Wednesday, March 25, 2009

PERIBAHASA GAJAH

  1. ~ berak besar, kancil hendak berak besar juga, akhirnya kebebangan juga prb orang miskin menderita kerana mencontohi ke­hidupan orang kaya;
  2. ~ dialahkan oleh pelanduk prb orang berkuasa dapat dikalahkan oleh orang lemah;
  3. ~ dipandang spt kuman prb orang yg naik marah tidak gentar menentang orang besar mahupun lawannya;
  4. ~ ditelan ular lidi = ~ mati dicatuk katak prb anak golongan raja diperisterikan oleh orang kebanyakan;
  5. ~ lalu dibeli, kusa tidak terbeli prb mengerjakan sesuatu yg mustahak dgn tidak menghiraukan perkara-perkara kecil yg tidak kurang pentingnya bagi menjayakan pekerjaan tadi;
  6. ~ mati kerana gadingnya prb seseorang mendapat kemalangan kerana keunggulannya;
  7. ~ mati meninggalkan tulang prb jasa baik seseorang yg mati dikenang juga;
  8. ~ mati tulang setimbun prb orang kaya mati meninggalkan banyak hartanya;
  9. ~ seekor gembala dua prb a) seorang perempuan yg menduakan suaminya; b) dua orang memimpin satu pekerjaan;
  10. ~ sama ~ berjuang pelanduk mati di tengah-tengah = ~ bergajah-gajah pelanduk mati tersepit prb kalau orang besar-besar yg berselisih, rakyat yg mendapat susah;
  11. ~ turun di tengah rumah prb menanggung kesusahan kerana menerima kedatangan tamu agung (orang besar);
  12. bangkai ~ bolehkah ditutup dgn nyiru = spt ditempuh ~ lalu prb kejadian yg besar tidak dapat disembunyikan;
  13. spt ~ masuk kampung prb seseorang yg melakukan sesuatu sekehendak hatinya;
  14. spt ~ putih ditambat prb seseorang yg merugikan kita kerana menanggung sara hidupnya;
  15. spt ~ rompong belalai prb raja yg kehilangan kuasanya;

No comments:

Post a Comment