yang mempertikaikan tindakan Itai dan Mira yang mungkin menggadai perkampungan ini. Amira lebih rela menghampakan Jc daripada menyebabkan masalah dalam perkampungan itu. Tau tidak dibenarkan bersuara kerana dia sudah membuang haknya . Jc meminjamkan komputer riba yang dibawanya kepada Itai yang bosan berkurung dalam bilik itu .
Bab 16: Kawasan khemah agak lembab disebabkan hujan dan kerja cari gali terbatas. Semua orang kembali bekerja apabila matahari mula terik. Amira memanggil Jc dan memberitahu ada sesuatu di situ. Mereka tidak sabar mahu melihat penemuan itu. Amira memanggil ibunya untuk menolong mereka dan memberi tunjuk ajar. Rusdi disuruh untuk mengambil alih tempat itu disebabklan dia lebih berpengalaman. Penemuan ini merupakan yang paling sempurna setakat ini, iaitu sebuah tembikar. Amira bangga dengan penemuannya namun berasa penemuan tulang karpus merupakan lebih penting dan bermakna. Itai dan Tau datang ke Desa Karpus. Tau hendak berjumpa dengan professor. Tau menyatakan keputusannya untuk membantu penghuni Desa Karpus demi menyelamatkan hutan itu. Prof bertanyakan cara Tau hendak menolong mereka. Tau mengaku dialah yang menjaga kawasan itu setiap malam. Tau ingin menunjukkan sesuatu kepada mereka. Dr. Zawawi, Rusdi, Jc dan Amira akan mengikuti Tau. Pak Lias datang bersama Roslan yang membawa berita kehilangan Malique yang terjatuh ke dalam gaung. Roslan datang meminta tolong Itai dan Tau yang mencari Jc dan Amira. Amira berjanji akan membantu mereka selepas mereka kembali dari ekspedisi ini.
Bab 17: Malique tidak berdaya untuk bergerak, kaki kanannya dibaluti dengan buluh. Dia tidak tahu siapa yang mengubatinya dan memberikan dia makanan. Malique menyambung untuk menyediakan laporan dan dia juga teringat akan kawannya Roslan. Dia teringat akan ibunya di Melaka dan cerita ibunya mengenai ayahnya yang meninggal awal. Baru-baru ini dia bermimpikan suatu haiwan cuba mencederakannya tetapi sebuah lembaga datang membantunya. Dia hanya dapat menunggu bantuan dari luar datang mencarinya .
Bab18: Mereka akhirnya sampai ke pergunungan batu kapur itu . Jc meminta pertolongan Tau untuk mencari Malique. Itai tetap dengan pendiriannya untuk melihat apa yang Tau hendak tunjukkan. Tau memperkenalkan Gunung Gua Gajah itu. Mereka mengikuti Tau untuk masuk ke dalam gua itu. Mereka menjadikan tumbuhan renek dan akar-akarnya sebagai tangga. Gua ini hanya didatangi orang asli untuk mengambil najis kelawar. Terdapat lukisan menggunakan arang pada dinding gua tersebut . Mereka mencari bukti lain selain daripada coretan itu. Dr. Zawawi mengambil video. Amira terlihat sesuatu yang bersinar dan mendapatkannya iaitu mobile disk . Rusdi berjaga menjumpai kapak batu zaman neolitik. Tau menanti mereka di bawah dengan madu lebah.
Bab 19: Penemuan itu telah menggembirakan penghuni Desa Karpus. Amira memanggil Jc dan Itai ke khemah mereka. Amira menunjukan mobile disk yang dijumpainya. Malique selalu menggantung disk itu di lehernya. Amira harap disk itu oleh digunakan dan dapat membantu mereka mencari Malique. Disk itu dilindungi password. Itai tidak berhenti mencuba membuka disk itu. Mereka akhirnya mencuba perkataan aurum, iaitu nama saintifik emas dan berjaya membuka disk itu. Terdapat beberapa laporan dalam disk itu.
Bab 20: O'Hara tidak pasti apa yang harus dibuatnya dan bagaimana hendak menjawab kepada Jennifer. Jennifer dalam perjalanan datang ke Desa Karpus. O'Hara teringat akan perjanjian yang dibuatnya dengan Jennifer untuk menjaga Malique. Jennifer telah datang dan dia diperkenalkan kepada pekerja-pekerja kem. Jennifer cuba menenangkan dirinya. Amira masih tidak dapat berbuat apa-apa selagi dia tidak menyelamatkan Malique dan berharap Tau akan membantu mereka. Tau bermimpikan kehidupannya dengan Ipah dan Sabi. Apabila terjaga dia terus ke pondok kecil itu. Malique terkejut apabila melihat makhluk berbulu lebat itu. Makhluk itu cuba meyakinkannya bahawa dia merupakan ayah Malique. Parut di rusuknya itu menjadi bukti.
Bab 21: Pak Cik Roslan dan Pak Lias turut menyertai mereka untuk mencari Malique dengan diketuai oleh Itai. Mereka gembira kerana ada yang sudi memberikan bantuan kepada mereka. Roslan menawarkan dirinya untuk berpatah balik dan membawakan lampu suluh serta tali. Setelah sampai di kaki bukit, mereka berehat dahulu. Roslan sampai ke kaki bukit dengan keretanya membawa O'Hara dan ibu Malique bersama-sama. Jacinta, O'Hara dan Jennifer (ibu Malique) menunggu di kaki bukit sementara yang lain naik ke gua itu. Makhluk berbulu itu berharap Malique tidak akan tertidur dan tidak terjaga sehingga manusia yang berada di kaki bukit itu pulang. Lembaga itu bagaikan mengenali ibu Malique namun tidak dapat mengingatkan kembali secara terperinci . Jennifer cuba mengelak soalan Jc mengenai hubungannya dengan hutan itu .
Bab 22: Ridley yang dalam perjalanan pulang ke Australia tidak dapat meneruskan perjalanan dan terpaksa melakukan pendaratan kecemasan. Sayap pesawat itu telah patah merempuh pokok-pokok dan terbenam ke dalam tanah. Api merebak di bahagian enjin. Samantha dicampak melalui tingkap sejerus kemudian kapal itu telah meletup. Jidin sedang berburu seberapa banyak yang mungkin. Jidin teringat akan kata-kata moyang yang semua pokok mempunyai semangat dan haknya yang tersendiri. Ludin dan Tau mengikuti langkah ayahnya. Tiba-tiba kedengaran bunyi letupan dan apabila sampai di kawasan kejadian satu bayi yang bermata biru kelihatan . Penduduk kampung itu menolak kehadiran Samantha.
Bab 23: Mereka telah mula mencari dalam gua namun tidak mendapat sebarang petunjuk. Kesan tapak kaki mereka pun tidak terusik daripada mereka datang. Itai telah menceritakan kisah hidupnya yang kehilangan abangnya. Keinginannya untuk berjumpa dengan abangnya masih tidak berubah walaupun sudah lama. Itai menjumpai kesan tapak kaki manusia dan memanggil semua untuk datang melihat dengan nada yangkuat. Semua kelawar takut dan mula berterbangan dan kejadian itu telah melahirkan rasa bimbang terhadap mereka yang berada di dalam gua. Jc ingin naik ke atas bagi melihat situasi di atas namun dia dihalang daripada pergi ke atas kerana akan menyusahkan mereka yang di atas dan menyesakkan. Kesan tapak kaki itu menunjukkan ke arah aliran air itu . Mereka masuk ke dalam lubang itu dan mendapati lubang itu agak besar. Mereka sampai ke penghujungnya di mana mereka sampai ke puncak gunung. Itai memberitahu ada orang di atas kerana kedengaran bunyi orang di atas.
Bab 24: Prof dapat merasai ketiadaan Jc dan Amira. Dia mula mencari mereka sekitar Desa Karpus. Prof dapat mengagak yang mereka pasti terlibat dengan perkara mengenai Malique. Apabila ditanya kepada Rusdi, dia memberitahu yang mereka ke gua itu. Prof tidak faham mengapa mereka ke situ. Barulah dia teringat akan penemuan mobile disk kepunyaan Malique di dalam gua itu. Prof kesal dengan sikapnya yang sangat mementingkan kerjanya sehingga mengabaikan anaknya . Di puncak bukit terdapat kesan kedatangan orang dan ianya masih baru. Itai memberikan amaran tentang sesuatu yang tidak senang dengan kehadiran mereka. Itai berjalan mengikuti tapak kaki itu. Terdapat sebuah pondok di situ. Itai dan Roslan melihat dalam pondok itu. Makhluk itu bergegas ke puncak gunung untuk memastikan Malique masih berada di situ tetapi terkejut melihat kehadiran orang di situ. Makhluk itu marah kerana mereka berani memasuki kawasannya. Makhluk itu bertubuh sasa dan berotot serta memegang parang yang panjang. Di dalam pondok itu ada satu tubuh yang lemah terbaring. Malique memberikan amaran kepada mereka mengenai makhluk itu. Mereka memapah Malique. Dr. Zawawi, Prof, Rusdi bertolak menuju ke gua dengan Ludin.
Bab 25: Makhluk itu tidak mahu Sabi dibawa oleh mereka. Mereka bersedia menghadapi serangan makhluk itu. Makhluk itu memanggil Malique dengan nama Sabi. Makhluk itu mula menyerang namun mereka hanya cuba mengelak kerana makhluk itu sangat kuat. Ludin dan kumpulan dari Desa Karpus telah tiba ke kaki bukit itu. Ibu Malique mengenali Ludin dan mereka berbual seketika. Ludin merupakan abang ipar Jennifer. Ludin sempat naik ke gua sebelum apa-apa yang buruk berlaku. Makhluk itu menangis kerana ada yang ingin mengambil anaknya. Topeng berbulu itu ditanggalkankan dan jelas kelihatan wajah Tau di sebaliknya. Tau turun ke bawah setelah dipujuk oleh Ludin.
Bab 26: Jc meminta penjelasan daripada Amira mengenai apa yang berlaku di atas tadi. Amira bercadang untuk membincangkan perkara ini di Desa Karpus. Jennifer bersahaja apabila berjumpa Tau dan ingin membawa Malique pulang. O'Hara telah bercakap mewakili Jennifer. Prof memulakan perbincangan dan memberikan peluang untuk O'Hara membela kebenaran bagi pihak Jennifer. Tau telah berdiri dan meminta mereka mendengar penjelasannya dahulu. Jennifer mengakui kebenaran yang dia isteri Tau dan Malique anak mereka. Itai merupakan adik Malique. Malique ingin meluangkan masanya bersama-sama ayahnya dan adiknya. Tau meminta maaf atas apa yang telah berlaku di puncak bukit tadi .
Bab 27: Amira telah menghabiskan satu semester . Memorinya semasa di Bukit Mat Raya masih segar di mindanya. Malique telah berjanji akan menggagalkan projek mencari gali emas. Amira telah menerima e-mel daripada rakan-rakannya yang dijumpai di Bukit Mat Raya dan ibunya yang tersayang.
KEMBARA AMIRA

TEMA DAN PERSOALAN

Tema:

Novel ini bertemakan pengembaraan seorang remaja perempuan dalam mematangkan hidupnya. Hal ini digambarkan melalui watak Amira. Amira sebagai watak utama menghabiskan cuti persekolahan dengan menyertai ibunya, Profesor Zaidah dalam ekskavasi menjejak kewujudan tamadun manusia. Dalam pengembaraan tersebut, Amira bertemu dengan Malique dan Itai sehingga merungkai konflik keluarga, sejarah tragis keluarga Tau.


Persoalan:
1. Persoalan kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya.
Hal ini digambarkan melalui sikap Prof Zaidah yang sanggup meninggalkan kerjanya demi mencari Amira di Gunung Gua Gajah.
2. Persoalan perkahwinan kedua menimbulkan konflik jiwa dalam diri anak-anak.
Perkara ini terlihat melalui konflik jiwa yang dialami oleh Jacinta kerana tidak dapat menerima kehadiran ibu tirinya yang dikahwini oleh bapanya setelah kematian ibu kandungnya. Konflik ini telah menyebabkan Jacinta selalu mengelak daripada berjumpa dengan keluarganya.
3. Persoalan kegiatan manusia yang merosakkan alam sekitar.
Hal ini dapat dibuktikan melalui kerakusan manusia yang melakukan pembalakan haram dan penerokaan khazanah hutan untuk mencari emas.
4. Persoalan kecintaan terhadap alam sekitar.
Persoalan ini digambarkan melalui sikap dingin Tau terhadap kehadiran orang luar ke kawasan Bukit Mat Raya kerana risau kawasan tersebut akan musnah.
5. Persoalan konflik keluarga.
Persoalan ini dipaparkan melalui konflik yang terjadi dalam keluarga Tau setelah isterinya, iaitu Ipah melarikan diri bersama Johnny. Ipah telah meninggalkan anaknya yang baru dilahirkan dan membawa Sabi bersamanya menyebabkan terjadi perpecahan keluarga.
6. Persoalan ilmu perubatan tradisional.
Hal ini digambarkan melalui watak Ludin yang menggunakan cara perubatan tradisional untuk menyembuhkan Prof Zaidah yang mengalami keretakan tulang tangannya.
7. Persoalan integrasi kaum.
Hal ini dipaparkan melalui hubungan baik Amira yang berbangsa Melayu dengan Jacinta yang berbangsa Cina.
Dirgahayu Bahasaku
(Ahmad Sarju)

Maksud
Rangkap 1
Bahasa Melayu tetap bersemadi di sanubari orang-orang Melayu. Bangsa Melayu sememangnya terkenal sebagai bangsa yang berbudi bahasa, setia dan amanah.
Rangkap 2
Bahasa dilihat sebagai simbol maruah bangsa yang perlu dipertahankan agar terus kukuh dan menjadi keutamaan dalam banyak hal. Bahasa hendaklah digunakan dengan sebaik mungkin terutama dalam usaha mengeratkan hubungan silaturahim.
Rangkap 3
Para cendiakawan dan penggiat bahasa terus berjuang demi mendaulatkan bahasa. Sebenarnya setiap orang perlu memainkan peranan ini tidak kira di mana-mana sahaja mereka berada.
Rangkap 4
Suatu ketika dahulu, bangsa Melayu pernah mencatat sejarah sebagai pelayar hebat. Mereka begitu berani menjelajah dari sebuah pulau ke sebuah pulau dan dari sebuah benua ke benua yang lain. Dari situ bahasa Melayu mula tersebar.
Rangkap 5
Bahasa Melayu tetap di hati. Dalam masa yang sama, bahasa Melayu mula diiktiraf oleh masyarakat antarabangsa. Bangsa Melayu turut dikenali. Kini bangsa Melayu menempa kejayaan demi kejayaan.

Tema
Semangat cinta akan bahasa Melayu. Bahasa Melayu perlu dimartabatkan supaya mampu bersaing dengan bahasa-bahasa yang lain. Peranan ini perlu dimainkan oleh semua pihak.

Persoalan
1. Persoalan kepentingan memartabatkan bahasa Melayu.Bahasa Melayu perlu dimartabatkan di negara ini.
2. Persoalan perjuangan memartabatkan bahasa. Perjuangan memartabatkan bangsa dipertanggungjawabkan kepada semua orang Melayu.
3. Persoalan sejarah kegemilangan Bahasa Melayu.Bahasa Melayu mempunyai sejarah kegemilangannya yang tersendiri.
4. Persoalan kepentingan Bahasa Melayu sebagai alat komunikasi. Bahasa Melayu berperanan sebagai alat komunikasi yang penting.

Bentuk
1. Bebas
2. Terdapat 5 rangkap
3. Rima akhir baris-baris ayat
 Rangkap 1 terdapat 4 baris ayat. Rima akhirnya abcd.
 Rangkap 2 terdapat 5 baris ayat. Rima akhirnyanya aabab
 Rangkap 3 terdapat 5 baris ayat. Rima akhirnya abbcc
 Rangkap 4 terdapat 5 baris ayat. Rima akhirnya aaabb
 Rangkap 5 terdapat 7 baris ayat. Rima akhirnya abaccaa

Nada
Patriotik

Gaya Bahasa
1. Ayatnya pendek-pendek
Contohnya :setia dan amanah
2. Diksi – mudah difahami dan puitis
Contohnya; warga yang berbudi
3. Aliterasi – perulangan konsonan’m’
Contohnya : hak bangsaku memilikimu
4. Asonansi – perulangan vokal ’a’
Contohnya : Sejarah bangsa mencatatkan kegemilangan
5. Sinkope .
Contohnya: mu, ku, tak
6. Metafora
Contohnya : lautan bijaksana, mutiara silam, lagu bahasamu
7. Perlambangan
Contohnya ; pejuangku, pelautku, pulau
8. Personifikasi
Contohnya : bahasaku mencengkam, suaramu tumbuh.
9. anafora
Contohnya ; hak bangsaku memilikimu
hak bangsaku mendaulatkanmu
10. Epifora
Contohnya ; hak bangsaku memilikimu
hak bangsaku mendaulatkanmu

Nilai
1. Nilai bersopan santun. Penggunaan bahasa yang betul membolehkan nilai budi bahasa dapat dilahirkan dalam komunikasi.
2. Nilai setia pada bangsa. Apabila memartabatkan bahasa maka nilai setia dapat ditunjukkan.
3. Nilai amanah dalam meneruskan warisan bangsa.Warisan bangsa perlu dipertahankan.
4. Nilai mencintai bahasa bangsa sendiri. Sesuatu bangsa bertanggungjawab mencintai bahasanya sendiri.
5. Nilai bersatu padu semasa menggunakan bahasa yang sama Penggunaan bahasa yang sama dapat memupuk nilai bersatupadu..
6. Nilai kegigihan dalam memastikan bahasa Melayu terus digunakan.Sifat ini penting agar penggunaan bahasa Melayu dapat diteruskan.

Pengajaran
1. Kita hendaklah mencintai bahasa Melayu hendaklah sepenuh jiwa.
2. Kita hendaklah bertanggungjawab mempertahan dan memartabatkan bahasa Melayu .
3. Kita perlu berusaha gigih untuk mendaulatkan bahasa Melayu.
4. Kita mestilah memartabatkan bahasa Melayu supaya berkembang dan mendapat perhatian masyarakat dunia.
Cerpen Pahlawan Buntung
(S. Othman Kelantan)

Sinopsis
Pertemuan semula Khalid (aku) anak Pak Hassan dengan Pak Hussain selepas berpisah selama 30 tahun mengimbas kembali peristiwa peperangan pada zaman Jepun sehingga menyebabkan kesengsaraan hidup orang Kampung Pulau Pak Amat. Hal ini menyebabkan mereka terpaksa berpindah apabila kampung mereka diserang tentera Jepun. Sekembali semula dia di kampung halaman selepas tamat perang, orang kampung kembali memulakan kehidupan sebagai nelayan. Selepas itu, Pak Husain terkena serpihan bom tentera Jepun yang mengakibatkan kakinya dipotong. Walau bagaimanapun Pak Hussain dianggap sebagai wira atau pahlawan kerana telah menggadai nyawa demi keselamatan penduduk Kampung Pulau Pak Amat.
Tema
Kesengsaraan hidup akibat peperangan terhadap penduduk kampung serta mengakibatkan kecacatan anggota tubuh badan dan juga kematian.
Persoalan
1. Persoalan kasih sayang yang terjalin antara ahli keluarga terutama semasa kesusahan hidup.
2. Persoalan keberanian dan kecekalan dalam mempertahankan hak dan menentang musuh.
3. Persoalan kerjasama anggota masyarakat dalam menghadapi kesulitan.
4. Persoalan mengenang jasa tokoh yang telah berjasa.
5. Persoalan berusaha membina semula kehidupan selepas kesengsaraan hidup.
6. Persoalan hormat kepada warga tua atau warga emas
Plot
Secara keseluruhannya plot cerpen ini mengikut kronologi. Terdapat empat peringkat garapan plot iaitu;
(i) Permulaan
Watak Pak Husain diperkenalkan melalui imbas kembali Khalid akibat peperangan yang telah berlaku berdasarkan fizikal.
(ii) Perkembangan
Dialog antara Pak Husain dengan Khalid dan imbas kembali Khalid terhadap peperangan yang menyebabkan keluarganya berpindah. Pada ketika itu Pak Husain berusia 30 tahun dan dia telah membantu orang-orang kampung Pulau Pak Amat yang diserang oleh tentera Jepun.
(iii) Konflik
Adik beradik Khalid memeluk ibu mereka kerana perasaan takuat yang amat sangat. Pak Husain hilang semasa mengetuai perpindahan orang-orang kampung. Pak Husain ditahan askar Jepun untuk menggali kubur ketika dalam perjalanan memeriksa barang-barang di rumahnya.
(iv) Klimaks
Sewaktu Pak Husain melarikan diri dari tahanan askar Jepun dan semangat Pak Husain hilang dan sentiasa meracau apabila teringat kembali tentang mayat-mayat yang dikebumikannya. Ketika pendaratan perompak di kampung Pak Amat, dia telah membedil para perompak dengan senapang yang diambil dari askar Punjabi dan menyebabkan rumah Pak Ngah Isa terselamat termasuklah penduduk kampung.
(v) Peleraian
Setahun selepas Jepun menyerah kalah, Pak Husain terkena saki baki bom yang ditanam dan mengakibatkan kaki Pak Husain dipotong. Khalid mengimbas kembali segala peristiwa yang menimpa Pak Husain dan keberaniannya menentang musuh serta berharap hubungannya dengan Pak Husain terus terjalin.
Teknik Penceritaan
1. Pemerian
ketika kami melangkah ke pintu tadi, cahaya Subuh sudah terpancar dari sebelah timur. Kemerah-merahan. Keheningan malam selalunya masa begini telah membawa langkah para nelayan ke gigi ombak…
2. Dialog
“Jemputlah ke rumah kami, kataku. “ kami tinggal di Jalan ayam. Abang dan Adik kebetulan ada.”
“Terima kasih Khalid!” Pak Hussain menanamkan matanya ke dalam mataku.
Teknik Plot
3. Suspens
Dia jugalah mengumpulkan ke pengkalan. Dia segala-galanya. Dan dia tetinggal dalam saat akhir bila Pak Ngah memerintahkan kami meninggalkan pengkalan. Tidak seorang pun di antara kami yang sedar bahawa Pak Husain belum turun ke pengkalan. Dan ketika perahu kami melewati Tuk Lukup, Pulau Tukang Dolah, Pulau Panjang dan Sungai Gali, kami belum sedar akan kehilangan Pak Husain. Mak Bidah, isterinya juga tidak sedar. Dan sekarang. Mak Bidah pula meraung…
4. Imbas kembali
…usianya baru kira-kira tiga puluh tahun. Aku berusia lebih sedikit empat belas tahun. Pak Husain tegap sasa. Dia berani. Dia banyak dicintai oleh gadis-gadis kampungnya…
Latar
Latar Masa
 30 tahun lalu (situasi perang)
 Tahun 1941 – 1973
 Semasa sambutan ulang tahun kemerdekaan
 Semasa zaman penjajahan Jepun
Latar Tempat
 Kampung Pulau Pak Amat
 Kampung Tok Lukup
 Sungai Gali
 Kampung Dal
 Jalan Bayam
Latar Masyarakat
 Masyarakat kampung iaitu Kampung Pulau Pak Amat
 Masyarakat nelayan yang bekerja menangkap ikan
 Masyarakat yang hormat menghormati sesama jiran tetangga
 Masyarakat yang setiakawan dalam memberi pertolongan
Watak Utama
Pak Hussain Berusia 60 tahun
 Dahinya berparut dan kaki kudung (terkena serpihan bom)
 Berpakaian sederhana (keperibadian desa – suci murni)
 Mengetuai orang kampung semasa peperangan dengan Jepun. Pak Hussain telah mengetuai penduduk kampung berpindah ketika Jepun menyerang
Kampong Pulau Pak Amat.
 Berpengalaman dan pernah diseksa oleh tentera Jepun. Pak Hussain dipaksa menggali kubur besar dan menguburkan mayat orang kampung sehari suntuk oleh pihak Jepun sehingga semangat beliau hilang dan dia meracau – racau.
 Berjasa kepada orang –orang kampong. Pak Hussain dengan berani telah memberitahu pihak jepun bahawa semua penduduk telah melarikan diri. Pak hussain juga pernah membedil kawanan perompak bagi menyelamatkan orang kampong.
Watak Sampingan
1. Khalid (aku)
 Anak Pak Hasan
 Menghormati pak Husain. Khalid bergitu mengagumi keberanian dan sikap Pak Hussain yang sanggup membohongi tentera Jepun untuk menyelamatkan penduduk kampong
2. Fatimah
 Ibu Khalid
 Seorang yang penyayang. Semua anak Fatimah memeluk ibu mereka kerana ketakutan apabila Jepun menyerang kampung mereka.
Gaya Bahasa
1. Kata ganda
Contoh: berjabu-jabu
2. Metafora
Contoh : gebar kebingungan
3. Hiperbola
Contoh : diselubungi oleh raksasa ketakutan dan putus asa
4. Personifikasi
Contoh : ombak pagi yang malas
Nilai
1. Nilai keberanian contohnya Pak Husain berani menghadapi tentera Jepun
2. Nilai kebijaksanaan, contohnya Pak Husain bijak menggunakan tipu daya untuk menyelamatkan diri daripada askar Jepun.
3. Nilai kasih sayang, contohnya Mak Da yang menangisi kehilangan Pak Husain ketika mereka berpindah.
4. Nilai patriotisme, contohnya Pak Husain yang sanggup menggadai nyawa untuk mempertahankan tanah air.
Pengajaran
1. Kita hendaklah berani mempertahankan hak di tanah air sendiri.
2. Kita hendaklah bijak memebuat keputusan bagi menyelesaikan masalah.
3. Kita hendaklah menyayangi ahli keluarga dan jiran tetangga.
4. Kita hendaklah mematuhi arahan ketua semasa menjalankan sesuatu tugas.

No comments:

Post a Comment