Sunday, May 22, 2011
Kertas soalan ini mengandungi 30 soalan aneka pilihan. Jawab semua soalan.
Soalan 1 hingga soalan 7
Lengkapkan ayat-ayat di bawah ini dengan memilih jawapan yang paling sesuai.
1. Wabak kepialu mudah…………………. ke tempat lain jika masyarakat tidak mementingkan kebersihan.
A. menjalar C. mengalih
B.merebak D. mengembang
2.
2. Kawan saya duduk ………….
ketika makan dengan ayah dan
ibunya di rumah.
A. bersimpuh
B. bersila
C. berlunjur
D. bertinggung
3. Pengetua yang baru bertugas di sekolah ini merupakan seorang yang ………………. dalam tugasnya.
A. kental C. tegas
B. waja D. keras
4. Perkara yang dibangkitkan oleh kedua-dua orang ahli panel itu memang …………….. untuk pelajar.
A. baik C. jelas
B. baru D. terang
5
5. Tumbukannya yang
………………….. itu
akhirnya berjaya
menumbangkan petinju
terkenal tersebut
A. berbalas-balas
B. bertubi-tubi
C. berapi-api
D. berbagai-bagai
6. " ……………… janganlah suka bertengkar sesama sendiri," nasihat Pak Mat kepada anak-anaknya di ruang tamu.
A.Kami C. Awak
B. Anda D. Kalian
7. Pihak polis berjaya menangkap penjenayah itu selepas gambarnya ……………… di akhbar-akhbar tempatan.
A. terpapar C. terbentang
B. terkeluar D. terdapat
Soalan 8 hingga soalan 14
Ayat-ayat di bawah mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan, kesalahan itu telah ditanda dengan A, B, C dan D. Tandakan sama ada A, B atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan dalam ayat berkenaan.
8. Para tetamu-tetamu kehormat yang hadir dalam majlis itu akan disambut dengan paluan
A B C
kompang. Tiada kesalahan
D
9. Saya bertanya kepada Azrina sesiapa nama kawan barunya dan dari mana
A B C
asalnya. Tiada kesalahan.
D
10. Emak saya tanam ubi kayu sementara menunggu musim menuai padi. Tiada kesalahan.
A B C D
11. Syarifah tingal perumah dengan dua orang pelajar yang berasal dari negeri Sabah.
A B C
Tiada kesalahan.
D
12. Penduduk kampung itu berasa sedih apabila mengenangkan kejadian banjir kilat yang
A B
menimpa kawasan kediaman mereka. Tiada kesalahan
C D
13. Pasukan Tan bertepuk tangan sambil melompat keriangan sebaik saja mereka
A B
diumumkan sebagai johan keseluruhan. Tiada kesalahan.
C D
14. Sani tidak mengada di rumah semasa kami berkunjung ke rumahnya semalam.
A B C
Tiada kesalahan.
D
Soalan 15 hingga Soalan 17
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul dan tentukan bahawa anda telah memilih cadangan jawapan yang paling sesuai
15. I Bahan kimia yang terdapat di dalam botol itu mudah larut di dalam air.
II Abang pulang larut malam setiap hari kerana banyak kerja yang perlu disiapkannya di pejabat.
III Kelapa itu ke larut dan diperah santannyasebelum dimasukkan ke dalam masakan.
IV Dia bercakap perkara-perkara yang larut ketika bermimpi malam tadi.
A. II sahaja C. III dan IV sahaja
B. I dan II sahaja D. II, III dan IV sahaja
16. I Kak Som sedang mengacau gula yang sedang dimasaknya itu untuk dijadikan sirap.
II Suatu masa dahulu pengganas komunis suka mengacau keadaan yang aman di negara kita.
III Fikirannya mengacau selepas mendapat berita yang menyedihkan hatinya.
IV Pak Itam sedang mengacau kambing-kambingnya masuk ke dalam kandang.
A. I sahaja C. I dan IV sahaja
B. II dan III sahaja D. II dan IV sahaja
17. I Devi sedang mendukung adiknya ketika emaknya memasak di dapur.
II Kita perlu mendukung hasrat dan wawasan negara iaitu untuk menjadi negara maju.
III Kata-kata puitis yang digunakan dalam sajak itu memang sesuai dan dapat mendukung mesejnya.
IV Buah mendukung itu berasa masam kalau belum betul-betul masak.
A. I dan II sahaja C. I,II dan III sahaja
B. III dan IV sahaja D. II, III dan IV sahaja
Soalan 18 hingga Soalan 21
Sebahagian daripada ayat yang berikut telah digarisi. Bahagian yang bergaris itu mungkin mempunyai kesalahan dalam penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak. Jika anda mengangap bahawa bahasa pada bahagian yang bergaris itu salah dan perlu diubah, anda hendaklah menandakan A, B atau C sebagai jawapan pilihan anda. Jika tiada kesalahan, tandakan D.
18. Makanan yang kakak masak itu lebih enak kalau dimakan ketika masih panas.
A. yang kakak masakkan
B. yang dimasak oleh kakak
C. yang dimasakkan oleh kakak
D. yang kakak masak
19. Penduduk Kampung Simunjan berjaya menangkap buaya ganas yang telah membaham mangsanya yang kelima semalam.
A. membahamkan mangsanya yang ke lima
B. membaham mangsanya yang lima
C. baham mangsanya yang kelima
D. membaham mangsanya yang kelima
20. Rancangan televisyen itu berjaya menarik perhatian penonton kerana bahan-bahan yang disiarkan diperolehi daripada sumber yang asal.
A. diperolehkan daripada sumber
B. diperoleh daripada sumber
C. diperoleh dari sumber
D. diperolehi daripada sumber
21. Johan menemui orang tua itu di tepi jalan lalu menghantarnya di rumah orang-orang tua.
A. ke rumah orang tua-tua
B. di rumah orang tua-tua
C. ke rumah orang tua-orang tua
D. di rumah orang-orang tua
Soalan 22 hingga Soalan 24
Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau yang paling hampir dengan ayat yang dicetak tebal.
22. Beberapa orang doktor pakar negara kita telah menjalankan pembedahan dengan jayanya untuk memisahkan pasangan kembar siam itu.
A. Pembedahan itu telah berjaya dilakukan oleh beberapa orang doktor pakar terhadap pasangan kembar siam.
B. Kejayaan pembedahan yang dilakukan terhadap pasangan kembar siam itu adalah hasil usaha beberapa oarang doktor pakar.
C. Pasangan kembar siam itu berjaya dipisahkan melalui pembedahan yang dilakukan oleh beberapa orang doktor pakar negara kita.
D. Pembedahan yang dijalankan oleh doktor-doktor negara kita dapat memisahkan pasangan kembar siam itu.
23. Didikan agama sejak kecil memang diakui dapat membentuk peribadi mulia seseorang insan.
A. Seseorang insan akan dipandang mulia jika diberi didikan agama sejak kecil lagi.
B. Memang diakui bahawa peribadi mulia seseorang insan dapat dibentuk melalui didikan agama sejak kecil.
C. Seseorang insan akan mengakui bahawa peribadinya yang mulia dapat dibentuk melalui didikan agama.
D. Pembentukan peribadi yang mulia terhadap seseorang insan telah diperakui oleh agama masing-masing.
24. Banyak hotel menawarkan pakej pelancongan yang menarik bersempena dengan cuti sekolah yang akan datang.
A. Semasa cuti sekolah yang akan datang, pakej pelancongan telah menawarkan banyak hotel yang menarik perhatian.
B. Pakej pelancongan yang menarik di hotel-hotel telah ditawarkan ketika musim cuti sekolah.
C. Pihak sekolah dan hotel telah menawarkan pakej pelancongan yang menarik semasa cuti sekolah yang akan datang.
D. Bersempena dengan cuti sekolah yang akan datang, pakej pelancongan yang menarik telah ditawarkan oleh banyak hotel.
Soalan 25 hingga soalan 27
Pilih ayat-ayat yang betul dan tentukan bahawa anda telah memilih cadangan jawapan yang paling sesuai.
25. I Beribu-ribu orang membanjiri Stadium Nasional Bukit Jalil untuk menyaksikan
persembahan artis kesayangan mereka.
II Kalau sekiranya anda ada masa lapang, jemputlah ke rumah saya.
III Rakyat Malaysia dinasihati agar berjimat cermat apabila berbelanja.
IV Sementara badannya kurang sihat, dia tetap melakukan kerja-kerja berat.
A. I dan III C. III dan IV
B. II dan IV D. I dan IV
26. I Aku tidak menyangka bahawa Laksamana sanggup belot kepada Bendahara, kata
Panglima kepada Hang Tuah.
II Kami berasa bangga kerana peserta bahas sekolah kami berjaya menjadi johan
pertandingan bahas peringkat negeri.
III Peluang perniagaan sentiasa terbuka dengan luas asalkan sahaja kita mempunyai
pengalaman dan modal yang mencukupi.
IV Ibu sentiasa mendoakan kami agar berjaya dalam peperiksaan
A. I dan II C. I, II dan III
B. II dan III D II, III dan IV
27. I Makcik Leha terpaksa menjual pisang goreng untuk menyara kehidupannya lapan
beranak.
II Sayur-sayuran itu ibu beli di Kedai Pak Mat.
III Hatinya terhibur apabila melihat telatah anak kecil itu menggayakan pakaiannya.
IV Baju ayah belum tergosok sejak seminggu lalu.
A. I, II dan III C. II dan III
B. I, III dan IV D. II, III dan IV
Soalan 28 hingga Soalan 30
Pilih jawapan yang paling sesuai bagi pernyataan-pernyataan yang berkaitan dengan peribahasa di bawah ini.
28. Kegiatan seorang tokoh yang dihormati dalam aktiviti yang kurang sihat itu akhirnya
terbongkar juga selepas pihak polis melakukan siasatan terperinci terhadap semua aktiviti
perniagaannya.
Peribahasa yang paling sesuai untuk menggambarkan situasi di atas ialah ………….
A. di mana semut mati kalau tidak dalam gula.
B. bangkai gajah dapatkah ditutup dengan nyiru?
C. kalau tiada angin bertiup, takkan pokok bergoyang.
D. diam-diam ubi berisi, diam besi berkarat.
29. Anggota masyarakat yang tinggal di kawasan perumahan itu hidup dalam keadaan aman dan bermuafakat. Mereka saling membantu antara satu dengan yang lain tanpa mengira bangsa, keturunan dan agama.
Perkara ini diibaratkan ………
A. bagai enau di dalam belukar, melepaskan
pucuk masing-masing.
B. berapa berat mata memandang, berat lagi
bahu memikul.
C. air sama air, sampah ke tepi juga.
D. bulat air kerana pembetung, bulat manusia
kerana muafakat.
30. Peribahasa 'gajah sama gajah berjuang, pelanduk mati di tengah-tengah' bermaksud …
A. kalah atau menang dalam sesuatu pertengkaran tidak akan menguntungkan mana- mana pihak.
B. sesuatu kaum, apabila hilang pemimpinnya, akan menjadi kucar-kacir.
C. pemimpin dengan pemimpin berperang, rakyat yang mendapat susah.
D. segala usaha tetap ada kesukaran atau bahayanya.
Monday, May 16, 2011
Surat rasmi
A. Jenis surat rasmi:
i. Surat aduan – sampah, gejala sosial, kafe siber, masalah pencemaran, kilang haram dan sebagainya.
ii. Surat permohonan – pekerjaan, kemudahan asas, kemudahan sekolah dan sebagainya.
iii. Surat bantahan – bantahan sesuatu perkara yang mendatangkan masalah atau kesan negatif.
iv. Surat cadangan – cadangan mengadakan sesuatu, cadangan mengatasi sesuatu masalah dan sebagainya.
v. Surat jemputan – perkahwinan, menghadiri majlis dan sebagainya.
B. Penerima dan alamat surat rasmi.
i. Penerima surat rasmi – penerima perlu sesuai dengan situasi surat yang ditulis. Contohnya, jika kebakaran (bomba – Ketua Balai Bomba), kecurian (polis – Ketua Balai Polis XXXXXX), sampah sarap (Dewan Bandaraya Kuala Lumpur – Ketua Penguat Kuasa), jabatan kerajaan (Pengarah) dan sebagainya.
ii. Alamat penerima – Jika anda tidak pasti alamat penerima, jangan bimbang kerana anda boleh menciptanya sendiri. Contohnya, jika alamat individu (ada nombor rumah, ada nama jalan, ada nama taman, ada poskod, ada nama bandar, ada negeri). Jika alamat jabatan kerajaan atau agensi kerajaan (ada tingkat, ada nama bangunan, ada nama jalan, ada poskod, ada nama bandar, ada nama negeri).
Contoh : Masalah sampah sarap tidak diangkut.
Ketua Penguat Kuasa
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur,
Tingkat 5, Bangunan Menarajaya,
Jalan Bunga Raya,
56000 Kuala Lumpur.
B. Format Surat Rasmi:
1. Nama dan alamat pengirim – di sudut kiri surat.
(Selepas itu langkau sebaris dan lukis garisan panjang)
(Sebaiknya selepas setiap perenggan berakhir, langkau satu baris)
2. Penerima dan alamat penerima – di sudut kiri surat.
3. Tarikh dengan huruf besar – di kanan dan selari dengan baris terakhir alamat penerima.
4. Panggilan hormat (Tuan/ Puan/ Datuk dan sebagainya yang sesuai) – di kiri dan tanda koma.
5. Tajuk surat – Semua perkataan awal dengan huruf besar, kecuali untuk kata hubung, sendi dan kata bantu. Garisi tajuk dan jangan letak tanda titik pada akhir ayat.
6. Pengenalan surat – nyatakan siapa anda + mewakili siapa (jika anda sebagai wakil) + tujuan surat ditulis. (tulis rapat di kiri surat dan jangan letak sebarang nombor)
7. Isi surat: (Bermula dari perenggan kedua dan seterusnya, letak nombor bermula dengan 2 dan seterusnya pada setiap perenggan dan mulakan perenggan agak ketengah – 2 ½ sm dari nombor)
i. Huraian isu atau huraian masalah yang ditulis (di mana + sejak bila + nama pihak penyebab masalah + masa masalah berlaku + siapa terlibat + dan apa-apa juga maklumat awal tentang isu atau masalah itu yang dapat digunakan bagi membantu pihak yang anda beritahu)
ii. Kesan daripada isu atau masalah itu kepada anda atau orang yang anda wakili. Kesan ini mesti diulas, sama seperti anda menulis karangan biasa (ada isi, huraian, contoh dan kesimpulan kecil) Sebaik-baiknya, 1 kesan ditulis dalam satu perenggan)
iii. Cadangan mengatasi masalah – anda boleh memberi cadangan awal untuk mengatasi masalah atau isu yang anda tuliskan.
8. Penutup surat – tuliskan harapan anda dan iringan terima kasih.
9. Tulis ucapan terima kasih – di kiri dan rapat dengan garisan. (Jangan letak nombor)
(Selepas itu, langkau 3 hingga 4 baris)
10. Tulis pengesahan:
- “Yang menjalankan tugas” (jika tujuan rasmi) dan “Yang benar” (jika tujuan persendirian)
- Tandatangani
-(NAMA) dengan huruf besar dan dalam kurungan
-Nama jawatan (Ikut kehendak soalan jika dinyatakan), jika tidak tulislah Setiausaha. Jika tujuan persendirian, tidak perlu menulis jawatan.
-Nama institusi, persatuan atau taman perumahan yang anda wakili.
11. Pastikan anda menggunakan frasa gramatis, peribahasa atau kata-kata hikmat seperti anda menulis karangan yang lain.
...................................................................................................................................
Soalan :
Di kawasan tempat tinggal anda terdapat pelbagai masalah keselamatan yang timbul berpunca daripada pendatang asing yang terlalu ramai di kawasan itu. Sebagai wakil penduduk di tempat anda. tulis sepucuk surat kepada pihak yang berkuasa bagi mengadukan hal tersebut agar masalah ini dapat diselesaikan.
Contoh jawapan surat rasmi.
Lin Cheng Heng,
No.6, Jalan Limau Purut 3,
Taman Cheras Perdana,
52400 Kuala Lumpur.
____________________________________________________________________
Balai Polis Cheras,
Jalan Ikan Emas 2,
53000 Cheras,
Kuala Lumpur…… ……………………………………………………………………….16 JULAI 2008
4.………….Selain itu, sebahagian pendatang tanpa izin di kawasan ini turut berkelakuan tidak sopan terhadap penduduk tempatan di sini. Beberapa orang gadis yang pulang lewat daripada bekerja telah diganggu dengan kata-kata yang tidak menyenangkan. Mereka juga sering mengeluarkan kata-kata berbau lucah kepada penduduk di kawasan ini sehingga pernah menyebabkan pergaduhan di antara pendatang tanpa izin dengan penduduk di taman ini. Sebagai ibu bapa di kawasan ini, kami berasa bimbang jika berlaku sesuatu perkara yang tidak diingini ke atas keluarga kami. Justeru, kami berharap agar pihak tuan mengambil tindakan awal seperti kata pepatah, sediakan payung sebelum hujan. Kami tidak mahu ada di antara penduduk di kawasan ini yang akan menjadi mangsa akibat kelewatan kita mengambil tindakan kerana nasi sudah menjadi bubur.
5.………….Pada masa yang sama, sebahagian daripada pendatang tanpa izin tersebut juga melakukan pelbagai jenayah seperti berjudi dan menyalahgunakan dadah. Hal ini telah kami maklumi melalui beberapa orang penduduk yang pernah terserempak dengan mereka ketika melakukan jenayah tersebut. Sebelum ini, kejadian seperti itu tidak pernah berlaku di kawasan tempat tinggal kami. Keadaan ini juga amat membimbangkan penduduk di kawasan ini kerana kami takut sekiranya ada di antara anak-anak kami yang akan terpengaruh dengan gejala yang tidak sihat tersebut. Justeru kami meminta agar pihak tuan mengambil tindakan awal kerana mencegah lebih baik daripada mengubati.
6.………….Sehubungan dengan itu, kami mencadangkan agar pihak tuan dapat mengambil tindakan dengan secepat mungkin. Antara cadangan kami termasuklah meminta pihak tuan membuat serbuan dan menangkap pendatang tanpa izin di kawasan kediaman kami. Kami juga mencadangkan agar pihak tuan dapat membuat rondaan dengan lebih kerap supaya kejadian jenayah yang membimbangkan kami tidak berlaku di sini. Sekiranya pihak tuan memerlukan bantuan dan kerjasama daripada penduduk di kawasan ini, kami sedia menghulurkan bantuan yang diperlukan.
7.………….Akhir kata, saya berharap agar pihak tuan dapat mengambil tindakan yang sewajarnya dengan segera demi keselesaan dan keselamatan penduduk di kawasan ini. Kerjasama daripada pihak tuan amat kami hargai dan didahului dengan jutaan terima kasih.
Sekian, terima kasih.
Yang menjalankan tugas,
Linchengheng
(LIN CHENG HENG)
Setiausaha,
Persatuan Penduduk Taman Cheras Perdana.
.................................................................................................................................
LATIHAN: SURAT KIRIMAN RASMI
Soalan 1:
Kawasan tempat tinggal anda masih tidak mempunyai kemudahan pengangkutan awam. Hal tersebut amat menyukarkan penduduk yang tinggal di kawasan ini. Selaku wakil penduduk, tulis sepucuk surat kepada pihak terbabit untuk memohon kemudahan pengangkutan awam itu.
Rangka jawapan:
Isi 1:
- di mana kedudukan kawasan tersebut + berapa ramai penduduk + sejak bila dibuka + bagaimana penduduk keluar masuk ke kawasan itu + nyatakan kesukatan penduduk secara umum + bandingkan dengan taman lain yang berhampiran yang memiliki kemudahan tersebut.
Isi 2:
- kesukaran yang dihadapi + sukar ke tempat kerja pada waktu ditentukan + sering terlewat dan menjejaskan prestasi kerja + terpaksa menaiki kereta sapu + keselamatan tidak terjamin + menaiki motosikal + selalu berlaku kemalangan + menyukarkan penduduk.
Isi 3:
- Sukar apabila menghadapi kecemasan + terpaksa meminta bantuan jiran tetangga + menyusahkan jiran tetangga + contoh kejadian pesakit lewat di bawa ke hospital kerana tiada pengangkutan awam + membebankan kerana ada kereta sapu yang disewa mengenakan tambang yang keterlaluan dan cekik darah + menyukarkan penduduk yang kebanyakannya berpendapatan miskin.
Isi 4:
- sukar dikunjungi oleh saudara mara kami kerana tidak ada pengangkutan awam + juga menyukarkan warga tua yang hendak ke bandar atau hospital mendapatkan rawatan + kanak-kanak sekolah terpaksa menaiki van tanpa permit + keselamatan tidak terjamin + keadaan lebih parah apabila musim tengkujuh (hujan) + sukar untuk bergerak kerana tiada kenderaan awam.
Isi 5:
- Mencadangkan agar pihak terbabit menyediakan beberapa buah bas awam + serta pondok menunggu bas yang secukupnya + jumlah bas perlu mencukupi kerana ramai penduduk memerlukannya + memohon perkhidmatan dijalankan tiap-tiap setengah jam sekali.
Soalan 2:
Persatuan yang anda sertai di sekolah ingin mengadakan lawatan sambil belajar ke sebuah kilang. Selaku setiausaha persatuan tersebut, tulis sepucuk surat kepada pengusaha kilang tersebut untuk memohon kebenaran agar persatuan anda dapat melawat kilang berkenaan.
Rangka karangan:
Pengenalan:
- Siapa anda + mewakili siapa + tujuan anda menulis + member sebab mengapa kilang ini dipilih + terkenal/ terbaik + berhampiran dengan sekolah.
Isi 1:
- Tarikh lawatan + jumlah peserta + jumlah guru + masa lawatan + jangkaan berada di kilang berkenaan.
Isi 2:
- Tujuan lawatan 1 – menambah pengetahuan + mengetahui teknologi terbaharu + berguna kerana anda mengambil pelajaran yang berkaitan
Isi 3:
- Tujuan lawatan 2 – ingin mendapat maklumat tentang apa? + dikehendaki menjalankan kajian tentang apa? Oleh guru + maklumat tepat hanya dapat diperoleh melalui lawatan itu.
Isi 4:
- Cadangan lawatan + tempat yang ingin dilawati di kilang itu (tempat pengeluaran/ tempat pembungkusan/ pentadbiran dan lain-lain) + meminta kebenaran mengambil gambar berkaitan + untuk dimasukkan dalam laporan.
Isi 5:
- memohon bantuan seorang kakitangan kilang + untuk memberi tunjuk arah di kawasan kilang + member penerangan yang diperlukan + memohon sebarang bahan-bahan maklumat tambahan tentang kilang itu + untuk rujukan
Isi 6:
- Janji anda – mematuhi peraturan yang ditetapkan pihak kilang + mematuhi disiplin + akan bertanggungjawab sekiranya timbul masalah yang disebabkan oleh lawatan tersebut.
Penutup:
- harapan anda + ucapan pendahuluan terima kasih.
Contoh Karangan Jenis Wawancara
Masalah jenayah sering dikaitkan dengan tugas dan peranan polis. Dalam membenteras masalah tersebut, polislah yang bertanggungjawab memastikan setiap individu dan masyarakat terselamat daripada ancaman tersebut. Untuk mengetahui peranan pihak polis ini, saya selaku pemberita ditugaskan mewawancara Penguasa Yusuf Majid, seorang pegawai polis di bandar ini. Kita ikuti wawancara tersebut.
Pemberita :Selamat pagi, tuan. Apa khabar?
Pegawai Polis :Selamat pagi. Khabar baik.
Pemberita:Terlebih dahulu saya ucapkan terima kasih kepada tuan kerana sudi meluangkan masa untuk diwawancara. Pertamanya, polis dan undang-undang sering diibaratkan sebagai aur dengan tebing. Kedua-duanya begitu rapat dan sering berjalan seiring. Apakah pandangan tuan tentang perkara ini?
Pegawai Polis:Ya, pasukan polis merupakan penguat kuasa undang-undang yang tama. Ini bererti tanpa polis, undang-undang yang ada tidak bermakna kerana undang-undang tersebut tidak dapat dikuatkuasakan. Sebaliknya, tentulah sukar untuk pihak polis menjalankan tugas jika sesebuah negara tiada undang-undang. Jika tiada undang-undang yang berkaitan dengan jenayah, tentulah tugas polis untuk membenteras jenayah tidak kesampaian. Jadi polis dan undang-undang mempunyai kaitan yang begitu rapat.
Pemberita:Bolehkah tuan huraikan dengan lebih jelas, bagaimanakah undang-undang boleh digunakan oleh polis untuk memerangi jenayah di negara kita?
Pegawai Polis:Sesuai dengan peranan polis sebagai penguat kuasa, maka undang-undang yang berhubung dengan jenayah menjadi panduan dan sering digunakan oleh pihak polis. Antaranya termasuklah Kanun Keseksaan dan Kanun Atur Cara Jenayah. Antara jenayah yang dikaitkan dengan Kanun Keseksaan adalah mencuri, merompak, merogol, mencederakan orang, penipuan, dan sebagainya. Kanun Atur Cara Jenayah pula telah memberikan kuasa kepada polis untuk menangkap atau seumpamanya terhadap penjenayah yang melakukan jenayah-jenayah tadi.
Pemberita:Cuba tuan jelaskan tentang kewibawaan pasukan polis dalam menangani masalah jenayah.
Pegawai Polis:Kewibawaan dan prestasi pasukan polis sebenarnya bergantung kepada cara mereka melaksanakan dan menguatkuasakan undang-undang. Untuk itu, pihak polis mesti menjalankan tugasnya dengan adil dan saksama. Jika terdapat sesuatu kesalahan jenayah, pihak polis akan bertindak tanpa mengira pangkat atau kedudukan seseorang. Pihak polis juga mesti berani untuk memerangi jenayah. Oleh sebab itu, kita dapati banyak penjenayah menjadi mangsa keberanian dan kewibawaan pihak polis. Kadang kala anggota polis terpaksa berkorban apa sahaja demi menjaga keamanan negara. Mereka terpaksa mengorbankan masa, cuti, keluarga dan nyawa apabila bertugas.
Pemberita:Tugas sebagai anggota polis tentu menghadapi pelbagai cabaran atau risiko yang membahayakan keselamatan polis itu sendiri. Cuba tuan berikan pandangan?
Pegawai Polis:Ya, sebagai anggota polis, kami memang mengetahui adanya pelbagai implikasi dan risiko di hadapan. Misalnya, jika berlaku kes rompakan, pihak polis mungkin terpaksa berbalas tembakan dengan perompak. Jika bukan perompak, mungkin pihak polis yang menjadi mangsa. Ada kalanya penjenayah ini tidak takut berdepan dengan pihak polis. Oleh sebab itulah mereka berani melawan anggota polis kita. Selain itu, pihak polis juga kadang-kadang menghadapi cabaran masyarakat. Kami sering kali juga menimbulkan rasa takut dan prejudis orang ramai. Oleh sebab itu, kerjasama masyarakat sukar diperoleh untuk mengatasi kes-kes jenayah.
Pemberita:Sebelum kita mengakhiri wawancara ini, apakah harapan tuan terhadap masyarakat atau orang ramai untuk mengatasi masalah jenayah?
Pegawai polis:Kita memerlukan kerjasama orang ramai. Tanpa kerjasama dan komitmen orang ramai tentulah sukar untuk kita membenteras masalah jenayah. Mereka harus melaporkan kepada pihak kami jika berlaku sesuatu kejadian jenayah dan mereka juga tidak harus melindungi seseorang penjenayah. Berilah kerjasama, penghormatan, dan kepercayaan sepenuhnya kepada pihak polis demi keselamatan dan keamanan negara.
Pemberita:Saya juga berharap penjelasan tuan akan menjadi renungan kepada masyarakat kita. Terima kasih sekali lagi saya ucapkan atas kesudian tuan.
SYARAHAN: MEMUPUK MINAT MEMBACA DALAM KALANGAN MASYARAKAT
Makanan Ringan Membahayakan Badan Kanak-kanak
Menurut Kamus Dewan, makanan ringan merujuk kepada makanan yang tidak begitu mengenyangkan seperti keropok, kacang, burger, ais krim dan sebagainya.
Biarpun makanan tersebut boleh mendatangkan marabahaya namun sesetengah kanak-kanak sangat suka akan makanan ringan tersebut. Pada setiap hari, mereka akan cuba memenuhi selera masing-masing untuk menjamah makanan ringan pada masa lapang lebih-lebih lagi ketika mereka menonton televisyen atau bersantai dengan kawan-kawan.
Sebenarnya, makanan ringan jika diambil secara berlebih-lebihan akan membahayakan kesihatan badan kita. Penyakit moden yang popular pada hari ini seperti kencing manis, sakit jantung dan penyakit buah pinggang sering menyerang kita. Kajian menunjukkan bahawa sebanyak 50% kanak-kanak di Malaysia dilanda masalah obesiti atau diancam masalah kegemukan. Kebanyakan kanak-kanak yang terlibat didapati sering melanggani makanan ringan.
Jelaslah bahawa makanan ringan boleh mendatangkan bahaya kepada kita, khususnya golongan kanak-kanak dan remaja. Oleh itu, ibu bapa perlulah senantiasa memantau kesihatan anak-anak di samping menjauhkan mereka daripada godaan makanan ringan.
Seterusnya, kantin sekolah perlu dilarang daripada menjual makanan ringan kepada murid-murid sekolah di seluruh negara. Sebaliknya, pihak kantin perlulah mengutamakan mutu kesihatan murid-murid dengan menjual makanan yang bersih dan berkhasiat tanpa banyak membebankan golongan kanak-kanak.
Kesimpulannya, kempen pemakanan dan kesihatan perlulah diadakan dari semasa ke semasa untuk menyedarkan masyarakat, ibu bapa dan kanak-kanak agar senantiasa mengutamakan makanan yang seimbang, beriadah dan menjalani cara hidup sihat selagi hayat dikandung badan. Sesungguhnya, kesihatan itu kekayaan.
Cara terbaik untuk menghabiskan cuti sekolah yang panjang adalah dengan meluangkan waktu bersama-sama keluarga. Jelaskan…
Terdapat berbagai-bagai cara untuk menghabiskan cuti sekolah yang panjang, antaranya menyertai aktiviti yang diadakan oleh sekolah, melancong ke tempat lain, dan yang paling biasa- bermain komputer. Namun, selepas disimpulkan, meluangkan waktu bersama-sama keluarga merupakan cara yang terbaik untuk menghabiskan cuti sekolah yang panjang.
Melalui aktiviti bersama keluarga seperti melancong, hubungan kekeluargaan dapat dieratkan. Keluarga juga akan menjadi lebih aman dan harmoni. Sebenarnya, keluarga yang harmoni banyak membantu untuk melahirkan masyarakat yang aman dan damai kerana keluargalah yang paling asas dalam melahirkan masyarakat yang harmoni. Tanpa keluarga, tiadalah masyarakat penyayang yang diharapkan.
Di bawah pengaruh keluarga yang bahagia, perkembangan minda kanak-kanak adalah lebih sihat. Mereka tidak akan berasa tertekan malah badan mereka akan menjadi lebih sihat untuk menjana kemampuan belajar yang lebih baik dan berkesan.
Dengan menyertai aktiviti kekeluargaan yang sihat, kanak-kanak akan berjalan ke arah kebaikan dan tidak akan memikirkan hal yang bukan-bukan sekali gus tidak akan membazirkan masa lapang mereka dengan aktiviti yang tidak berfaedah. Risiko mereka untuk berkenalan dengan rakan yang kurang baik dapat juga dikurangkan. Biarpun ada kebarangkalian mereka diajak untuk melakukan sesuatu yang tidak baik seperti ponteng, bergentayangan dan lepak, namun mereka juga mempunyai peluang untuk menolak ajakan mereka sedaya upaya.
Sesungguhnya, usaha kita meluangkan masa yang berharga dengan keluarga yang tersayang merupakan langkah yang bijak ke arah melahirkan masyarakat penyayang yang bertanggungjawab kepada diri, keluarga, bangsa dan negara yang tercinta.
CAPA RENGAT
(BAHARUDDIN KAHAR)
Sumber : Bahagian Pembangunan Kurikulum (KPM)
Sinopsis
Cerpen “Capa Rengat” mengisahkan seorang remaja yang ingin merasai kehidupan di kampung ibunya. Pada waktu petang, “Aku” akan mengikut bapa saudaranya Pak Cik Kinto, ke bukit-bukit di keliling kampung untuk menyedut udara segar dan menembak burung-burung serta menjengah ikan-ikan di sungai. Hubungan Pak Cik KInto dan “Aku” seperti belangkas.
Pada sebelah petangnya, “Aku” tidak dapat ke mana-mana kerana Pak Cik Kinto pergi untuk berurusan dengan peguam. Ibu “Aku” pula berasa bosan tinggal lebih lama di kampung. “Aku” mengambil keputusan merayau-rayau di sekeliling kampung. Ketika lalu di sebidang paya, “Aku” melihat lima orang anak muda sedang bermain di bahagian tepi paya.
Seorang budak perempuan, Su mengajak “Aku” bermain bersama-sama mereka. Permainan yang dimainkan begitu janggal dan “Aku” berasa kekok pada permulaannya tetapi kemesraan budak-budak kampung menghilangkan rasa kekok “Aku”. Akhir sekali, “Aku” diajak bermain rumah katak. Setiap kali rumah katak “Aku” siap dibina, Su akan memecahkannya.
“Aku” cuba menangkap Su kerana mempersenda-senda kebolehan “Aku”. Rupa-rupanya, Su begitu lincah meniti batang dan melompat hingga ke seberang paya. Tanpa diduga, Su menghampiri “Aku” dan menghadiahkan sekuntum bunga Capa Rengat atau bunga melur hutan yang berbau wangi. Kami seolah-olah dibuai perasaan apabila berganding bahu menyiapkan rumah katak dalam kota buatan.
Tiba-tiba, ketika “Aku” dan Su asyik membina jalan menuju pintu masuk kota buatan, seorang budak lelaki berumur lapan tahun menjerit nama Su. Su terpaksa pulang ke rumah dengan segera. “Aku” mengenal pasti Su mempunyai seorang ibu tiri yang bengis daripada kawan-kawan sepermainan. Budak yang memanggilnyaSu itu ialah adik tirinya.
Pada sebelah malamnya, “Aku” tidur dengan nyenyak. Bunga Capa Rengat diletakkan di dalam botol berisi air. “Aku” ingin merasai kesegaran bau wangi Capa Rengat dalam tidur.
Setelah sehari berada di kampung , ibu memutuskan siri lawatan ke kampung dipendekkan. Pak Cik Kinto dan Mak Cik Kinto meminta ibu memanjangkan tempoh di kampung tetapi ibu mendesak-desak untuk pulang. “Aku” berasa terharu untuk meninggalkan kampung dan kesayuan hatiku makin mendayu-dayu.
Dalam keadaan separuh sedar , “Aku” bertanyakan kepada ibu tentang kesediaannya untuk pulang ke kampung semula. Malangnya, ibu melahirkan ketegasan untuk tidak pulang ke kampung lagi kerana urusan tanah dan rumah pusaka sudah selesai. Keputusan ibu membuatkan “Aku” sedih apabila “Aku” terpandang bunga Capa Rengat yang sudah layu dan terkenangkan wajah Su.
Perasaan cinta pada kehidupan dan suasana di kampung. “Aku” telah mengalami pengalaman yang menarik hidup di kampung. Contohnya, semasa “Aku” mengikut Pak Cik Kinto menembak burung dan menyedut udara pergunungan yang segar.
Persoalan
Contoh: Aku yang berasal dari bandar menyukai Su yang tinggal di kampung yang jauh dari arus pembangunan.
2. Persoalan kemesraan membuahkan kualiti persahabatan.
Contoh: Kemesraan yang ditunjukkan oleh Su kepada aku menyebabkan aku amat suka tinggal di kampung hingga sukar untuk melupakan kampung walaupun pada asalnya aku amat tidak selesa berada di kampung.
3. Persoalan menghargai keaslian alam sebagai anugerah Tuhan.
Contoh: Dapat dilihat pada watak aku yang nenghargai dan menjaga Capa Rengat yang diberikan oleh Su.
4. Persoalan mengenang kembali tempat asal usul.
Contoh: Su seronok mandi sungai dan bermain ‘kota Buatan’ tempat asal ibunya.
Plot
Permulaan
Aku pulang ke kampung bersama-sama dengan ibunya untuk menguruskan tanah pusaka dan rumah pusaka. Mereka berdua tinggal di rumah Pak Cik Kinto, bapa saudara “Aku”. Pada waktu pagi, Pakcik Kinto melayani “Aku” dengan membawanya berjalan-jalan di bukit sekeliling kampung.
Perkembangan
Pada sebelah petang, “Aku” merayau-rayau di sekeliling kampung kerana Pak Cik Kinto ke kota untuk berurusan dengan peguam. “Aku” bertemu dengan sekumpulan budak kampung yang sedang bermain di tepi paya. Salah seorang budak perempuan kampung yang bernama Su mengajak “Aku” bermain bersama-sama dengan mereka. Ketika bermain, Su telah memberikan Aku sekuntum bunga Capa Rengat (melur hutan). Kerana leka bermain, Su dipanggil pulang oleh adik lelaki tiri nya pulang ke rumah. “Aku” pulang ke rumah dan meletakkan bunga Capa Rengat dalam botol berisi air.
Klimaks
Keesokan paginya, “Aku” dikejutkan dengan keputusan ibu untuk pulang ke kota. “Aku” berasa sedih dengan keputusan ibu kerana baru hendak merasai kenikmatan suasana kampung.
Peleraian
“Aku” pulang ke kota dengan kenangan yang indah hasil pemberian bunga Capa Rengat daripada Su, seorang gadis kampung.
Teknik Penceritaan
Cerita disusun mengikut kronologi urutan masa.
1. Pemerian
Contoh: Kami menyedut udara pergunungan yang segar. Kami melihat burung-burung berterbangan. Di samping itu, Pak Cik Kinto tidak pernah lupa membawa senapang patahnya, kalau-kalau bertemu denak.
2. Dialog
Contoh: “Cantik,ya !” kata budak perempuan itu.
“Cantik, “ jawabku pendek sambil merenung matanya yang jernih ghairah itu.
3. Kejutan
Contoh: Adik tiri Su muncul dan memanggil Su pulang semasa “Aku” sedang bermain
dengan Su dan kawan-kawannya.
Watak dan Perwatakan
Ø Seorang anak remaja
Ø Menghargai alam sekitar
Ø Proaktif dan cergas
Ø Mempunyai pandangan bernas
Ø Berfikiran positif
Ibu
Ø Pertengahan usia
Ø Tegas dengan pendirian
Ø Sikap terburu-buru membuat keputusan
Ø Prihatin terhadap orang lain
Ø Berperilaku mesra
Su
Ø Budak perempuan awal remaja
Ø Bersikap periang
Ø Aktif dan cergas
Ø Bijak mengolah keadaan
Ø Taat kepada ibu
Pakcik Kinto
Ø Bapa saudara “Aku”
Ø Mahir selok-belok di kampung
Ø Mempunyai kemahiran menembak
Ø Ikhlas melayani tetamu
Ø Melaksanakan urusan dengan cekap
Masa
Cerita berlatarkan masa sehari “Aku” tinggal di kampung. Peristiwa-peristiwa diolah oleh pengarang merentasi waktu pagi, petang, dan malam.
Ø Pagi – “Aku” dan ibu bertolak pulang ke bandar setelah seharian berada di kampung.
Ø Petang – “Aku” dibawa oleh Pak Cik Kinto ke bukit di belakang rumah Pak Cik Kinto untuk menikmati pemandangan dan menyedut udara segar di situ.
Ø Malam – “Aku” tidur dengan nyenyak kerana terlalu letih setelah seharian bermain dengan budak-budak kampung.
Tempat
Latar tempat cerita berkisar di sebuah perkampungan Melayu yang berlatar belakang bukit-bukau dan tanah paya
Ø Bukit di belakang rumah Pak Cik Kinto – tempat Pak Cik Kinto membawa “Aku” bersiar-siar untuk menikmati pemandangan dan menyedut udara segar di situ.
Ø Paya – tempat kanak-kanak kampung berenang dan bermain di tepinya.
Ø Rumah Pak Cik Kinto – tempat “Aku” dan ibu bermalam ketika pulang ke kampung.
Masyarakat
1. Masyarakat bandar
Contoh: Diwakili oleh watak aku yang berasal dan dibesarkan di bandar begitu kekok waktu mula-mula sampai di kampung.
2. Masyarakat kampung
Contoh: Pak Cik Kinto yang sering ke hutan untuk berburu.
3. Masyarakat yang berpegang teguh pada ajaran Islam
Contoh: Ibu membetulkan tudungnya yang ditiup angin supaya melindungi rambutnya kerana untuk menutupi aurat.
4. Masyarakat yang menghargai alam sekitar
Contoh: Su sangat mengenali alam kampungnya dan menyukainya serta menghadiahkan aku bunga Capa Rengat.
5. Masyarakat yang suka berburu
Contoh: Pak Cik Kinto sering berburu di hutan.
Gaya Bahasa
1. Kata Ganda
Contoh: Tiba-tiba, seolah-olah, bukit-bukit, kadang-kadang, baik-baik
2. Anafora
Contoh: Mengapa jadi sayu? Mengapa jadi kesepian?
3. Inversi (Keterbalikan ayat)
Contoh: Demi memandang gunung-ganang dan padang belukarnya yang subur itu, segala rasa kesepian itu hilang. Sepatutnya. Segala rasa kesepian itu hilang apabila memandang gunung-ganang dan padang belukarnya yang subur itu.
4. Personifikasi
Contoh: Melahirkan sinar cemburu.
5. Simile
Contoh: Seperti ada sesuatu yang memukul-mukul hatiku.
6. Simpulan bahasa
Contoh: Seperti belangkas
Nilai
1. Nilai keberanian
Su berani untuk meniti di atas sebatang tiang untuk menyeberang sungai yang dalam.
2. Nilai hemah tinggi
Su dan rakan-rakanya menegur aku dan mengajak aku bermain bersama mereka walaupun baru pertama kali berjumpa.
3. Nilai kerajinan
Pak Cik Kinto rajin untuk membawa aku berburu bagi mendapatkan rezeki.
4. Nilai kerjasama
Su dan aku bekerjasama membina rumah katak semasa bermain.
Pengajaran
1. Kita hendaklah menghargai alam sekitar.
Pak Cik Kinto dan aku menghargai keindahan alam sekitar semasa pergi berburu di hutan.
2. Kita hendaklah menghargai persahabatan.
Contoh: Aku menghargai persahabatan dengan Su dan sanggup menjaga bunga Capa Rengat yang diberi oleh Su kepadanya.
3. Kita hendaklah menyemaikan kasih sayang antara keluarga.
Contoh: Aku menyayangi Pak Cik Kinto bapa saudaranya walaupun baru saja mengenalinya.
4. Hendaklah kita bekerjasama dalam melakukan sesuatu perkara yang sukar.
Contoh: Su,aku dan rakan-rakannya bekerjasama membina rumak katak dan jalan ke rumah katak.