Friday, July 30, 2010

Latihan 1 : Lengkapkan ayat-ayat berikut dengan menggunakan peribahasa di atas.

1. Sosai budak yang keras kepala, segala nasihat yang diberi ibarat_________________________________.

2. Tindakan ____________________________ tidak akan membawa sebarang manfaat. Oleh itu, kita perlu berfikir masak-masak sebelum melakukan sesuatu tindakan.

3. Di mana-mana sahaja Hotoi, dia sentiasa dihormati oleh masyarakat setempat kerana sangat taat kepada agama. Dia_______________________________.

4. Pekerja asing diingat agar tidak bertindak sesuka hati semasa berada di Malaysia. Mereka patut tahu ______________________________________.

5. ”Meskipun kamu masih remaja, namun yang pasti kamu sudah mempunyai akal untuk memilih antara yang baik dengan buruk kerana _________________________ ” nasihat cikgu Mariam kepada anak muridnya.

6. Kata-kata ’______________________________________ sentiasa menjadi pegangan kepada setiap perajurit yang berjuang mempertahankan maruah tanah air.

7. Berikhtiar untuk mendapat kejayaan ketika usia masih muda dan badan masih sihat, jangan nanti setelah tua baru hendak menyesal, _______________________________.

8. Keluarga Swee Lin dalam keadaan ___________________________ semenjak kedua-dua ibu bapa dijangkiti penyakit kronik dua tahun yang lepas.

9. Kehidupan penduduk kampung Aman seperti _______________________ kerana kerap mengadakan gotong-royong membersihkan kawasan kampung dan membina jambatan bersama-sama.

10. ” Apabila kamu berada di tempat orang, pandai-pandailah menyesuaikan di tempat baru, ______________________________________, ” nasihat bapa kepada Yusuf.





Jawapan Latihan C




1. mencurahkan air di daun keladi

2. sudah terantuk baru tergadah

3. umpama minyak setitik, di laut sekalipun timbul.

4. di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung

5. ikut hati mati, ikut rasa binasa

6. biar putih tulang, jangan putih mata

7. ingat sebelum kena, jimat sebelum habis

8. kais pagi makan pagi, kais petang makan petang

9. bagai aur dengan tebing

10. masuk ke dalam kadang kambing mengembik,

masuk ke dalam kadang kerbau menguak


1 comment:

  1. Salam hormat.
    Boleh saya dapatkan Jawapan latihan F. T.kasih

    ReplyDelete