Wednesday, April 8, 2009

PERIBAHASA KERBAU


1. ~ berkandang, emas berpura prb sesuatu benda itu hendaklah disimpan pd tempatnya masing-masing supaya selamat;

2. ~ diberi berpelana, kuda diberi berpasangan prb pe¬kerjaan yg dibuat tidak dgn selayaknya atau orang yg diletakkan bukan pd tempatnya;

3. ~ jangan dimaling orang, ayam jangan dimusang prb isteri dijaga baik oleh keluarga suaminya supaya tidak dinodai orang;

4. ~ menanduk, ~ pergi prb orang yg bersalah mesti menerima hukumannya;

5. ~ punya susu, sapi dapat nama prb orang lain yg berbuat kebaikan atau bersusah payah, orang lain pula yg mendapat kepujian;

6. ~ sekawan boleh dikandang, manusia seorang tiada terkawal prb perihal sukarnya menjaga seorang gadis supaya tidak tercemar nama baik;

7. bagai ~ runcing tanduk prb orang yg terkenal kerana jahatnya;

8. bagai ~ terkejut oleh gong prb ter¬cengang-cengang kehairanan;

9. bagai jelongak ~ rampung prb orang bodoh yg sombong dan tidak sedarkan dirinya diperbodohkan orang;

10. bagai melulutkan jebat pd ~ prb pemberian yg tidak kena pd tempatnya (tidak berfaedah kpd penerimanya);

11. bermain-main dgn ~, dilontarnya muka dgn ekor prb berkawan dgn orang bodoh (hina) tentu mendatangkan kerugian;

12. jangan buat ~ tanduk panjang prb jangan mencampuri perkara orang lain;

13. jika ~ dipegang orang talinya, jika manusia dipegang mulutnya prb janji mestilah di¬tepati;

14. laksana ~, di mana rumput hijau di sana terkam prb orang yg melupakan (tidak menghiraukan) bahaya apabila menemui sesuatu yg digemarinya;
15. mencongak (mendongak) rupa ~ jantan kemudian prb lelaki yg berjalan di belakang isterinya;

16. menghambat ~ melabuh (berlabuh) prb meng¬halang (mengganggu) perbuatan orang yg akan mendatangkan kesenangan baginya;

17. menolong ~ ditangkap harimau prb meno¬long orang yg membuat kesalahan, akhirnya diri sendiri mendapat kesusahan;

18. seekor ~ berkubang, sekandang kena loloknya = seekor ~ membawa lumpur, semuanya terpalit prb seorang yg melakukan kesalahan semuanya terlibat sama;

19. spt ~ dicucuk hidung prb orang bodoh yg menurut sahaja kemahu¬an orang lain;

20. spt ~ menanduk anak, dgn kaparan tanduk, bukan dgn hujungnya prb menghukum anak ialah utk memperbaiki kelakuannya, bukan utk menyeksa;

21. spt ~ tersepit leher, dihela tanduk sudah panjang, dilakukan badan sudah besar prb orang yg mendapati sukar hendak melepaskan dirinya setelah terdorong melakukan sesuatu peker¬jaan;

22. terambu ~ kerana rumput muda prb orang yg mudah tergoda oleh kecantikan perempuan muda;

23. tiada akan rintang ~ oleh tanduknya prb orang yg cekap itu tiada terganggu oleh rintangan dlm mengerjakan sesuatu;

24. berkerbau; ~ seperempat ekor, berkandang sbg orang prb orang miskin yg berlagak spt orang kaya

No comments:

Post a Comment