Sunday, November 28, 2010

Tuesday, November 23, 2010

CADANGAN JAWAPAN SPM BAHASA MELAYU

SOALAN 3

Soalan 3(a) membina ayat
(i) Guru mata pelajaran Bahasa Melayu kelas kami sentiasa berpakaian kemas.
(ii) Beliau sedang mengemaskan barang-barang yang berselerak di dalam biliknya.
(iii) Pemilihan pengawas pada kali ini akan dinilai dari segi kekemasan diri, daya kepemimpinan, kepetahan, dan kecemerlangan dalam akademik.
(iv) Kerajaan sentiasa memantau harga barang-barang kawalan semasa musim perayaan.
(v) Kita mestilah menghargai jasa dan pengorbanan tokoh pejuang kemerdekaan negara.
(vi) Kerajaan akan memberikan penghargaan kepada tokoh-tokoh yang telah menyumbangkan tenaga dan fikiran dalam pelbagai bidang kepada negara.

Jawaban Soalan 3(b) Ayat Tanya
(i) Mereka bersenam bila? Atau Bilakah mereka bersenam?
(ii) Siapakah pengurus besar syarikat itu? Atau Pengurus besar syarikat itu siapa?
(iii) Murid itu mendapat pujian mengapa? Atau Mengapakah murid itu mendapat pujian?
(iv) Pertandingan akhir Piala Malaysia akan diadakan di mana?
(v) Apakah yang digunakan dalam pembinaan bangunan 21 tingkat itu?
(vi) Negara kita mencapai kemerdekaan bagaimana? Atau Bagaimanakah negara kita mencapai kemerdekaan?

Soalan 3(c) Keslaahan ejaan dan imbuhan

(i) Mengkagumkan [x] mengagumkan [/]
Gemuroh [x] gemuruh [/]
(ii) Digalakan [x] digalakkan [/]
Ekspidisi [x] ekspedisi [/]
(iii) Dikejar [x] dikejarkan [/]
Ambuilan [x] ambulans [/]

Soalan 3(d) –Kesalahan kata atau istilah dan kesalahan bahasa
Sederetan rumah-rumah (x) sederetan rumah [/]
Supaya [x] untuk [/]
Mara [x] marak [/]
Pemilik-pemilik rumah alami [x] dialami oleh pemilik-pemilik rumah [/]
Ditafsirkan [x] ditaksir [/]
Tapak [x] taman [/]

Soalan 3(e) Peribahasa
(i) Bagai aur dengan tebing
(ii) kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya, gengam bara api sampai jadi arang, di mana ada kemahuan di situ ada jalan, usaha tangga kejayaan
(iii) Muafakat membawa berkat, bulat air kerana pembetung, bulat kata kerana muafakat.

1 comment: