Panduan mengira perkataan
Perkataan yang dikira sebagai satu patah perkataan adalah seperti yang berikut:
1. Nama khas. Contoh: Selangor Darul Ehsan
2. Perkataan berganda. Contoh: Tolong-menolong, rumah-rumah
3. Kata depan di dan ke. Contoh: Di sana, di samping, di Johor
4. Tarikh: Contoh: 12 Januari 2009
5. Angka yang ditulis dengan nombor atau perkataan: Contoh: Seribu lima ratus enam puluh (1,560)
6. Gelaran: Contoh: Datuk Seri, Yang Amat Berhormat
Kekeliruan yang timbul ialah bilangan patah perkataan untuk penanda wacana. Untuk pengetahuan pelajar atau calon PMR dan SPM,
Penanda wacana tidak dikira sebagai satu perkataan.
Sebagai contohnya:
`selain itu’ dikira sebagai dua patah perkataan.
`di samping itu’ – dua patah perkataan
`bukan itu sahaja’ – tiga patah perkataan
`oleh hal yang demikian’ – empat patah perkataan.
Dengan penjelasan ini, saya berharap agar semua pelajar atau calon PMR dan SPM 2009 tidak akan mengalami kekeliruan tentang jumlah perkataan dalam karangan, rumusan atau ringkasan.
Dari blog cikgu Aabdul Ghalib b Yunus
bagaimana pula dengan kiraan penanda wacana seperti tambahan pula dan hal ini kerana ?
ReplyDeleteterima kasih
ReplyDelete