Monday, May 16, 2011

Watak Utama

Iman Zulaikha

Ø Pelajar tingkatan satu

Ø Penyayang

Iman amat menyayangi kedua-dua ibu dan bapanya walaupun mereka telah bercerai. Malahan Iman bercita-cita untuk menyatukan mereka semula.

Ø Gigih

Iman gigih berlatih untuk memenangi pertandingan pidato peringkat sekolah dan peringkat daerah. Hasil usahanya yang gigih, dia berjaya menjadi johan.

Ø Pemaaf

Iman merupakan seorang yang pemaaf. Dia memaafkan kesalahan Linda yang pernah menolaknya sehingga jatuh tangga dan mengambil diari serta teks pidatonya sebelum pertandingan.

Ø Berani

Iman berani menentang Linda yang menyuruhnya menarik diri daripada pertandingan pidato agar memberi laluan kepadanya.

Watak Sampingan

Cikgu Julia

Ø Merupakan guru kelas Iman Zulaikha.

Ø Seorang guru yang bertanggungjawab terhdap semua muridnya.

Ø Telah banyak membantu Iman Zulaikha dalam pelajaran dan pertandingan pidato yang di sekolahnya.

Pei Wen

Ø Merupakan sahabat baik Iman.

Ø Belajar dalam kelas yang sama dan tinggal sekampung dengan Iman Zulaikha. Tinggal dengan emak tirinya.

Adif Danial.

Ø Merupakan sahabat baik Zulkarnain.

Ø Rakan sekelas Iman Zulaikha.

Ø Merupakan pelajar terbaik dalam kelas 1 Dinamik.

Linda

Ø Merupakan rakan sekelas Iman Zulaikha.

Ø Suka menyakiti hati Iman dan akhirnya dia insaf akan kesalahannya dan berbaik semula dengan Iman Zulaikha.


Latar Masa

Ø Pada waktu pagi.

Sewaktu sesi persekolahan pagi bermula jam 7.35 pagi.

Contohnya, sewaktu di dalam kelas Linda telah mengasari Iman.

Ø Pada waktu petang.

Selepas sesi persekolahan.

Contohnya, Iman menemani Pei Wen membeli barang di pasar raya.

Ø Pada waktu malam.

Hubungan Iman dengan ibunya.

Contohnya, Iman selalu berbalas e-mail dengan ibunya yang berada di New Zealand.

Latar Tempat

Ø Sekolah

Tempat Iman, Pei Wen, Zulkarnain, Linda dan Adif Danial menuntut ilmu.

Ø Rumah datuk dan nenek Iman

Tempat tinggal Iman setelah ibunya pergi melanjutkan pelajaran ke New Zealand.

Ø Port Dickson

Bapa Iman, Yusri membawa Iman dan datuk neneknya bersiar-siar ke Port Dickson.

Ø Kampung

Iman tinggal bersama-sama dengan datuk dan neneknya di kampung.

Latar Masyarakat

Ø Masyarakat pelajar

Masyarakat ini diwakili oleh Iman, Linda, Pei Wen, Zulkarnain dan Adif Danial.

Ø Masyarakat kampung

Iman tinggal di kampung bersama-sama datuk dan neneknya.

Ø Masyarakat yang patuh kepada agama

Datuk selalu bersembahyang jemaah di surau berhampiran rumahhnya di kampung tersebut.



1. Nilai kasih sayang

Iman amat menyayangi ibu dan bapanya walaupun mereka telah berpisah. Datuk dan nenek Iman juga amat menyayangi Iman.

2. Nilai ketabahan

Iman tabah menghadapi pelbagai dugaan untuk mencapai kemenangannya dalam pertandingan pidato peringkat sekolah dan daerah

3. Nilai kerajinan

Iman merupakan seorang pelajar yang rajin membaca dan mengulang kaji pelajaran.




1. Kita hendaklah menyayangi ibu dan bapa walaupun mereka telah berpisah kerana tanpa mereka, kita tidak akan lahir ke dunia.

2. Kita perlu tabah menghadapi pelbagai dugaan untuk mencapai kemenangan dalam sesuatu pertandingan.

3. Sebagai seorang pelajar kita haruslah rajin membaca dan mengulang kaji pelajaran.



1. Nyatakan tema novel Erti Sebuah Pengorbanan karya Zaihanim Zainal Abidin.

2. Iman Zulaikha merupakan watak utama dalam novel Erti Sebuah Pengorbanan.

Jelaskan tiga perwatakan bagi watak tersebut.





1. Tema novel Erti Sebuah Pengorbanan karya Zaihanim Zainal Abidin ialah kasih sayang

iaitu usaha dan pengorbanan yang dilakukan oleh Iman Zulaikha untuk mengeratkan

kembali hubungan kasih sayang antara kedua ibu bapanya yang telah lama berpisah.

2. Iman Zulaikha merupakan watak utama dalam novel ini. Peranannya berkembang dari

awal hingga ke kesudahan cerita. Tiga perwatakan Iman Zulaikha ialah

a) Penyayang.

Iman Zulaikha merupakan seorang gadis berusia 13 tahun yang sangat penyayang.

Beliau sangat sayangkan keluarganya. Iman Zulaikha telah cuba berusaha untuk

menyatukan kembali ikatan kekeluargaan antara emak dan ayahnya yang telah

berpisah kerana beliau sangat sayangkan kedua ibu bapanya. Akhirnya kedua ibu

bapanya dapat bersatu kembali.

b) Gigih.

Iman Zulaikha seorang yang kuat berusaha dan gigih dalam melakukan sesuatu

tugasan yang diberikan guru kepadanya. Buktinya beliau telah gigih berlatih

bersungguh-sungguh untuk menyertai pertandingan pidato peringkat sekolah dan

daerah. Akhirnya beliau telah berjaya memenangi pertandingan tersebut dan menjadi

Johan.

c) Pemaaf.

Iman Zulaikha merupakan seorang yang pemaaf. Dia sanggup memaafkan kesalahan

kawan sekelasnya, Linda yang telah banyak menyakiti hati dan perasaannya. Dia

turut memaafkan kesalahan Linda yang pernah menolaknya sehingga hatuh tangga

dan mengambil diari serta teks pidatonya sebelum pertandingan.

Analisis Novel BM Tingkatan 2- Erti Sebuah Pengorbanan
Penulis: Zaihanim Zainal Abidin
Tajuk: Tema dan persoalan

Definisi tema: Subjek yang dijadikan dasar sesuatu cerita.
Definsi persoalan: Sesuatu yang dipersoalkan; masalah.

TEMA:
Kegigihan dan kecekalan hati seorang anak yang menjadi mangsa perceraian kedua-dua orang tuanya dalam menghadapi pelbagai cabaran hidup.

Contoh:
Iman Zulaikha tinggal dengan datuk dan neneknya di kampung kerana ibu bapanya telah bercerai. Walau bagaimanapun, Iman berazam untuk menyatukan ibu dan bapanya semula.

PERSOALAN:
1) Perasaan anak yang menjadi mangsa perceraian ibu bapa. Contohnya, Iman berasa sangat pedih pada mulanya kerana perceraian ibu bapanya. Selepas nasihat ahli keluarganya, Iman mula memahami dan menerima hakikat tersebut.

2) Perbezaan kaum tidak menghalang persahabatan. Contohnya, Iman dan kawannya berkawan baik dengan Pei Wen walaupun mereka berlainan bangsa dan agama.

3) Peranan dan tanggungjawab ibu bapa dalam keluarga khususnya anak-anak. Contohnya, ibu Iman bertanyakan khabar Iman pada setiap hari melalui e-mel. Bapanya sering menelefon dan menziarahi Iman yang berada di kampung apabila terdapat masa yang terluang.

4) Kawan yang baik dapat membimbing ke arah kebaikan. Contohnya, Iman ingin menarik diri dalam pertandingan berpidato kerana Linda menuduhnya hipokrit. Namun, setelah mendapat sokongan dan desakan kawan-kawannya, Iman bersemangat untuk bertanding dengan Linda.

Wednesday, May 4, 2011

Contoh Ayat Jawapan

Novel yang dikaji ialah ……nama novel………………………… Antara ……………………. (soalan) ialah ………………………………….. (I U). Contohnya ialah …………………………………………. (HURAIAN).

Selain itu, …………………………. (I U). Contohnya ialah ………………………………………………(HURAIAN).

Contoh Jawapan Novel PMR

Soalan : Berikan dua contoh peristiwa yang dapat menggambarkan nilai Keberanian Watak Utama daripada dua buah novel yang anda kaji
Jawapan :
Berdasarkan Novel Kapten Hassan Wira Bangsa dan Merdeka, Merdeka terdapat beberapa contoh peristiwa yang menggambarkan keberanian watak utamanya

Dalam Novel Kapten Hassan Wira Bangsa Nilai Keberanian yang ditonjolkan ialah nilai keberanian dalam mempertahankan maruah negara. Watak utamanya Kapten Hassan memperlihatkan keberaniannya ketika dalam pasukan keselamatan. Beliau berjaya membunuh ketua pengganas komunis di waterfall Estate.

Contoh keberanian kedua dalam novel Kapten Hassan Wira Bangsa ialah. Keberanian menegakkan kebenaran. Kapten Hassan berani melaporkan kesalahan ketua nya yang membawa pulang seorang wanita ke bilik bujang.

Manakala Nilai keberanian yang ditonjolkan oleh watak utama dalam novel Merdeka, Merdeka pula ialah…. ( sila jawab)

Soalan : Huraikan Persoalan daripada dua buah novel yang anda kaji

Rangka Jawapan
Tema Novel Aku Anak Timur :
Perbezaan Corak hidup antara masyarakat Barat dan Timur
Persoalan 1
Sikap mementingkan diri dalam kalangan masyarakat – Lebih mengutamakan diri dalam segenap hal dan mengetepikan kepentingan orang lain - Jiran Zarina memarahi ibu Zarina kerana memasak tanpa membuka tingkap. Bau masakan itu menggangu jiran mereka
Persoalan 2
Kebebasan hidup masyarakat Barat – penduduk di Barat terutamanya remaja hidup bebas tanpa kawalan – Apabila berusia 21 tahun, remaja di Belanda tidak mempunyai ikatan dengan keluarga. Mereka bebas ke mana-man sahaja melakukan apa-apa sahaja tanpa segan silu

Tema Novel Merdeka. Merdeka
Perjuangan menuntut kemerdekaan daripada penjajah Inggeris dan usaha menghapuskan penganas
Persoalan 1
Perjuangan mempertahankan tanah air – Tindakan berani atau nekad untuk mempertahankan tanah air – Orang Melayu berusaha menggagalkan penubuhan Malayan Union yang akan dilaksanakan oleh pihak Inggeris
Persoalan 2
Semangat kerjasama dan tolong-menolong – Melakukan sesuatu kerja dalam bentuk kerjasama – Penduduk Kampung Teras Jernang bersama-sama membina kubu pertahanan.

Tema Novel Kapten Hassan Wira Bangsa
Perjuangan menentang musuh negara

Teknik Menjawab novel tingkatan 3

- Baca soalan sekurang-kurangnya dua kali untuk memahami kehendak

soalan.

- Kemudian, rangka isi jawapan berdasarkan kehendak soalan.

- Jawapan mesti ditulis dalam bentuk perenggan.

- Jawapan dalam bentuk isi-isi penting atau nota ringkas tidak

dibenarkan.

- Jawapan mesti ditulis dalam ayat yang lengkap.

- Setiap jawapan yang diberi mesti mengandungi sekurang-kurangnya tiga isi.

- Setiap isi perlu dihuraikan dengan

a. Pernyataan

b. Huraian, dan

c. Contoh

- Panjang jawapan sekitar 80 hingga 120 patah perkataan.

- Soalan bahagian ini adalah berdasarkan novel-novel yang dikaji mengikut zon

masing-masing.

- Antara aspek yang disoal adalah dari aspek-aspek sasteranya seperti

sinopsis, tema, persoalan, perwatakan, plot, latar, gaya bahasa, nilai,

dan pengajaran.

- Selain itu, pelajar juga mesti mengelakkan daripada melakukan banyak

kesalahan dari aspek tatabahasa dan ejaan, kerana terdapat markah untuk

bahasa dalam soalan ini.

- Jika ada masa, tulislah sebanyak mungkin isi kerana isi yang salah tidak

akan ditolak markah, manakala isi yang betul akan diberikan markah.

Contoh Soalan:

Jawapan mestilah berdasarkan satu daripada novel yang telah anda kaji sama

ada di Tingkatan 1,Tingkiatan 2, atau Tingkatan 3 seperti senarai di bawah.


1. Meniti Kaca (Raja Sabarudin Raja Abdullah)

2. Anak Din Biola (Maaruf Mahmud)

3. Aku Anak Timur (Siti Aminah Hj. Yusuf)

4. Limpahan Darah di Sungai Semur (Zakaria Salleh)

5. Pahlawan Pasir Salak (Mohd. Ismail Sarbini)

6. Tragedi Empat Disember (Dzul Karnain Ithnain)

7. Timulawak Kapal Perang (Azmah Nordin)

8. Kapten Hassan Wira Bangsa Harun Johari)

9. Panas Salju (Talib Samad)

10. Merdeka! Merdeka! (A Rahman Hanafiah)

11. Ekspedisi (Mohd. Ghazali Tocheh)

12. Kanang Cerita Seorang Pahlawan (Maznan Nordin)

Apakah yang dimaksudkan dengan teknik plot? Terangkan dua teknik plot yang

digunakan dalam novel yang anda kaji.

Contoh Jawapan:

Novel yang saya kaji ialah Novel Tragedi Empat Disember karya Dzul Karnain Ithnain. Terdapat teknik plot dalam novel tersebut. Teknik plot bermaksud cara pengarang menulis sesebuah cerita. Antara teknik yang digunakan oleh pengarang adalah seperti teknik dialog iaitu ucapan atau kata-kata yang diucapkan oleh watak. Teknik pemerian pula disampaikan secara langsung oleh pengarang kepada pembaca dengan tujuan memberi gambaran sebenar. Teknik imbas kembali pula adalah penyusunan cerita yang meminta watak mengimbau kembali masa lalu dan hal ini memberi keyakinan kepada pembaca. Teknik lain ialah seperti teknik suspens, teknik monolog dalaman, teknik kejutan dan juga teknik imbas muka.

Dua teknik plot yang digunakan dalam Novel Tragedi Empat Disember ialah Teknik Monolog Dalaman dan Teknik Imbas Muka. Dalam novel ini Teknik Monolog dalaman yang digunakan adalah percakapan dalam diri watak utama iaitu Azam. Percakapan ini dapat dilihat melalui gerak hati dan biasanya penggunaan monolog dalaman menggambarkan gejolak batin dan fikiran watak. Contohnya, Azam resag dengan tiba-tiba sahaja. Entah mengapa hatinya berdebar. Hatinya tertanya-tanya – milik syarikat penerbangan manakah kapal terbang itu? Milik syarikat luar negara atau milik syarikat tempatan?

Teknik imbas muka pula disampaikan melalui proses khayalan, mimpi, renungan, ramalan, kata-kata kiasan atau sindirian. Dalam novel ini teknik ini digunakan ketika Azam mengingat kembali peristiwa ketika di Jeti. Contohnya, “Jika berlaku sesuatu kemalangan, kita boleh berenang ke tepi. Kalau terlalu jauh ke tengah, kita boleh mati lemas.” Begitulah kata Azam ketika mereka akan bertolak dari pangkalan di Pantai Lido pagi tadi.

Demikianlah dua teknik plot yang terdapat dalam Novel Tragedi Empat Disember. Teknik tersebut memberikan kesan yang sungguh mendalam.

Monday, May 2, 2011

Kebaikan-kebaikan dan keburukan membaca novel.

Novel sudah menjadi satu perkara penting dalam kehidupan remaja. Biasanya remaja suka membaca novel yang berunsur cinta.

Jelaskan kebaikan-kebaikan dan keburukan membaca novel.

Novel merujuk bentuk penulisan yang panjang dan memaparkan pelbagai ragam kehidupan manusia. Novel memang menjadi aspek penting dalam kehidupan remaja terutama novel berunsur cinta yang mengasyikkan jiwa remaja. Cuma membaca novel mampu membawa impak positif dan negatif yang harus diberi perhatian oleh semua pihak.

Aktiviti membaca sudah pasti membuka minda remaja terhadap sesuatu isu yang dipaparkan dalam novel yang dibaca.Tema yang digarap oleh penulis itu sememangnya berkaitan dengan isu semasa realiti dan ini memberi satu bentuk pemahaman yang mudah kepada remaja. Novel menjadi isu semasa itu sesuatu yang mudah difahami tetapi dibentangkan dalam bentuk cerita yang lebih bersesuaian dengan diri remaja. Oleh itu, semakin banyak novel yang dibaca semakin luaslah minda remaja.

Amalan membaca novel ini turut menjadikan seseorang itu lebih memahami konsep sastera dengan lebih yakin. Penggunaan bahasa yang diksi oleh penulis sudah pasti akan memberi satu rangsangan kepada pembacanya. Kesantunan bahasa yang digunakan mencungkil naluri pembaca untuk mengetahui maksud perkataan yang dipilih oleh penulis novel itu. Sudah pasti tindakan ini akan memastikan pembaca mempunyai koleksi kosa kata yang banyak.

Malah, aktiviti membaca novel membolehkan seseorang itu menghabiskan masa senggangnya dengan lebih berfaedah. Pembacaan novel memerlukan seseorang itu menumpukan perhatian yang jitu untuk satu masa yang panjang. Biasanya sehari atau mungkin beberapa hari diperlukan untuk menghabiskan sesebuah novel itu. Jadi, membaca novel menyebabkan masa remaja dihabiskan dengan baik tanpa melibatkan kegiatan yang tidak baik.

Namun, pembacaan genre sastera ini turut membawa kesan buruk iaitu mengabaikan tugas sebagai pelajar. Masa yang panjang untuk membaca novel menyebabkan pelajar akan melupakan tanggungjawabnya untuk belajar atau membuat kerja sekolah yang penting itu. Masalah ini semakin kronik apabila remaja itu membaca lebih banyak novel dalam tempoh yang lama. Kesannya, pencapaian pelajar terbabit mungkin akan terus merosot terutama ketika peperiksaan utama umum diambil oleh mereka.

Kesimpulannya, membaca novel memang baik tetapi impak buruknya turut wujud. Seseorang remaja itu perlulah pandai menilai dan memilih jenis novel yang sesuai dengan usia mereka.Pembacaan yang meluas dalam kalangan remaja turut membina satu kelompok remaja negara yang berpengetahuan luas dan memiliki pemikiran yang kritis.
baca dab jawab kesemua 40 soalan ini dan cetak dan bulatkan jawapan yang tepat


1 Aminah berjalan sambil ............ sedulang hidangan.
A. memikul B.menatang C. menjinjing D. mengepit

2 Hakisan tanah dapat dielakkan jika ............. .
A. penghapusan B.pembersihan C.penerokaan D.pembasmian

3 Apabila mendengar penjelasan daripada gadis itu tuan hakim diam ...................
A. terpaku B.termenung C.terharu D.tercengang

4 Kehidupan petani di kawasan itu akan terus ........................ jika kemarau masih berlanjutan.
A. tersekat B.terkandas C.terhimpit D.terbantut
5 Perdana Menteri akan mengadakan lawatan ......................... ke negara Jepun.
A. singkat B.sekejap C.seketika D.sebentar

6 Sebelum meninggalkan majlis itu ayah ..................... sesuatu ke telinga Pak Ngah.
A. menyatakan B.menyuarakan C.membisikkan D.memberitahu

7 Oleh kerana dia sangat tekun ............... akhirnya dia berjaya.
A. berusaha B.berbakat C.termenung D.berkelayakan

8 Kerajaan kita selalu memberi ............... kepada sesiapa yang dalam kesusahan.
A. pekerjaan B.bantuan C.kejayaan D.pilihan

9 Ubi kentang yang empuk itu .......... dan dimasukkan ke dalam mangkuk yang berisi kelapa muda.
A. dilecek B.dicanai C.dilebur D.dikopek

10 Pak Tua tidak dapat meneruskan perjalanannya lalu ___________ di atas anak tangga sebuah pondok di tepi hutan.
A. bercangkung B.bertenggek C.bertinggung D.bertanjak

11 Orang ramai ............... oleh Menteri Kebajikan Masyarakat supaya menghulurkan bantuan kepada rumah-rumah amal.
A. dipujuk B.dipaksa C.diseru D.diarah

12 Kita tidak boleh mengenepikan orang tua kerana kebolehan mereka masih .................
A. berkeyakinan B.keyakinan C.diyakini D.meyakini

13 Guru Besar sekolah itu sedang mengikuti kursus dalam bidang .............. di Institut Aminuddin Baki,Genting Highlands.
A. pengurusan B.urusan C.pengurus D.menguruskan

14 Hatinya dibaur rindu apabila terdengar ................ alunan biola dari teratak kecil nun jauh di permatang.
A. paluan B.tiupan C.gesekan D.petikan

15 Saloma adalah seorang ............... . Dia pernah menjadi bintang filem Melayu yang terkenal satu masa dahulu.
A. seniwati B.seniman C.usahawan D.wartawan

16 Menurut Ketua Polis Negara, ada beberapa cara untuk ............ jenayah.
A. membenteras B.melenyapkan C.membasmi D.menghapuskan


17 Dengan penuh berhati-hati Kamal ......................... ikan pelaga di dalam lopak-lopak di tepi batas bendangnya lalu dibubuh ke dalam baldi.
A. menjerat B.menjerut C.menyauk D.Menyukat

18 Kelarai adalah merupakan seni .......... .
A. keanyaman B.dianyam C.anyaman D.anyam

19 Ujian lisan diadakan untuk menguji ............. murid-murid dalam pengucapan lisan.
A. kecekapan B.kepintaran C.kefasihan D.kemahiran

20 Keluarga Encik Bukhari telah bertahun-tahun ................ di Kampung Merbok.
A. berasal B.bermastautin C.berhijrah D.bermusafir

21 Nenek ......... kepala adik dengan daun cekur yang telah ditumbuk lumat bagi menyejukkan ubun-ubunnya.
A. merata B.membasah C.memupuk D.merenjis

22 Adik Lina .............. buyung yang berisi air lalu meletakkannya di bendul dapur.
A. mengelek B.menjinjing C.menatang D.membibit

23 Pak Samad dan rakan-rakannya sedang ......... sawah masing-masing di bendang.
A. pekerjaan B.dikerjakan C.mengerjakan D.bekerja

Arahan : Berikan perkataan seerti bagi perkataan bergaris di bawah .

24 Badan Ali yang gagah itu menyebabkan dia digeruni oleh lawannya.
A. mantap , takuti B.sasa, ditakuti C. kuat , ngeri D.pejal , gerun

25 Pertemuan dengan ibu kandungnya yang terpisah selama lima tahun merupakan detik paling manis dalam hidup Ali ketika ini.
A. manis B.lazat C.suram D.sedap

26 Perlawanan hoki itu terpaksa ......................... kerana penonton merusuh.
A. dimansuhkan B.dibenteras C.ditangguhkan D.dibasmi

27 Setiap tingkahlaku kita mencerminkan peribadi kita.
A. menunjukkan B.menggambarkan C.menjelaskan D.menonjolkan

28 Semua soalan yang diajukan oleh guru telah dapat ............. dengan tepat sekali.
A. dijawab B.terjawab C.jawapan D.menjawab

29 .................. orang adalah satu perbuatan yang tidak baik.
A. Berkata-kata B.Lihat C.Cakap D.Mengata

30 Zaharah ................. kesakitan apabila ....................... dari tangga.
A. terjerit ........ terjatuh
B. melompat ........ tersungkur
C. menjerit .......... terjatuh
D. memekik ......... menjunam

31 Dalam puisi yang berjudul "Jeritan Kalbu' Farid melahirkan jiwa yang telah lama merintih.
A. gelodak B.gelojoh C.gelagat D.gelumang

32 Ramai polis trafik ............. di jalan-jalan utama untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas pada musim perayaan.
A. menjaga B.mengawas C.meronda D.menyelia

33 Lori minyak itu langgar tiang telefon.
A. me B.di C.me .... kan D.kan

34 Kami kejut mendengar berita itu.
A. men... kan B.ber C.ter ... kan D.ter

35 Sebagai seorang pelajar, kita hendaklah patuh kepada .............. pihak sekolah
A. arah B.arahan C.suruhan D.arahannya

36 Encik Rahim telah lantik menjadi ketua dalam rombongan ke Pulau Tioman.
A. me B.di ... kan C.di D.ter

37 Melalui ............ para pelajar dapat memperbaiki penguasaan bahasa mereka.
A. bacaan B.membaca C.pembaca D.pembacaan

38 "Lagu ini ditujukan kepada Cik Kansinar Karim dengan ucapan, mengapa ............ tanpa berita ?" kata juruhebah di dalam radio itu.
A. senyap B.hening C.diam D.sepi

39 Berdasarkan ...................nya, dia memang arif dalam pekerjaan itu.
A. usia B.pelajaran C.pengetahuan D.pengalaman
40 Yang buta datang berpimpin, yang tempang datang ...............
A. bertunjuk B.bertongkat C.berpegang D.berleret