Sunday, April 4, 2010

SINOPSIS


Abah dan mama membuat keputusan untuk menghantar julajar ke Hidayah Islamic College,Perth,Australia.Keputusan itu memeranjatkan Julia.Namun Julia tetap akur.Mama dan Julia bersama-sama berangkat ke Perth menaili pesawat Boeing 777.Abah tidak dapat pergi kerana ada urusan dan terlalu sibuk dengan kerjaya.enerbangan selama lima jam mengingatkan Julia kepada adik-adiknya dan para sahabat.Semasa ingin ke bilik air,Julia terlanggar seorang pemuda cina bernama Jun.

Di Perth,Julia dan mama menumpang di rumah Pak Cik Khairil dan Mak Cik Nadia.Julia bombing akan gagal dalam pelajarnya kerana dia tidak mahir dalam bahasa inggeris.Julia tertarik dengan keindahan Bandar Perth dan pembangunannya yang dirancang rapi.Warga tuanya pula berbeza daripada warga tua di Malaysia.Mereka dibantu oleh pertubuhan sukarela dan kehidupan mereka terpelihara.Julia teringat akan Rashid yang berniat jahat terhadapnya.Jiwa Julia bergelora kerana terpaksa berubah daripada seorang yang suka bergaul bebas kepada seorang yang pendiam,sopan santun dan berakhlak baik.ketika Julia berada di kedai Collin Booksellers,sekali lagi Julia tersempak dengan Jun.

Julia mulai sedar akan hikmah berpisah dengan rakan-rakan jalanannya,iaitu Rashid,Muna,Jef,Han dan Wei.Julia telah mendaftarkan dirinya di hidayah Islamic College dan terkenang akan Jun yang merupakan kenangan baru Julia di tempat baru di tempat yang indah.Kenangan baru yang indah telah memadamkan kenangan lamanya yang pahit di Kuala Lumpur.

Julia berasa gembira kerana dapat menyusuaikan diri dengan kawan-kawan baru di dalam kelas.Kawan-kawannya menerima kehadiran Julia dan melayannya dengan penuh mesra dan sopan.Julia dapat merasakan betapa besar erti persaudaraan dalam islam.Julia terharu dengan layanan yang diberi oleh Saffiya,sadia dan kawan-kawannya yang lain terhadapnya.Mereka tidak tahu bahawa Julia yang dihormati itu telah hampir terjurumus ke dalam lembah maksiat.Julia dapat juga merasakan kemuliaan hati mama yang menerima perkahwinan abah dan Ummi Sarah dengan hati yang terbuka.

Harga saham di Bursa Saham Kuala Lumpur ditutup rendah.abah tentu sibuk.Keadaan jerebu semakin serius dan perniagaan BMPRO Holding Sdn.Bhd. yang berasaskan pelancongan pasti akan menghadapi masalah.Mama akan pulang.mama menasihati Julia agar mengikuti perkembangan BMPRO kerana suatu hari nanti Julia akan mengambil alih perniagaan BMPRO Holding.Melalui Abah,Julia dapat mengetahui bahawa perniagaan abah semakin merosot.Kematian Tan Sri Yahaya menyebabkan abah kehilangan tempat mendapat nasihat.Kemudian, Julia mendapat hadiah daripada Jun yang dibawa pulang oleh Mak Cik Nadia.

Sudah dua tahun Julia belajar di Hidayah Islamic College.Julia sangat aktif di dalam kelas.Pada waktu itulah, Julia menerima berita bahawa ayah dan mama kemalangan di Karak.Di lapangan terbang, Julia berdoa agar ayah dan mama selamat dan Jun muncul di hadapannya kebetulan ingin pulang ke Kuala Lumpur juga.Akhirnya, Julia menerima takdir kematian abah dan mama dengan linangan air mata.

Kematian Datuk Bakar dianggap satu kehilangan besar kepada Negara,sama dengan kesannya kematian Tan Sri Yahaya.Julia harus memahami hakikat tersebut.Keadaan di rumah semakin muram dari hari ke hari.Nenek Maryam masih tinggal di rumah bersama-sama Julia.Julia teringat akan pesan abah dan mama ketika membuat keputusan untuk menghantar Julia belajar di Perth.Julia diminta oleh abah dan mama untuk bersedia menjadi ketua keluarga jika terjadi apa-apa kepada abah dan mama.Jun menelefon Julia untuk memberi bantuan.Julia teringat akan ugutan Rashid supaya Julia terus berkawan dengannya.

Pada hari ke Sembilan belas kematian abah dan mama, Julia sudah mendapat membina kekuatan diri.Julia teringat akan kedatangan Rashid ke rumah dengan gaya samsengnya menyebabkan nenek membuat laporan polis.Julia terpaksa meninggalkan pelajarannya kerana terpaksa mengambil alih perniagaan abah.Julia membaca e-mel daripada Jun dan Saffiya.Ummi Sarah dating ke rumah untuk menjelaskan kedudukannya di dalam Butik BMPRO Sdn.Bhd dan dia hanya menjalankan perniagaan sahaja manakala butik tersebut milik Julia dan adik-adiknya.

Julia hadir buat kali pertamanya di BMPRO Holdings sebagai pengerusi syarikat.Julia berasa erdebar-debar tetapi terpaksa membina keyakinan diri.Kehadiran Julia disambut dengan senyuman dan ucapan selamat dating oleh staf BMPRO Holdings.Ucapan pertama Julia telah mendapat tepukan yang gemuruh daripada seluruh staf.Julia diperkenalkan kepada setiausahanya dan pengurus syarikat kecuali Syed Mustaffa yang tidak dapat hadir.Pada hari itu juga,Julia terpaksa berjumpa dengan tiga wartawan Utusan yang ingin menemu ramahnya.

Julia teringat akan temu ramah dengan wartawan semalam.Berita yang keluar padahari ini sangat positif yang dapat membina keyakinan orang ramai dan usahawan terhadap BMPRO Holdings.jun menelefon dan mengucapkan tahniah kepada Julia selepas melihat berita pada hari ini.Syed Mustaffa menuntut agar Butik BMPRO Sdn.Bhd diserahkan kepadanya.Julia tidak membuat keputusan tetapi menyerahkan masalah itu kepada peguam syarikat.Sebenarnya,BMPRO Holding menghadapi masalah aliran wang tunai dan Julia terpaksa membuat mesyuarat Lembaga Pengarah.


Julia teringat kepada lawatannya ke Katanning umtuk menziarahi keluarga Sadia.Lawatan itu memberi kesedaran kepada Julia tentang perjalanan hidupnya yang belum pasti diketahui pada masa hadapan.Melalui e-mel Julia dapat mengetahui bahawa sadia mendapat adik kembar dan Brother Haroun menyuruh Julia bertawakal dan Rashid pula meminta maaf atas kekerasannya dahulu.Julia menghubungi Ummi Sarah kerana tidak dapat melawat ke Butik BMPRO dan menyerahkan kepada Ummi Sarah kesemua pengurusan butik tersebut.

Julia menumpukan perhatian kepada masalah BMPRO Transport yang merosot perniagaannya,Julia bimbang kerana kutipan tidak dapat menampung kos operasi.Julia teringat akan nasihat Jun agar membaca dan mengurus masalah syarikat dengan menggunakan ilmu.Pertemuan dengan Pengarah Urusan Cinta Sejati Travel&Tours milik keluarga Jun,diharapkan dapat menjalinkan kerjasama yang menguntungkan kedua-dua belah pihak.Julia akan menghadiri kursus ‘homestay’ di Seri Malaysia yang dianjurkan oleh Kementerian ,Kesenian dan Pelancongan Malaysia.Julia pergi dengan menaiki bas dari Kuala Lumpur ke Banting.

Cabaran yang dihadapi oleh Julia semakin hebat apabila Encik Hashim meletak jawatannya sebagai salah seorang pengurus besar BMPRO Holding Sdn.Bhd.Hati Julia mula risau tetapi dengan membaca buku ‘Membujur Lalu…Suatu Pengalaman Orang Melayu’ dalam pengurusan dapat menenangkan dan mendapat kekuatan untuk menghadapi situasi yang rumit.Encik Baharom marah kepada Julia yang melantik Datuk Jailani dalam menangani masalah terhadap BMPRO Transport.Sebenarnya,masalah yang berlaku disebabkan oleh Encik Baharom sendiri yang suka menyeleweng dan tidak cekap.Julia telah membuktikannya ketika dalam perjaanan dari Kuala Lumpur ke Banting semasa menaiki bas,Encik Baharom insaf dan Julia memaafkannya.

Julia dan Jun mengadakan program ‘homestay’ di kawasan daerah Kubang Pasu iaitu kawasan parlimen perdana menteri.Program ini menggunakan keindahan alam,kemajuan dan kemudahan sedia ada untuk menarik pelancong.Program ini akan dilancarkan oleh Perdan menteri sendiri di Felda Guar Napai.Unit Perancang Ekonomi Negeri Kedah sedia membantu dan setiap penduduk kampong disana akan mengambil sebahagian keluarga angkat pelancong.Julia senang hati apabila Jun berada disisinya.

Julia mendapat tahu bahawa Rashid ditangkap oleh pihak polis atas sebab dikesyaki mengedar dadah.Julia teringat akan perbualannya dengan Rashid,Mona dan Han yang sentiasa mengganggu perasaannya.Julia amat tertarik dengan perwatakan Jun yang tampan dan senantiasa berterus terang.Namun,perbezaan agama telah menyebabkan perhubungan mereka terbatas.Julia pergi berjumpa dengan Encik Ibrahim di pejabat Kementerian Kebudayaan,Kesenian dan Pelancongan Malaysia.Pegawai tersebut mencadangkan supaya menyediakan upacara perkahwinan adat melayu supaya dapat menarik pelancong.

Pagi itu,Julia bersembahyang secara berjemaah bersama-sama Adi.Julia berharap suatu hari nanti Adi pula akan mengambil alih perniagaan BMPRO Hoding.Mereka mendengar kuliah subuh daripada nenek.Pada pagi itu juga mereka pergi menziarahi kubur abah dan mama.Julia teringat akan pertemuannya dengan keluarga Jun di Restoran Fui Gui,Hotel Istana.Semasa berada di tanah perkuburan,Jun dating dengan berpakaian baju melayu serta songkok dan dating kepada Julia dan memberitahu bahawa dia telah lama memeluk agama islam.Julia berasa amat gembira.

Lima puluh orang yang dating dari Jepun,Korea Selatan dan Australia mengambil bahagian.Pelancong menyambut kehadiran perdana menteri, menyertai sukaneka, menyaksikan majlis perkahwinan yang paling bersejarah.Jun dan Julia sudah dinikahkan dua hari yang lalu.Julia tidak dapat menyambut ketibaan Perdana Menteri kerana berada diatas pelamin dengan suaminya,Jun.

TEMA


Kegigihan kaum wanita apabila menghadapi cabaran dalam pengurusan perniagaan.

1. Julia seorang anak gadis yang mengambila alih perniagaan ayanhnya dan menghadapi cabaran dengan kemerosotan prestasi perniagaan yang diambil alih itu dan Julia tidak berputus asa untuk menyelesaikan masalah tersebut dengan bersungguh-sungguh.Julia menjalin kerjasama dengan syarikat perniagaan keluarga Jun, Cinta Sejati Travel&Tours untuk menarik pelancong luar dating ke Malaysia.Hasil berkat,keberanian dan kegigihannya, Julia telah berjaya menjayakan program ‘homestay’ yang dijalankan dengan kedatangan pelancong ke Malaysia.


PERSOALAN



1. Remaja yang runtuh akhlak kerana pergaulan bebas.

-Rashid,Julia,Muna,Han,Jef dan Wei bergaul bebas seperti melepak,meronda,dan membuang masa tanpa melakukan kerja yang berfaedah.
-Rashid suka mengajak Julia yang sudah insaf untuk berfoya-foya.Rasahid tidak mahu perhubungannya terbatas oleh agama.Akhirnya,Rashid ditangkap oeh polis dikesyaki mengedar dadah.


2. Pendidikan agama dapat mengubah remaja dalam membentuk peribadi.

-Julia telah mendapat pendidikan di Hidayah Islamic College.Di sini Julia bergaul dengan pelajar perempuan yang memakai tudung,sopan-santun, dan berakhlak mulia.
-Di sini juga Julia telah mula mengerti erti persaudaraan di dalam islam.Julia dihormati dan dilayan dengan mesra.
-Watak Julia juga berubah setelah mendapat pendidikan agama.Julia berjaya membina ketahanan diri dan dapat menolak kemaksiatan.Julia tidak mengira untung semata-mata didalam perniagaan malah menitikberatkan keadilan social.

3. Kerjasama dalam perniagaan dapat mengeratkan hubungan dan memajukan perniagaan.

-Datuk Bakar sentiasa mendapatkan nasihat daripada Tan Sri Yahaya dalam mengendalikan perniagaannya.Tan Sri Yahaya juga memberi dorongan,mengajar dan menjadi rakan perniagaan yang baik dengan Datuk Bakar.
-Jun sentiasa menawarkan bantuan kepada Julia.Jun juga memberi sebuah buku kepada Julia iaitu ‘Membujur Lalu….Suatu Pengalaman Orang Melayu’ di mana buku ini telah memberi panduan kepada Julia untuk mengendalikan perniagaan.Kerjasama antara BMPRO Travel&Tours dengan Cinta Sejati Travel*Tours melaksanakan program homestay.

4. Masalah jerebu dan kegawatan ekonomi mengakibatkan kemerosotan dalam industri pelancongan.

-Kegawatan ekonomi telah menyebabkan wang ringgit jatuh merundum dan kesan daripada jerebu pula,pelancong luar jarang dating ke Malaysia.Malapetaka ini telah menyebabkan perniagaan BMPRO Holding merosot kerana mereka menjalankan perniagaan berasaskan kepada BMPRO Travel&Tours dan BMPRO Transport.Bantahan telah dihantar kepada pihak berkuasa agar masalah jerebu tidak diperbesar-besarkan dan Kementerian Kebudayaan,Kesenian dan Pelancongan menggalakkan para agensi-agensi pelancongan untuk menghadiri kursus homestay supaya dapat menarik kembali para pelancong untuk menikmati keindahan alam,kemudahan dan kemajuan yang sedia ada di Malaysia.

WATAK & PERWATAKAN.

JULIA.

-Semasa remaja,dia hampir terjerumus ke lembah maksiat kerana bergaul terlalu bebas dan mengikut rakan-rakannya seperti Rashid,Jef,Han,dan lain-lain lagi.
-Julia juga bersifat hipokrit dia remaja.Di rumah dia seorang yang penyayang terhadap adik-adiknya tetapi diluar rumah dia seorang remaja yang liar.
-Julia insaf dan bertaubat apabila mendapat pendidikan agam di Hidayah Islamic College di Perth,Australia dan menjadikan ia sebagai panduan hidupnya.
-Julia seorang yang tabah dan cekal.Buktinya,dia kuat semangat menghadapi segala masalah selepas kematian abah dan mama.
-Julia juga seorang yang berpendirian tegas.Buktinya, dia tidak terpengaruh dengan pujuk rayu Rashid.Julia juga menghadapi karenah Encik Baharom dan Syed Mustaffa tanpa mengubah pendiriannya sebagai seorang pengerusi besar dalam perniagaan.
-Julia juga seorang pemaaf dan belas kasihan.Dia memaafkan Encik Baharom yang ingin menjual BMPRO Transport dan memberinya peluang lagi sekali untuk bekerja.
-Julia juga seorang yang bijaksana , gigih berusaha dan tidak mudah putus asa.Buktinya apabila dia berjaya mengenal pasti masalah di dalam perniagaan BMPRO Transport disebabkan oleh penyelewengan dan ketidak kecekapan pengurusnya.Julia berusaha memulihkan kembali keadaan dengan melaksanakan program homestay.


JUN.

-Jun ialah pemuda cina yang memeluk islam selepas kematian kakaknya,Julia.
-Jun menemui Julia semasa dalam penerbanagan ke Perth,Australia.
-Jun sorang yang tampan dan periang.
-Dia mengambil berat terhadap Julia.Buktinya, dia senantiasa menghubungi Julia ketika Julia menghadapi masalah.
-Dia suka memberi nasihat kepada Julia supaya sentiasa tabah menghadapi dugaan hidup.
-Jun juga seorang yang penyayang dan baik hati.Buktinya, dia selalu mengambil berat terhadap Julia dan adik-adiknya.
-Jun sentiasa menawarkan pertolongan dan membantu memulihkan syarikat Julia yang menghadapi masalah.Buktinya, mereka mengadakan kerjasama anara BMPRO Travel&Tours dengan Cinta Sejati Travel&Tours.
-Jun mencintai Julia dan dia tidak pernah meluahkannya kepada Julia.

RASHID.

-Rashid gemar akan pergaulan bebas dalam perhubungannya.Buktinya, Rashid selalu melakukan maksiat dan bergaul bebas dengan rakan-rakannya seperti Muna,Jef,Han dan Wei.
-Rashid tidak memahami perasaan orang lain.Julia yang baru sahaja kematian abah dan mamanya di ajak keluar untuk berfoya-foya.
-Rashid seorang yang tidak menghormati orang tua.Buktinya, kelakuannya semasa di rumah Julia yang seperti samseng telah menyebabkan nenek Julia membuat laporan kepada pihak polis.
-Rashid seorang yang tamak.Buktinya, dia berhasrat berkongsi harta kekayaan Julia selepas sahaja kematian Datuk Bakar dan Datin Maznah.
-Rashid ditangkap oleh polis kerana dikesyaki mengedar dadah.


DATUK BAKAR.

-Datuk Bakar gigih dalam bekerja.Buktinya, beliau berusaha sedaya upaya untuk memajukan BMPRO Holdings yang mempunyai banyak anak syarikat seperti BMPRO butik,Travel&Tours,Catering dan Transport.
-Beliau mempunyai prinsip yang baik dalam menjalankan perniagaan.Buktinya, beliau tidak memikirkan keuntungan semata-mata, malah beliau mementingkan keadilan social.
-Beliau seorang yang bijak membuat keputusan.Buktinya, beliau meghantar Julia untuk pergi ke Hidayah Islamic College untuk belajar pendidikan agama,
Beliau seorang yang bermuafakat.Buktinya, beliau selalu berbincang bersama Datin Maznah tentang masalah perniagaan dan anak-anaknya.


DATIN MAZNAH.

-Datin Maznah seorang yang penyayang.Buktinya, beliau mengambil berat terhadap suaminya,Datuk Bakar dan anak-anaknya iaitu Julia dan adik-adiknya.
-Beliau seorang yang bersikap rasional.Buktinya, beliau tidak menentang perkahwinan datuk Bakar dengan Ummi Sarah.
-Beliau sering memberi sokongan kepada suaminya.Buktinya, beliau sering berbincang dengan suaminya akan masalah perniagaan dan membantunya.
-Datin Maznah seorang yang bijak dalam menentukan pendidikan anaknya.Buktinya, beliau sendiri menghantar Julia untuk belajar agama di Hidayah Islamic College di Perth,Australia.
-Beliau senatiasa memberi nasihat kepada anak-anaknya.Buktinya, dia menyuruh supaya Julia mengikuti perkembangan perniagaan abahnya walaupun Julia berada di Perth,Australia dan menasihatkan supaya Julia bersedia untuk ambil alih perniagaan jika berlaku sesuatu kepada abah dan mama Julia.

PLOT (Jalinan peristiwa penting)

1. Julia dan mamanya bertolak dari Kuala Lumpur ke Perth,Australia kerana Julia akan belajar agama di Hidayah Islamic College.
2. Di Perth, Julia dilanda kebimbangan kerana Julia tidak mahair bahasa inggeris dan kemampuan untuk berubah menjadi seorang yang berakhlak mulia.
3. Julia teringat akan pertemuannya dengan Jun,seorang lelaki cina yang tampan semasa dalam perjalanan ke Perth,Australia iaitu kenangan barunya yang dapat menenggelamkan kenangan lamanya di Kuala Lumpur.
4. Julia mula belajar di Hidayah Islamic Collegedan dapat menyesuaikan diri.
5. Mama menerima perkahwinan abah dengan isteri barunya iaitu Ummi Sarah dengan hati yang terbuka.
6. perniagaan BMPRO Holding merosot kerana kegawatan ekonomi dan masalah jerebu yang melanda.
7. Julia pulang ke Kuala Lumpur kerana abah dan mama meninggal dunia akibat kemalangan di Karak.Julia tersempak dengan Jun yang juga pulang ke Kuala Lumpur.
8. Julia mengambil alih tugas sebagai ketua keluarga dengan dibantu oleh Nenek Maryam.
9. Jun menelefon dan menasihatkan Julia.Julia teringat akan ugutan Rashid supaya terus berkawan dengannya.
10. Ummi sarah datang ke rumah untuk menjelaskan kedudukannya dalam pernigaan Butik BMPRO.Manakala, butik itu milik Julia dan adik-adiknya.
11. Julia mengambil alih tugas abahnya sebagai Pengerusi BMPRO Holding Sdn.Bhd. dan kesemua anak-anak syarikat dengan hati yang berdebar-debar.
12. Jun mengucapkan tahniah kepada Juliadan mengajaknya untuk bekerjasama dengan perniagaan milik keluargannya.
13. syed Mustaffa menuntut haknya ke atas Butik BMPRO dan Julia menyerahkan segalanya urusan kepada peguam syarikat.
14. BMPRO Holding sdn.Bhd menghadapi masalah dalam aliran wang tunai.
15. Julia eringat akan lawatannya ke Katanning untuk menziarah keluarga Sadia.
16. Julia menerima laporan tentang kemerosotan perniagaan di BMPRO Transport Sdn.Bhd. daripada Encik Baharom.
17. Julia teringat akan temu janjinya dengan pengarah urusan Cinta Sejati Travel&Tours.
18. Julia akan menghadiri program homestay anjuran Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan di Seri Malaysia,Banting.
19. Julia berjaya menyelesaikan masalah penyelewengan dan ketidak kecekapan pengurus di BMPRO Tansport Sdn.Bhd.
20. Julia telah bekerjasama dengan perniagaan Cinta Sejati Travel&Tours melaksanakan program homestay yang akan dilaksanakan di kawasan parlimen perdana menteri iaitu Felda Guar Napai.Kubang Pasu,Kedah.
21. Rashid ditahan oleh polis kerana dikesyaki mengedar dadah
22. Pegawai Kementerian mencadangkan Julia supaya mengadakan kenduri-kendara mengikut kebudayaan masyarakat melayu ketika program homestay itu dijalankan bagi menarik minat pelancong.
23. Jun berterus terang kepada Julia bahawa dia telah lama memeluk agama islam.
24. Jun dan Julia bernikah dua hari sebelum program homestay dijalankan dan berrsanding pada hari program homestay tersebut.


LATAR.

Latar tempat.

1. Di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah,Subang,iaitu ketika Julia dan mama hendak berangkat ke Australia.
2. Pesawat Boeing 777 dimana pertemuan Julia secara tidak sengaja ketika perjalanan ke tandas dengan Jun buat kali pertama.
3. Di luar negeri, iaitu di Hidayah Islamic College,Perth,Australia tempat Julia belajar.Di Bandar Perth juga, tempat rumah Pak Cik Khairil.
4. Di rumah Julia,di mana Ummi Sarah datang untuk menjelaskan kedudukannya di dalam Butik BMPRO.Selain itu, Rashid juga pernah datang untuk mengganggu Julia.
5. Pejabat BMPRO Holding Sdn.Bhd.Di sinilah Julia memulakan tugasnya sebagaa Pengerusi BMPRO Holdings Sdn.Bhd.Selain itu disinilah juga tempat Julia dan Syed Mustaffa bertikam lidah untuk merebut Butik BMPRO.Di sini juga tempat Julia menyelasaikan masalah Encik Baharom dan perniagaan BMPRO Transport Sdn.Bhd.

Latar masa.

1. Secara keseluruhannya,latar masa dalam novel ini mencakupi tempoh masa antara 1997 hingga 1998.
2. Cerita dalam novel ini mengambil latar masa kegawatan ekonomi dan masalah jerebu yang sedang melanda negara ini.
3. Di samping itu,novel ini mengambil latar masa selapas kematian Tan sri Yahaya.Pengurusi Kumpulan DRB-Hicom.

Latar masyarakat.

1. Masyarakat yang mementingkan agama islam.Buktinya, Julia telah di hantar ke Hidayah Islamic College di Perth,Australia untuk belajar agama disana.
2. Masyarakat yang gigih berusaha untuk memajukan syarikat.Datuk Bakar berusaha bersungguh-sungguh untuk memulihkan perniagaannya yang merosot diakibatkan oleh masalah jerebu dan kegawatan ekonomi.begitu Julia yang telah melaksanakan program homestay untuk menarik lebih banyak pelancong ke Malaysia.
3. Masyarakat yang mementingkan agama dalam kehidupan.julia yang telah insaf setelah mendapat pendidikan agama telah berubah.Baginya,pergaulan lelaki dan perempuan mestilah dibatasi oleh agama.
4. Masyarakat yang bekerjasama.Buktinya perniagaan BMPRO Travel&Tours bekerjasama dengan Cinta Sejati Travel&Tours dalam melaksanakan program homestay.

NILAI-NILAI.

1. Kasih sayang.
Nilai kasing sayang dapat dilihat didalam novel ini jelas sekali padanwatak Batuk Bakar dan Datin Maznah yang amat menyayangi anaknya.Mereka menghantar Julia ke Australia untuk belajar agamadan kesannya Julia telah berubah daripada seorang yang suka berfoya-foya kepada gadis yang sopan-santun,berakhlak mulia dan matang.

2. Nasihat-menasihati.
Tan Sri Yahaya selalu menasihati Datuk Bakar dalam urusan perniagaan.Manakala Jun pula menasihati Julia supaya tabah dalam menempuh segala dugaan hidup iaitu semasa dan selepas kematian abah dan mama.

3. Bijaksana.
Julia bijak bertindak dalam menyelesaikan masalah kemerosotan BMPRO Transport dengan mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh syarikat itu.Julia menaiki bas dari Kuala LLumpur ke Banting semata-mata untuk mengetahui masalah penyelewengan dalam BMPRO Transport.

4. Gigih berusaha.
Julia bersungguh-sungguh untuk memulihkan perniagaan BMPRO Holdings Sdn.Bhd.Julia mempelbagaikan kegiatan perniagaannya seperti BMPRO Catering,memulihkan BMPRO Transport dan bekerjasama dengan Cinta Sejati Travel&Tours dalam mengadakan program homestay.

5. Insaf.
Julia insaf bahawa perbuatannya yang berfoya-foya pada zaman remaja mensia-siakan sahaja dandia bertaubat.Julia berubah menjadi seorang gadis yang bersopan dan mementingkan agama dalam kehidupan.Encik Baharom juga insaf akan perbuatannya yang tidak cekap mengurus sehingga menyebabkan berlaku penyelewengan dalam BMPRO Transport dan beliau meminta maaf daripada Julia.

PENGAJARAN.


1. Kita janganlah malakukan perbuatan maksiat kerana perbuatan itu dilarang oleh agama.
Contohnya,Muna bergaul bebas dengan lelaki dan ditiduri oleh banyak lelaki.
2. Kita hendaklah insaf apabila melakukan sesuatu kesalahan dan kembali ke pangkal jalan.
Contohnya, Julia insaf akan perbuatannya semasa usia remaja kerana ia perbuatan yang sia-sia seperti berfoya-foya.
3. Kita hendaklah gigih berusaha untuk mencapai sesuatu kejayaan.
Contohnya, Julia gigih berusaha tanpa mengenal putus asa untuk memajukan BMPRO Holding Sdn.Bhd.
4. Kita hedaklah berani menghadapi cabaran dalam menempuhi liku kehidupan ini.
Contohnya, Julia berani menerajui BMPRO Holding walaupun dalam keadaannya yang tidak berpengalaman dan masih berumur 21 tahun.
5. Kita hendaklah bijaksana dalam melakukan sesuatu tindakan.
Contohnya, Julia menaiki bas dari Kuala Lumpur ke Banting semata-mata untuk mengenal pasti masalah kemerosotan BMPRO Transport.
6. Kita hendaklah tabah dalam menempuhi dugaan hidup
Contohnya, Julia tabah menghadapi kematian abah dan mama yang terlibat dalam kemalangan di Karak.
7. Kita hendaklah bekerjasama antara satu sama lain.
Contohnya, Julia dan Jun bekerjasama dalam melaksanakan program homestay untuk memulihkan kembali masalah yang berlaku dalam perniagaannya.
8. Kita hendaklah sanggup memaafkan kesalahan orang lain.
Contohnya, Julia sanggup memaafkan Encik Baharom yang berniat jahat mahu menjual BMPRO Transport atas kepentingan peribadinya.

No comments:

Post a Comment