Monday, February 23, 2009

Remaja kini suka merokok di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa sahaja.Huraikan faktor-faktor gejala ini terus berlaku. [ 100 markah ]
Dipetik daripada blog Cikgu Tan CL
Remaja merupakan golongan yang berusia antara 13 hingga 21 tahun. Dalam usia yang muda dan mencabar ini, mereka mengalami perubahan dari segi fizikal dan mental. Perubahan demi perubahan ini menyebabkan ada dalam kalangan remaja yang terpengaruh untuk berjinak-jinak dengan tabiat merokok. Oleh hal yang demikian, kadar perokok remaja semakin merebak bak cendawan tumbuh selepas hujan. Realitinya, remaja pada masa ini semakin berani merokok di mana-mana sahaja tanpa segan silu. Saya berpendapat bahawa banyak faktor yang menyebabkan gejala merokok terus merebak dalam kalangan remaja.Mengikut kajian yang dijalankan, kelemahan penguatkuasaan undang-undang merupakan faktor utama yang menjadi pemangkin gejala merokok dalam kalangan remaja. Hal ini berlaku kerana pihak berwajib dikatakan tidak serius melaksanakan undang-undang yang digubal. Oleh sebab pihak berkuasa bersikap melepaskan batuk di tangga, remaja menjadi tidak takut waima tidak gentar untuk melakukan kesalahan seperti merokok di tempat-tempat awam. Lama-kelamaan, fenomena merokok dalam kalangan remaja bagai bisul menjadi nanah yang sukar diubati lagi.Selain kelemahan penguatkuasaan, pengaruh media massa yang bebas menyiarkan iklan juga merupakan penyumbang kepada masalah merokok dalam kalangan remaja. Remaja yang umur baru setahun jagung, darah baru setampuk pinang sudah pasti mudah terpengaruh dengan ledakan iklan daripada media massa. Kajian juga mendapati remaja dan golongan muda-mudi merupakan penonton tertinggi siaran media. Oleh sebab itu, iklan rokok dan poster konsert yang ditaja oleh pihak pekilang rokok mudah meresap dalam jiwa remaja yang mendahagakan keseronokan. Remaja memang mudah mempelajari apa-apa sahaja tontonan mereka. Oleh hal yang demikian, kebanyakan remaja memberanikan diri membeli dan memegang rokok kerana pengaruh media massa.Di samping itu, kawan merupakan insan yang paling istimewa dan memainkan peranan yang penting dalam pergaulan remaja. Walau bagaimanapun, ada antara remaja yang cuba merokok selepas dicabar atau diajak oleh kawan-kawan. Hal ini tidak mustahil kerana hubungan antara kawan yang rapat bagai isi dengan kuku sedikit sebanyak merangsang kepercayaan remaja terhadap kata-kata kawan mereka. Oleh sebab menjadi pak turut kawan, majoriti mereka sama-sama ponteng sekolah, sama-sama membeli rokok lalu merasai asap rokok tanpa menyedari kebahayaan rokok. Selepas terjebak dan ketagihan rokok, remaja tidak dapat mengelakkan diri daripada tabiat buruk ini lagi.Ibu bapa yang kurang memberikan kasih sayang dan tidak prihatin akan perubahan sikap anak-anak juga merupakan faktor remaja merokok. Hal ini demikian kerana ibu bapa pada zaman berteknologi ini terlalu sibuk mengejar kebendaan dan kemewahan sehingga mengabaikan tanggungjawab keibubapaan mereka. Sikap ibu bapa ini bagai enau di dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing. Mereka sanggup mengabaikan kasih sayang dengan memberi wang kepada anak-anak mereka sebagai gantian kasih sayang. Anak-anak yang belum berfikiran matang pula menyalahgunakan wang tersebut tanpa kawalan ibu bapa. Hal ini menyebabkan remaja dapat membeli rokok dengan mudah kerana harganya masih murah.Secara tuntas, saya berpendapat bahawa gejala merokok sebenarnya dapat diatasi sehingga akar umbi. Namun begitu, semua pihak haruslah bersikap bagai aur dengan tebing untuk bekerjasama membanteras gejala merokok dalam kalangan anak-anak. Remaja haruslah bangun daripada kesalahan yang dibuat oleh mereka kerana sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna. Oleh hal yang demikian, penjagaan kesihatan diri ialah tanggungjawab sendiri. Jika kita berkesedaran dan berfikiran matang, nescaya dapat meningkatkan tahap kesihatan diri dengan menjauhi tabiat merokok. Saya berharap pihak berkenaan, terutamanya kerajaan dapat mempergiat kempen antimerokok agar remaja dapat menjauhi gejala merokok yang mampu membawa maut dalam jangka masa panjang.500+ patah perkataan.Pada Pukul 17:50 Dimuatnaikkan oleh CIKGU TAN C L 0 Komen
Posted by Jeff at 7:38 AM 0 comments
Labels: , , , ,

Ramalam Karangan SPM 2 - Karangan Bergambar (Bahagian A)
Dipetik daripada blog Cikgu Tan CL
Ramalam Karangan SPM 2 - Karangan Bergambar (Bahagian A)Kepentingan Mempertahankan Permainan Tradisional
Sebagaimana kita sedia maklum, setiap negara di muka bumi bertuah ini memiliki permainan tradisional yang tersendiri. Jika ditinjau dari sudut sejarah, permainan tradisional dimainkan pada kala lapang sejak dahulu kala. Oleh hal yang demikian, permainan tradisional seperti congkak, guli, wau, gasing dan tingting memainkan peranan yang penting dalam mengisi masa lapang para penduduk zaman nenek moyang. Kini, permainan tradisional semakin dipandang enteng, justeru rakyat kita mula memboikot permainan ini tanpa menyedari kepentingannya.
Sebenarnya, rakyat Malaysia memainkan peranan penting dalam penjagaan permainan tradisional. Anjakan paradigma mestilah kita ambil agar permainan ini tidak hilang ditelan zaman. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna. Janganlah kita merindui permainan tradisional selepas permainan ini pupus ditelan zaman. Oleh itu, langkah mempopularkannya seperti kempen “Jom Main Permainan Tradisional” dan pertandingan bermain permainan tradisonal merupakan rencah maslahat untuk mempertahankannya. Langkah tersebut penting supaya ahli masyarakat mendapat pendedahan dan mempelajari permainan tradisional sepanjang kempen dan pertandingan dijalankan kerana tak kenal, maka tak cinta. Dengan langkah proaktif tersebut, kita dapat memastikan permainan tradisional mampu menjadi warisan budaya untuk generasi yang akan datang.
Realitinya, permainan tradisional memainkan peranan penting sebagai lambang keagungan bangsa dan negara tercinta ini. Oleh sebab rakyat negara ini berbilang kaum, permainan tradisional merupakan salah satu cara rakyat tanpa mengira kaum mengisi masa lapang. Tanpa melihat warna kulit mahupun agama, permainan tradisional dilihat sebagai permainan rakyat yang dapat menghidupkan kesuburan norma kehidupan murni. Kini, kerajaan sudah pun menjadikan permainan tradisional sebagai platform untuk menarik kedatangan pelancong asing ke negara kita. Yang di luar jangkaan, pelancong asing berasa teruja dan takjub dengan warisan bangsa kita dan sanggup tinggal lebih lama di sini hanya untuk mempelajari permainan tradisional kerana pelancong sedar akan peribahasa “sambil menyelam, minum air”. Hal ini sekali gus menjana pendapatan negara melalui industri pelancongan yang semakin meningkat.
Daripada persepsi cendekiawan, permainan tradisional merupakan sejenis pendidikan tidak formal yang amat tinggi nilainya. Hal ini demikian kerana kita dapat mematangkan pemikiran di samping membijakkan otak untuk berfikir secara kritis dan kreatif semasa memainkan permainan tardisional. Sebagai contoh, permainan congkak menguji kebijaksanaan dan kesabaran pemain memasukkan biji guli ke dalam “rumah” dan “kampung” pada papan congkak. Yang indahnya, kita dapat memupuk dan menyemai nilai-nilai murni dalan kalangan rakyat sesebuah negara supaya lebih cinta akan negara daripada dijajah oleh anasir jahat dari luar. Natijahnya, kita harus sedar bahawa permainan tradisional dapat mengukuhkan semangat perpaduan nasional dalam kalangan rakyat supaya mereka sedar bahawa “bersatu kita teguh, bercerai kita roboh”.
Akhirulkalam, permainan tradisional mestilah dihidupkan semula supaya menjadi tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. Saya berharap, satu hari nanti, permainan rakyat ini akan lebih dipandang berat dan diapresiasi oleh segenap lapisan masyarakat di nusa ini. Warisan bangsa ini sebenarnya mestilah kita kekalkan demi kesejahteraan negara. Secara tidak langsung, permainan tradisional dapat mengharumkan nama negara dan menaikkan imej Malaysia di persada dunia. Kesimpulannya, saya berharap permainan tradisional di Malaysia akan terus popular dalam carta kehidupan rakyat dan terus diminati sebagai hobi yang berfaedah. Ayuh kita main congkak!
Posted by Jeff at 7:21 AM 0 comments
Labels: , ,

Sunday, February 22, 2009

Menatap Wajahnya

Kosa Kata

1. kamil
2. meniti hari
3. pasrah
4. takdir
5. menakung air mata
6. mengepung perasaan
7. lirih
8. bersua
9. rutin
10. kepingin
11. syahdu
12. desas-desus
13. dari hati ke hati
14. lafazan
15. luruh
16. dimamah
17. nur
18. bias
19. manik putih menempias pipi
20. kegirangan
21. memprotes
22. ketulusan
23. tempang
24. alhamdulillah
25. menara gading
26. terjelepuk
27. sanubari
28. bertawakal dan reda
29. menjengah senja usianya
30. kesugulan
31. pancaroba
32. teratak hati
33. firman-Mu
34. khalifahme
35. mandang enteng
36. permata hati
37. terkilan
Topik Karangan Untuk 2009

Peperiksaan Bahasa Melayu Kertas 1 SPM telah pun berlalu. Ramai guru dan pelajar telah pun mengetahui dan menganalisis topik-topik yang ditanya dalam kertas penulisian karangan tersebut. Berdasarkan topik-topik penulisan karangan yang ditanya pada tahun 2008 ini, pelajar tingkatan 4 sudah boleh memberikan perhatian untuk topik-topik penulisan karangan untuk tahun 2009. Pada hemat saya, antara topik-topik penulisan karangan yang perlu diberikan perhatian untuk tahun 2009 seperti:
a. keracunan makanan.
b. kemalangan bas ekspress.
c. pembangunan koridor ekonomi.
d. kenaikan harga barangan pengguna.
e. pemakaian batik dalam kalangan kaki tangan awam.
f. lanjutan usia bersara.
g. pemasangan litar tertutup.
h. latihan penggunaan senjata api di PLKN.
i. penggunaan tali pinggang keledar di tempat duduk belakang kereta.
j. usaha memperkasa bidang pertanian.

Topik-topik yang yang dikemukakan ini adalah topik-topik yang berkisar pada tahun 2007 dan 2008. Bagaimanapun, perkara yang penting, pelajar mesti menguasai ilmu mengarang dan banyak membaca artikel-artikel yang baik kerana dengan ilmu mengarang dan pembacaan membolehkan pelajar menulis apa-apa sahaja topik untuk penulisan karangan.
Posted by ajamsariah at 8:05 AM 0 comments
Tuesday, October 28, 2008

Thursday, February 19, 2009

Analisis pola soalan peribahasa :


Bentuk soalan peribahasa :
1. Beri maksud peribahasa
2. Memberi maksud peribahasa mengikut ujaran ayat ( Isi tempat kosong )
3. Membuat ayat berdasarkan peribahasa diberi

Panduan untuk pelajar :
1. Peribahasa yang diberi mesti tepat.
2. Peribahasa yang diberi terbalik tidak diterima.
3. Peribahasa yang diberi dalam bentuk nombor tidak diterima
( Contoh : Nak 1000 daya tak nak 1000 dalih )
4. Jika diminta buat ayat, pelajar tidak boleh beri maksud peribahasa.
(Contoh : Maksud peribahasa Bagai Menatang Minyak yang Penuh ialah memberi
sepenuh kasih sayang kepada seseorang. ( Ayat ini dikategorikan : salah)

Peringatan : Untuk soalan bina ayat S3(a), pelajar masih dibenarkan membina ayat
dengan cara memberi maksud perkataan.
Maksud pembangunan mesra alam
ialah pembangunan yang dilakukan tanpa
merosakkan atau mencacatkan alam sekitar.

5. Untuk tahun 2009, dijangkakan soalan yang akan dikemukakan ialah memberi maksud
peribahasa. Sila rujuk senarai peribahasa yang terdapat dalam buku teks.




Sumber: http://galusbm.blogspot.com/
PERIBAHASA AYAM

1. ~ baru belajar berkokok prb baru saja cukup umur, baru mencuba hendakkan perempuan;
2. ~ beroga itu jika di pinggan emas sekalipun diberi makan, ke hutan juga perginya prb orang dagang itu bagaimanapun senang di negeri orang, ingat juga akan negerinya sendiri;
3. ~ bertelur di atas padi mati kelaparan prb orang yg menderita kesusahan di tempat yg mewah;
4. ~ ditambat disambar helang, (padi ditanam tumbuh lalang) prb untung yg malang (spt isteri atau tunangan dirampas orang yg berkuasa);
5. ~ hitam terbang malam, hinggap di pokok pandan, bergeresek ada, rupanya tiada prb kejahatan yg sulit dan diketahui orang tetapi tidak ada bukti yg nyata;
6. ~ itik raja pd tempatnya prb setiap orang itu adalah penting pd tempatnya sendiri;
7. ~ menetaskan telur itik, anaknya itu ke air juga suka ditujuinya prb perangai drpd baka yg asal tidak akan berubah juga;
8. ~ putih terbang siang, (hinggap di halaman, malih kpd mata orang banyak) prb perihal pekerjaan yg dilakukan dgn terang dan nyata dan diketahui orang;
9. ~ tak patuk, itik tak sudu prb dikatakan kpd seseorang yg hina atau sesuatu yg tidak berharga;
10. ~ tambatan prb orang harapan;
11. ~ terlepas, tangan bau tahi prb dikatakan kpd orang yg mengerjakan perbuatan yg dilarang itu akhirnya mendapat malu;
12. ~ tidur senang dlm reban, musang yg susah beredar keliling prb orang yg berperasaan dengki, tidak suka melihat orang lain senang; bagai
13. ~ dimakan tungau prb dikatakan kpd orang yg kurus dan pucat kerana kena penyakit; bagai
14. ~ mabuk tahi prb dikatakan kpd orang yg pucat lesi dan lemah kerana sakit; bagai
15. ~ mengarang (mengeram) telur prb keelokan merah muka seseorang perempuan;
16. spt ~, kais pagi makan pagi, kais petang makan petang prb perihal orang miskin, tidak bekerja keras tidak dapat makan
FRASA MENARIK YANG BOLEH DIGUNAKAN UNTUK MENULIS KARANGAN
-mendepani realiti baru dunia yang pantas berubah dan berkembang
-mendukung kebenaran yang kita sepakati
-mengamalkan sikap dan perwatakan yang murni
-mengambil langkah sederap
-menghirup udara hasil kemerdekaan
-mengikut acuan sendiri
-mengundang kontroversi
-menjadi cerucuk utama pembangunan
-menjulang negara ke puncak jagat
-menuntut setiap anak watan mengotakan aspirasi
-menyambut gamitan menara impian
-menyebabkan imej negara tercalar
-menyediakan kursus dan latihan yang relevan
-menyembunyikan masalah utama masyarakat
-mereka lebih cenderung kepada keseronokan dan berpeleseran
-mewujudkan masyarakat yang bermaklumat dan berpengetahuan
-milineum baru ini pasti sahaja sarat dengan muatan cabaran reformasi
-muafakat merupakan inti kepada perpaduan
-negara kita akan bersih daripada unsur sosial yang tidak sihat
-nilai keinsanan yang syumul
-nilai-nilai material semakin memberkas dan meluas dalam masyarakat
-pandangan pro dan kontra yang dipaparkan
-pelbagai cabaran yang bakal menghambat
-pelbagai masalah sosial sedang menghinggapi masyarakat
-pembentukan masyarakat sakinah
-pembudayaan ilmu perlu dipupuk dan dibajai oleh generasi muda masa kini
-pendedahan oleh pihak media massa menghangatkan senario ini
-perlu dibaja kembali
-perubahan yang diharap masih belum menjelma
-petanda kehancuran generasi
-pewujudan masyarakat madani-propaganda negatif terhadap negara kita dapat ditepis

-kita perlu mengorak langkah
-kita tidak wajar hanya akur dengan arus yang songsang ini
-komitmen menyeluruh agensi yang terlibat
-kongkongan yang selama ini dianggap membelenggu
-Masalahnya, kita mahu memberi pendapat tetapi tidak rela dikritik
-makmur dari segi ekonomi tetapi muflis nilai kekeluargaan
-mampu mengadunkan satu kombinasi usaha yang cukup padu
-manifestasi kesanggupan bangsa
-manusia bukanlah `haiwan robotik’ yang tidak mempunyai rasa dan jiwa
-masa depan menjanjikan cabaran di luar jangkaan
-masalah putusnya komunikasi dan jurang generasi
-masalah sosial dan susila yang meruncing
-masih terbelenggu dengan cara berfikir yang sempit
-masyarakat yang naif dengan mata kebendaan yang melalaikan
-melangkah dengan seribu kekuatan
-melontarkan soalan yang cukup penting
-melupakan cita-cita yang lebih luhur
-membangunkan generasi yang berketerampilan, bersahsiah mulia dan berilmu
-membebaskan mereka daripada belenggu kejahilan dan kegelapan
-membenam budaya hedonistik yang tidak berfaedah
-membetulkan ketidaktepatan fakta
-membimbing mereka memenuhi impian
-membina impian masa depan yang lebih gemilang
-membongkar kepincangan
-membuktikan sensitiviti, kepekaan dan keprihatinan mereka
-mempengaruhi minda generasi muda
-mempertahankan perasaan saling bersefahaman
-mempertingkat dan memperteguh kefahaman
-mempraktikkan elemen tolak ansur
-memudaratkan kesejahteraan rakyat
-menabur bakti kepada mereka yang kurang beruntung
-menaburkan nilai kebendaan yang tidak bertahan lama
-menagih komitmen dan pengertian serius semua pihak
-menampilkan wajah baru yang disulami tekad
-menangkis tuduhan yang tidak berasas
-mencapai tahap yang mencemaskan
-mencerminkan dengan jelas akan hakikat ini
-mencerminkan generasi yang muflis dan tercabut daripada akar tradisinya
-mendapat perhatian dan liputan media massa
-mendepani masa depan yang tidak menentu

Sumber:
Dipetik daripada : Blog Cikgu Rubiyah
http://www.rubiyah.net
yang dipetik semula oleh
Cikgu Razak di http://galusbm.blogspot.com/

Wednesday, February 11, 2009

PROSA TRADISIONAL

Prosa Tradisional: Peminangan Puteri Gunung Ledang


Soalan KBKK1.
Pada pendapat anda, mengapakah Sultan Mahmud mahu meminang PGLsebagai permaisurinya ?
-kerana baginda telah menjadi duda selepas permaisurinya mangkat.
-baginda keseorangan/kesunyian.
-mencarikan puteranya seorang bonda.
-mencari permaisuri yang paling istimewa/cantik/menawan

2. Pada pendapat anda, mengapakah PGL mengenakan syarat yang luarbiasa untuk dipenuhi oleh Sultan Melaka sebelum dapat memperisteri PGL?
-menguji kesungguhan Sultan Melaka-menunjukkan keistimewaanya/darjatnya yang tinggi
-PGL yakin Baginda Sultan Melaka mampu menunaikan permintaannya
-untuk menolak peminangan Sultan Melaka.

3. Jika anda ialah Tun Mamat, apakah persediaan yang akan anda lakukan sebelum memulakan misi mendaki gunung untuk meminang PGLuntuk Sultan Melaka.

Isi jawaban :
1. Menjalani latihan fizikal yang berterusan - "jogging", latihan memanjat menggunakan tali.
2. Menjaga aspek pemakanan yang diambil bagi mempastikan kecergasan dan tenaga cukup
3. Membuat pemeriksaan kesihatan untuk mempastikan diri bebas daripada penyakit kronik
4. Mendapat nasihat/ menggunakan khidmat penunjuk jalan/ pakar mengenai GL
5. Belajar ilmu ikhtiar hidup - rawatan kecemasan, pandu arah, binatang buas
6. Menjaga kesihatan - mendapat rehat yang cukup, guna ubat-ubatan tradisional

Contoh jawaban lengkap:
Jika saya ialah Tun Mamat, saya akan menjalani latihan fizikal yang lasak pada waktu pagi dan petang untuk mendapatkan stamina bagi mendaki Gunung Ledang. Saya akan mengambil makanan yang dapat memberi tenaga dan protein supaya tubuh saya benar-benar sihat dan berupaya mendaki gunung tanpa menghadapi sebarang masalah. Saya juga akan belajar sedikit ilmu ikhtiar hidup, misalnya cara-cara mengenal tumbuhan-tumbuhan di hutan yang boleh dimakan dan mempelajari teknik rawatan sekiranya berlaku kemalangan atau kecemasan.

4. Pada pendapat anda, mengapakah PGL perlu menyamar bagi menerima
kedatangan Tun Mamat ?
-supaya Tun Mamat tidak mengenali identiti beliau.
-untuk menjaga keselamatan diri beliau.
-untuk menguji kejujuran Tun Mamat terhadap wanita.
-untuk memastikan tujuan sebenar kedatangan Tun Mamat
-untuk menunjukkan kesaktian dan keluarbiasaan beliau.

5. Pada pendapat anda, mengapakah Sultan Melaka memilih Tun Mamatsebagai wakil peminangan?
-Pembesar yang dipercayai/taat/setia kepada Sultan
-Tun Mamat merupakan pembesar Istana yang paling kanan/berpengalaman
-Tun Mamat mempunyai kemahiran tentang selok-belok tentang laluan ke Gunung Ledang
-Tun Mamat mempunyai daya kepemimpinan yang tinggi untuk mengetuai pasukan peminangan ke Gunung Ledang.

6. Pada pendapat anda, wajarkah tindakan Sultan Melaka meminang PGL?

Wajar kerana:
-Baginda telah kemangkatan permaisurinya/baginda telah menduda.
-Baginda perlu mencarikan puteranya seorang bonda.
-Baginda perlu memiliki seorang permaisuri bagi melengkapi pasangan diraja dalam sesuatu majlis.
-Baginda memerlukan pasangan/teman hidup bagi menggembirakan baginda.

Tidak wajar kerana:
-Bukan daripada keturunan raja/keturunannya boleh dipertikaikan
-Kemungkinan PGL cuba menipu kerana beliau mampu menyembunyikan identitinya
-Kemungkinan puteranya tidak dapat menyesuaikan diri dengan PGL.
-PGL sudah tua
-PGL bukanlah manusia biasa/PGL berkemungkinan seorang bunian
-PGL kemungkinan akan menguasai atau mendominasi pemerintahan/kekuasaan Sultan Mahmud.
-Kemungkinan akan menjatuhkan maruah/martabat/kedaulatan Sultan Melaka.

7. Pada pendapat anda, mengapakah Sultan Mahmud menangguhkan niatnya
untuk meminang PGL ?
-Permintaan PGL yang melampau/keterlaluan.
-Bimbang akan keselamatan puteranya.
-Tidak mahu menyusahkan rakyat Melaka
-Tidak mahu membazirkan wang rakyat

8. Pada pendapat anda, siapakah perempuan tua berbongkok tiga yang
bertemu dengan Tun Mamat? Mengapakah anda berkata demikian ?

-PGL kerana:
-Beliau ingin merahsiakan identitinya.
-Beliau ingin memastikan tujuan sebenar kedatangan Tun Mamat
-Beliau ingin menguji kejujuran/keikhlasan Tun Mamat
-Beliau ingin menjaga keselamatan dirinya.

Sumber : Blog Munsyi Ghalib dan Munsyi Razak
Dipetik daripada Blog Cikgu Razak dan dijawab oleh Pelajar Tg. 5 MBSSKL (Tyo, Meng, Johnny, YipLam, Lap Bann, Wai Xhen, Lok, WEi Han, Chang)

Monday, February 9, 2009

Kepada murid-murid 4 Sains, berikut ialah senarai peribahasa yang berkaitan dengan anak.
Simbol
~ = perkataan yang dirujuk
prb = peribahasa



1. ~ di pangku dilepas¬kan, beruk di rimba disusui = ~ di riba diletak¬kan, kera di hutan disusui prb menguruskan hal orang lain sedangkan hal sendiri diabai¬kan;

2. ~ harimau tidak akan menjadi ~ kambing prb anak orang besar biasanya jadi orang besar juga;

3. ~ kunci jahat, peti derhaka prb kalau suami jahat isterinya akan berkhianat kelak;

4. ~ orang ~ orang juga prb seseorang yg asing bagi kita akan tetap asing juga;
5. ~ seorang menantu malim prb dikatakan kpd seseorang yg beruntung mempunyai anak perempuan;

6. ~ seorang penaka tidak prb dikatakan kpd seseorang yg mempunyai sesuatu barang yg tidak ada gantinya;

7. ~ sendiri disayang, ~ tiri dibengkeng prb bagaimana sekalipun keadilan orang kepentingan sendiri juga yg diutamakan;

8. bagai ~ sepat ke tohor prb dikatakan kpd orang yg bermalas di tempat orang lain;

9. bagai menggantang ~ ayam = bagai menyukat ~ ayam (masuk empat keluar lima) prb mengerjakan pekerjaan yg tidak mungkin dilakukan;

10. dengarkan cerita burung, ~ di pangku dilepaskan prb mendengarkan tutur manis orang, pekerjaan sendiri diabaikan;

11. kalau tiada hak sendiri ~ mata terdiri-diri prb kalau tak ada hak sendiri makin besar pula keinginan kita kalau melihat kepunyaan orang;

12. kasihkan ~ tangan-tangankan, kasihkan bini tinggal-tinggalkan = Mn sayang di ~ dilecuti, sayang di negeri ditinggalkan prb yg disayangi itu hendaknya janganlah terlalu dimanja-manjakan;

13. kecil-kecil ~ harimau prb kecil tetapi berbahaya juga;

14. kecil-kecil ~, kalau sudah besar onak prb anak itu apabila kecil menyukakan hati, kalau besar mendatangkan kesukaran;

15. menggerek bagai ~ nangoi prb dikatakan kpd sese¬orang yg beranak banyak tetapi malas men¬cari nafkah;

16. rosak ~ oleh menantu prb mendapat kerugian kerana perbuatan orang kepercayaan atau yg dikasihinya;

17. spt ~ ayam kehilangan ibunya prb berpecah-pecah kerana kehilangan tempat tumpuan (pengharapan);

18. spt ayam patuk ~nya = spt kerbau menanduk ~ dgn kaparan tanduk, bukan dgn hujung prb memarahi anak atau kekasih bukanlah kerana benci, tetapi kerana hendak mengajar;

19. tergising-gising bagai ~ tiada diaku = terkesot-kesot bagai ~ tidak diaku prb mendekati orang yg tidak mahu dihampiri oleh kita;

Wednesday, February 4, 2009

Soalan:
Mengapakah frasa contoh ayat salah? Yang betul ialah ayat contoh, karangan contoh, jawaban contoh. Bagaimanakah pula dengan frasa contoh karangan cemerlang, contoh karangan gred A? Adakah frasa-frasa ini salah?
Drp:
Cikgu J
Jawaban:
Dari segi Hukum DM, frasa yang tepat ialah `ayat contoh’. Perkara yang diterangkan ialah ayat, bukan contoh. Oleh sebab itu, ayat mestilah didahulukan. Oleh sebab itulah dikatakan `ayat contoh’. Penggunaan ungkapan `contoh ayat’, `contoh karangan cemerlang’, `contoh karangan gred A’ sebenarnya kebiasaaan pengguna bahasa. Apabila hal ini sudah menjadi biasa dan mantap, penggunaan ungkapan ini dianggap betul. Satu soalan yang menarik: Anda ingin melihat rumah contoh atau contoh rumah? Tepuk dada, tanyalah selera. Oleh itu, sebagai pengguna bahasa, kita mestilah berpegang pada ungkapan, “Betulkan yang biasa, biasakan yang betul.”

Sebagai guru atau pemeriksa pula, kita janganlah menghukum pelajar yang menggunakan frasa `contoh karangan’, `contoh ayat’, dan sebagainya kerana penggunaan frasa ini sudah mantap. Sebagai guru bahasa, peranan kita ialah mendidik mereka bahawa jawaban yang tepat ialah `karangan contoh’, `ayat contoh’, dan sebagainya. Melalui cara ini, pada suatu hari nanti, masyarakat akan faham tentang Hukum DM yang terdapat dalam bahasa Melayu.

(Sumber: http://agy7500.blogspot.com).

latihan mingguan

Pelajar-pelajar diminta untuk membuat sebuah karangan surat kiriman rasmi iaitu surat aduan.
Anda merupakan seorang setiausaha di kawasan anda tinggal. Anda ingin membuat aduan tentang beberapa perkara yang tidak memuaskan hati penduduk tempat anda tinggal. Tuliskan sepucuk surat aduan kepada pihak berkenaan untuk melaporkan perkara berkenaan. Tuliskan surat anda selengkapnya.
Hantarkan karangan anda pada 9.2.2009 (Selasa)
kepada pelajar 4 sc yang dikasihi.
selat bertemu dalm blog ini.