Wednesday, April 21, 2010

Senarai Peribahasa dalam Buku teks Tingkatan 4
1. Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat
Maksud : Kata sepakat yang dicapai dalam mesyuarat.

2. Darah daging
Maksud : Anak dan saudara-mara daripada keturunan sendiri.

3. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
Maksud : mengalami susah senang bersama-sama.

4. meninggi diri
Maksud : Sombong

5. bermuka dua
Maksud : Tidak jujur.

6 baik hati
Maksud : Bersikap baik dan penyayang (suka menolong).

7. tulang belakang
Maksud : Punca kekuatan/ orang harapan

8. bara yang digenggam biar sampai jadi arang
Maksud : Mengerjakan sesuatu yang sukar hendaklah sabar, sehingga mencapai kejayaan.

9. bagai kaca terhempas ke batu
Maksud : Sangat sedih atau kecewa.

10. melentur buluh biarlah dari rebungnya
Maksud : Mendidik anak biarlah sejak mereka kecil lagi.

11. duduk sama rendah, berdiri sama tinggi
Maksud : dua orang atau pihak yang sama darjat dalam adat

12. seperti lembu dicucuk hidung
Maksud : Orang yang selalu menurut kemahuan orang

13. yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing
Maksud : Bersama-sama menghadapi atau mengerjakan sesuatu.

14. dayung sudah di tangan, perahu sudah di air
Maksud : segala-gala yang dikehendaki sudah diperoleh.

15. terang hati
Maksud : Lekas pandai.

16. rendah hati
Maksud : Tidak sombong

17. murah hati
Maksud : Pemurah.

18. tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas
Maksud : Adat yang tidak berubah; sesuatu yang tetap utuh.

19. Tangan kosong
Maksud : Hampa.


Senarai Peribahasa dalam Buku teks Tingkatan 5


1. lintah darat
Maksud : Peniaga yang mengambil keuntungan yang terlalu tinggi.

2. bagai aur dengan tebing
Maksud : Hubungan yang rapat antara sama sama yang lain dan saling membantu.

3. anak dagang
Maksud : Orang luar yang datang menetap di sesuatu tempat

4. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri
Maksud : Walau bagaimanapun kelebihan di negara orang, tetap negeri sendiri lebih baik lagi.

5. kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai
Maksud : Kalau takut berhadapan dengan penderitaan , lebih baik jangan melakukan sesuatu yang susah


6. indah khabar daripada rupa
Maksud : Perkhabaran tentang sesuatu perkara yang dilebih-lebihkan.

7. hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah
Maksud : Pengagihan yang sama banyak.

8. bukit sama didaki, lurah sama dituruni
Maksud : Perhubungan yang sangat akrab, senang susah bersama.

9. kacang lupakan kulit
Maksud : Orang yang melupakan asalnya atau orang yang pernah menolongnya setelah mendapat kesenangan.

10. Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung
Maksud : Menurut adat atau peraturan di tempat yang kita diami atau tinggal.

11. masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak
Maksud : Menyesuaikan diri dengan tempat dan keadaan

12. ibarat telur sesangkak, pecah sebiji, pecah semua
Maksud : kesilapan yang dilakukan oleh seseorang menyebabkan orang lain yang menerima akibatnya..

13. memerah otak
Maksud : Berfikir dengan bersungguh-sungguh.

14. kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya
Maksud : Tak akan tercapai maksudnya kalau tak mahu berusaha dan bersusah payah

15. berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian
Maksud : Bersusah payah terlebih dahulu untuk mendapatkan kesenangan pada kemudian hari.

16. yang bulat tidak datang menggolek, yang pipih tidak datang melayang
Maksud : Sesuatu benda tidak akan datang tanpa usaha

17. sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit
Maksud : Sabar mengerjakan sesuatu lama-lama berhasil juga.

18. bak cendawan tumbuh selepas hujan
Maksud : Terlalu banyak pada sesuatu masa.

19. bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat.
Maksud : Kata sepakat yang dicapai dalam mesyuarat.

20. yang kita kejar tak dapat, yang kita kendong pula berciciran
Maksud : Bernasib malang kerana setelah memperoleh sesuatu, tetapi yang sudah di tangan hilang pula.

21. mencari jalan
Maksud : Berikhtiar menyelesaikan sesuatu perkara.

22. biar mati anak, jangan mati adat
Maksud : orang yang kuat perpegang pada adat.

23.sediakan payung sebelum hujan
Maksud : Berjaga-jaga dulu sebelum mendapat sesuatu bencana.

24. berbesar hati
Maksud : Gembira.

25. anak buah
Maksud : a. Anak saudara. b. Pekerja di bawah jagaan kita.

26. tuan rumah
Maksud : tempat berlangsungnya sesuatu acara

27. yang lama dikelek, yang baharu didukung
Maksud : Adat yang lama tetap diamalkan di samping budaya hidup yang baharu.

28. batu penghalang
Maksud : Halangan

29 untung anak lelaki cari-carikan, untung anak perempuan nanti-nantikan
Maksud : orang lelaki yang merisik bakal isterinya.

30. bagai ikan pulang ke lubuk
Maksud : a. Orang yang pulang ke tempat asal. b. Kehidupan yang senang.
Tahun 2009 (J)
  1. Tiada rotanakar pun berguna
  2. Menepuk air di dulang terpercik ke muka sendiri
  3. Kerbau dipegang pada talinya, manusia dipegang pada janjinya
Tahun 2008 (N)
  1. Bagai menatang minyak yang penuh
  2. Benih yang baik jatuh ke laut menjadi pulau
  3. Hati gajah sama dilapah hati kuman sama dicecah.
Tahun 2008 (J)
  1. Mendapat durian runtuh
  2. Berani kerana benar, takut kerana salah
  3. Sesat di hujung jalan, balik ke pangkal jalan
Tahun 2007 (N)
  1. Bahasa Jiwa Bangsa
  2. Bagai dakwat dengan kertas
  3. Seperti air di dalam kolam
Tahun 2007 (J)
  1. Bagai kacang lupakan kulit
  2. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
  3. Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian. Bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian
Tahun 2006(N)
  1. Bahasa jiwa bangsa
  2. Nak seribu daya, tak nak seribu dalih
  3. Mata pena lebih tajam daripada mata pedang
Tahun 2006 (J)
  1. Seperti ular kena palu
  2. Carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga
  3. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih
Tahun 2005 (N)
  1. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul
  2. Seperti burung dalam sangkar, mata lepas badan terkurung
  3. Ukur baju di badan sendiri
Tahun 2005 (J)
  1. Seperti ikan pulang ke lubuk
  2. Muafakat Membawa Berkat
  3. Sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain.
Tahun 2004 (N)
  1. Bersatu teguh bercerai roboh
  2. Bagai tanduk diberkas
  3. Kalah jadi abu, menang jadi arang.

Tuesday, April 20, 2010

Bab demi Bab Novel Merdeka! Merdeka!

Sinopsis novel BM Tingkatan 3 - Merdeka ! Merdeka !
Penulis : A. Rahman Hanafiah


Bab 1 : Das-das Tembakan

Kudin dipilih untuk memyampaikan ucapan sempena majlis perhimpunan di Kuala Lumpur. Kebetulan pula pada masa ini Pak Awang, iaitu ayah Kudin diberi amaran oleh Tuan White agar tidak campur tangan dalam urusan menentang Inggeris.

Bab 2 : Sampai ke Larut Malam

Mesyuarat di rumah Tuk Ketua tergendala kerana banyak yang terlibat dalam menguruskan jenazah Pak Karim. Kira-kira sebulan yang lalu, PPK dihidupkan semula dan kali ini Kudin dan kawan-kawannya turut serta. Ibrahim telah menggantikan Pak Awang untuk pergi ke Kuala Lumpur.

Bab 3 : Kubu di Tebing Sungai

Pengganas ingin menguasai Kampung Teras Jernang dan dijadikan markas untuk menguasai kampung-kampung di sekitarnya. Dalam perjalanan ke khemah, Kudin juga diberitahu bahawa pak ciknya, iaitu Barman dibunuh kerana menjadi tali barut Jepun. Ujang juga tahu bahawa ayahnya menganggotai kumpulan pengganas.

Bab 4 : Perjalanan

Kudin dan Ibrahim pergi ke Kuala Lumpur dengan menaiki kereta api malam. Mereka menemui Encik Hasmun di Kuala Lumpur dan diberitahu bahawa Inggeris gagal menepati janji dengan MPAJA yang hendak memberikan kemerdekaan. Selepas Jepun menyerah kalah pada tahun 1945, tiada tanda-tanda Inggeris hendak memberikan kemerdekaan.

Bab 5 : Serampang Dua Mata

Mesyuarat tersebut memberikan tumpuan kepada usaha-usaha yang harus dilakukan bagi menentang penjajah. Majlis bersetuju untuk mengadakan satu persidangan pada 1 hingga 4 Mac 1946 bertempat di Kelab Sultan Sultan Sulaiman.

Bab 6 : Hilang

Sebaik sahaja Kudin balik dari Kuala Lumpur, dia bercadang untuk pergi menyelamatkan Bustam yang telah ditangkap oleh pengganas tetapi dilarang. Pak Awang dan Hassan berbincang tentang langkah keselamatan.

Bab 7 : Tetamu Berdua

Majikan Pak Awang, Tuan White menyuruh dua orang pekerjanya memberitahu Pak Awang untuk memberhentikan perjuangannya. Pak Awang naik darah dan membuat keputusan untuk berhenti kerja. Pak Awang, Ibrahim, dan Kudin menjalankan kutipan derma. Walaupun tidak begitu banyak wang yang dikumpulkan, tetapi sudah cukup untuk membuktikan bahawa perjuangan menentang Malayan Union direstui oleh penduduk kampung.

Bab 8 : Detik yang Dinanti

Pak Awang dan keluarga Pak Kasa bulum pulang setelah tiga hari masuk ke dalam hutan. Pada masa yang sama, Kudin bersiap sedia untuk pergi ke Kuala Lumpur. Kudin tiba di Bangunan Sultan Sulaiman. DYMM Sultan Selangor berkenan untuk merasmikan perhimpunan raksasa tersebut. Tugas yang banyak di Kuala Lumpur menyebabkan Kudin lupa akan peristiwa yang berlaku di Kampung Teras Jernang.

Bab 9 : Dalam Kebanjiran Manusia

Banyak pemimpin dan orang Melayu datang berhimpun pada 1 Mac 1946. Kudin berasa sedih apabila diberitahu bahawa ayahnya telah dibunuh oleh komunis. Sungguhpun demikian, Kudin masih dapat memberikan ucapan dengan penuh semangat. DYMM Sultan Sulaiman turut memuji kebjaksanaan Kudin.

Bab 10 : Hancurkan ! Musnahkan !

Pada 1 Mac 1946, cadangan untuk menubuhkan UMNO demi menuntut kemerdekaan telah mendapat sokongan. Antara keputusan yang telah dipersetujui ialah meminta Raja-raja Melayu memulaukan hari perasmian Malayan Union. Kudin balik ke kampung untuk menziarahi kubur ayahnya.

Bab 11 : Gerakan Raksasa

Penduduk Kampung Teras Jernang termasuk Kudin membina kubu dan khemah di sekeliling kampung. Encik Hasmun mengajak Kudin menghadiri perarakan di Kuala Lumpur. Di Kuala Lumpur, Kudin membantu kerja-kerja di pejabat. Pihak Inggeris telah merasmikan penubuhan Malayan Union dan Sir Edward Gent dilantik sebagai Gabenor yang pertama. Kudin mengikut Datuk Onn dan Encik Hasmun ke Pahang, Terengganu dan Kelantan untuk menyertai perarakan.

Bab 12 : Hari Keramat

Dua hari sebelum upacara perasmian Malayan Union dilancarkan, semua ahli UMNO telah bersetuju dengan cadangan Datuk Onn untuk menunjuk perasaan secara besar-besaran. Akibatnya, pihak Inggeris tidak dapat berbuat apa-apa lagi kerana sikap tegas yang ditunjukkan oleh penduduk tempatan. Datuk Onn membuat keputusan untuk melatih Kudin menjadi tokoh politik tanah air.

Sunday, April 11, 2010

YANG


1. Y~ Amat Arif rujukan kehormat utk Ketua Hakim Negara (dlm situasi formal, spt di mahkamah dsb);
2. Y~ Amat Berhormat rujukan kehormat yg digunakan utk Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Besar;
3. Y~ Amat Berbahagia rujukan kehormat yg digunakan utk mereka yg bergelar Tun dan Toh Puan;
4. Y~ Amat Mulia rujukan kehormat yg digunakan utk Undang (luak di Negeri Sembilan);
5. Y~ Arif rujukan kehormat yg digunakan utk Hakim (pd situasi yg formal spt di mahkamah dsb);
6. Y~ Berbahagia rujukan kehormat yg digunakan utk mereka yg bergelar Tan Sri, Puan Sri, Datuk Seri, Datuk Paduka, Datin Paduka, Dato', Datuk dan Datin (yg bukan wakil rakyat);
7. Y~ Berhormat rujukan kehormat yg digunakan utk Menteri, Timbalan Menteri, Yang Dipertua Dewan Negara, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Yang Dipertua Dewan Negeri, Ahli Dewan Rakyat, Ahli Dewan Negara, dan Ahli Dewan Undangan Negeri;
8. Y~ Berhormat Mulia rujukan kehormat yg digunakan utk Menteri, Timbalan Menteri, Yang Dipertua Dewan Negara, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Yang Dipertua Dewan Negeri, Ahli Dewan Rakyat, Ahli Dewan Negara dan Ahli Dewan Undangan Negeri yg berketurunan raja;
9. Y~ Dipertua orang yg dilantik menjadi ketua sesuatu persatuan (perkumpulan dll); Y~ Dipertua Negeri gelaran utk ketua negeri bagi Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak;
10. Y~ Dipertuan gelaran utk raja yg memerintah, sultan, tuanku;
11. Y~ di-Pertuan Agong gelaran utk Ketua Negara Malaysia;
12. Y~ Maha Kuasa Tuhan, Allah;
13. Y~ Maha Mulia rujukan kehormat utk sultan atau raja yg memerintah;
14. Y~ Mulia rujukan kehormat utk mereka yg bergelar Tengku, Raja, Syed, Engku (Ungku) dan Datu;
15. Y~ Teramat Mulia rujukan kehormat utk keluarga diraja yg terdekat.

Thursday, April 8, 2010

Sunday, April 4, 2010

Sinopsis Cerpen Mariah
Cerpen ini mengisahkan tekanan jiwa yang dialami oleh seorang pelajar tingkatan enam bernama Mariah kerana perlakuan ayahnya yang tidak bertanggungjawab. Edah, rakan Mariah menyampaikan hajat Cikgu Tini supaya Mariah berjumpa dengannya di bilik kaunseling pada masa pertama selepas rehat. Pelbagai persoalan bermain-main di kepala Mariah sebelum bersemuka dengan Cikgu Tini. Dalam pertemuan yang disifatkan sebagai pertemuan kakak dengan adiknya, Cikgu Tini cuba menyiasat punca-punca yang menyebabkan kemerosotan pencapaian akademik Mariah. Mariah berasa amat malu untuk meluahkan masalahnya yang sebenar, tetapi dia tidak sanggup untuk berbohong. Apabila Mariah diminta supaya berterus terang kerana Cikgu Tini sudah mengetahui segala-galanya, Mariah mula menceritakan masalah yang sedang dihadapinya. Mariah menceritakan bahawa kematian adiknya, Hilmi menyebabkan ayahnya berasa bersalah dan jiwanya tertekan apabila disalahkan oleh ibu. Ayah Mariah mula menjadi seorang kaki botol dan tekanan perasaannya lebih parah lagi apabila isterinya turut meninggal dunia selepas itu. Keadaan ayahnya semakin menjadi tidak menentu dan mabuk serta sering meminta wang daripada Mariah. Mariah menghadapi dilema untuk menunaikan permintaan ayahnya sedangkan dia mempunyai keperluan untuk membeli buku rujukan.

Setelah mendengar pengakuan ikhlas daripada Mariah, Cikgu Tini cuba membantu Mariah dengan meminjamkan beberapa buah buku rujukan kepadanya. Sebaik sahaja Mariah keluar daripada bilik kaunseling, Edah memberitahu Mariah supaya ke pejabat untuk urusan biasiswa. Namun, sebelum sempat ke pejabat, Bibah datang memberitahu Mariah bahawa ada seorang pemuda bernama Borhan ingin bertemu dengannya. Borhan menyampaikan berita sedih tentang kemalangan yang menimpa ayah Mariah. Cikgu Tini tidak dapat menahan kesedihannya setelah mendapat tahu berita tersebut. Borhan menyatakan hasratnya untuk membiayai kos persekolahan Mariah sekali gus ingin melihat Mariah berjaya dalam pelajaran.

Sinopsis Cerpen Di Sisi Rinda
Cerpen ini mengisahkan pengorbanan seorang lelaki tua bernama Jumari Jipan yang terpaksa menjaga seorang anak yatim piatu iaitu Deliah akibat daripada tragedi peperangan yang memisahkannya dengan keluarga yang turut terkorban. Seluruh keluarga Deliah terkena ledakan born dan dia tinggal sebatang kara. Jumari Jipan terharu mengenang nasibnya lantas mengarnbil keputusan untuk menjaga Deliah bersama-sama dengan kucingnya yang bergelar Rinda apabila rnengenang kembali ikatan persahabatan yang terjalin antara Jumari dengan datuk Deliah iaitu Ripin. Jumari amat menyayangi Deliah kerana dia tidak mempunyai cucu sendiri.

Pada suatu hari ketika Jumari dan Deliah berjalan-jalan di sekitar kawasan rumah yang terbiar, mereka terjurnpa sebilah keris pusaka yang dianggap oleh Deliah sebagai keris sakti milik datuk Deliah iaitu Ripin di sebuah tempat yang mempunyai pelbagai cerita mitos. Semasa arwah datuk Deliah masih hidup, keris tersebut dikatakan masih ada tetapi terus ghaib sampailah dia mati. Malah seingat Jumari, keris itu sudah pun hilang beberapa waktu sebelum kematian kawannya itu. Sementara itu, Jumari mendapati ada beberapa buah khemah yang sudah didirikan di sekitar tempat tersebut oleh tentera Jepun. Suasana persekitarannya amat sunyi kerana sebahagian besar daripada penduduk kampung telah meninggalkan kawasan itu sebelum kemaraan tentera Jepun. Tanpa disedari, tiba-tiba datang seorang askar Jepun menghampiri mereka untuk mengambil kucing kesayangan Deliah. Tetapi, Deliah dan Jumari cepat bertindak dan terus melarikan din menuju ke jeti untuk menaiki bot. Deliah yang sudah biasa dengan semak-samun di situ berlari dengan mudah di celah-celahnya, dan sesekali terdengar bunyi tembakan dari arah belakang. Rupa-rupanya mereka tertembak sesama sendiri. Deliah berasa lega apabila mendapati Jumari turut selamat dan terus menaiki bot di samping menyedari keris tersebut benar-benar hilang.

Sinopsis Cerpen Sebutir Pasir di Kaki

Cerpen ini mengisahkan sikap tegas Fuad yang tidak rela membiarkan Datuk Sukar mengambil alih tanah pusaka arwah ayahnya. Kejadian itu berlaku sewaktu Fuad bercuti di Singapura dan Datuk Sukar cuba mendapatkannya dengan meminta ibu Fuad menurunkan cap jarinya di surat serah kuasa. Fuad sangat marah dengan tindakan Datuk Sukar yang membelakangkannya. Lantas, Fuad bertekad untuk berjumpa dengan Datuk Sukar dan mengambil semula geran tanah dan membatalkan surat serah kuasa yang ditandatangani oleh ibunya. Walaupun dilarang oleh ibunya, Fuad tetap berdegil dan terus ke rumah Datuk Sukar. Setelah didesak, Fuad menjelaskan maksud kedatangannya kepada Datin Sipah dan Junainah sementara menanti Datuk Sukar balik.

Sekembalinya Datuk Sukar dari jamuan kerajaan, dia sudah dapat menjangkakan maksud kedatangan Fuad. Datuk Sukar cuba menerangkan kedudukan yang sebenarnya tentang tujuan pengambilalihan tanah tersebut dan menjelaskan projek yang sedang dirancang secara usaha sama dengan tauke Ban Heng. Dia menawarkan harga yang agak lumayan sebagai ganti rugi kepada Fuad supaya dia dapat membeli lebih banyak tanah lain. Namun, segala tawaran Datuk Sukar ditolak oleh Fuad kerana dia tidak sanggup meninggalkan bandar tersebut dan membiarkan tanahnya diambil untuk kepentingan orang lain. Malah, Fuad turut menyatakan kesediaannya untuk mencarikan Datuk Sukar tanah yang lain jika diperlukan. Bagi Fuad perkara ini bukanlah kecil baginya kerana soal tanah pusaka ini melibatkan masa depan keluarganya. Tindakan tegasnya menyebabkan Datuk Sukar marah dan menganggap Fuad cuba menggagalkan projeknya dan melepaskan peluang untuk menjadi kaya-raya. Kemarahan Datuk Sukar tidak dapat dibendung kerana dia amat kesal dengan sikap Fuad yang tidak mengenang budi dengan mengungkit-ungkit segala kebaikan dan keistimewaan yang diberikannya kepada Fuad. Selain itu, dia turut memberhentikan Fuad daripada syarikatnya dan memutuskan hubungan cinta yang terjalin erat antara Fuad dengan Junainah, sekali gus membatalkan hasratnya untuk menerima Fuad sebagai menantunya.

Sambil menyerahkan semula geran tanah tersebut, Datuk Sukar terus mengusir Fuad keluar dari rumahnya. Fuad menyerahkan segala-galanya kepada Tuhan. Pada masa itu, kedengaran suara Datin Sipah memanggil Junainah dan Fuad untuk meminta bantuan mereka kerana Datuk Sukar pengsan.

Sinopsis Cerpen Aku, Kris dan Kristal
Cerpen ini mengisahkan pengalaman hidup suka duka seorang anak dagang bernama Hana Hashim, ketika melanjutkan pelajarannya di Cardiff, Britain. Semasa berada di sana dia rapat dengan Kris dan Kristal. Mereka menjadi sahabat karib. Sebelum berpindah ke apartmen, Hana dipelawa oleh Kris untuk tinggal di rumah ibu Kris, semasa ayah Kris bertugas di Malaysia. Hana sering dibawa oleh Kris dan Kristal melawat tempat-tempat yang menarik di sekitar Britain. Walau bagaimanapun, Hana yang mempunyai pegangan agama yang kuat sentiasa menjaga adat ketimuran dan batas pergaulannya. Apabila berpindah ke apartmen bersama-sama dengan rakan-rakan, Hana bebas untuk mengadakan usrah dan mengikuti program yang dianjurkan di Malaysian Hall. Puan Doogan, ibu Kris sesekali datang menjengok Hana. Sejak itu, perhubungan antara Hana dengan Kristal mulai renggang dan tidak semesra dulu apabila Kristal mendapati Hana mendapat perhatian yang lebih daripada Kris. Tanpa diduga, Hana menerima sepucuk surat dari kampung yang memintanya untuk menerima peminangan daripada Cikgu Wan Hadi. Hana tidak membantah, malah menyerahkan bulat-bulat kepada ibu bapanya untuk membuat keputusan.

Pada masa yang sama keadaan salji di luar sudah beransur kurang. Hati Hana semakin sebak apabila mengenang kembali detik-detik pertemuannya dengan Kris dan Kristal. Kristal pernah menemui Hana untuk bertanya tentang hubungannya dengan Kris. Hana berterus terang dan menafikan sebarang ikatan dengan Kris sambil memberitahu Kristal bahawa dia sudah pun bertunang dengan orang lain. Kristal berasa lega dengan pengakuan Hana. Lewat senja, Hana menerima panggilan telefon daripada Kris kerana dia ingin berjumpa dengan Hana. Kris menyatakan hasratnya untuk melanjutkan pelajarannya di Jerman Barat kerana kecewa apabila mendapat berita bahawa Hana sudah bertunang. Kristal turut kecewa kerana pemergian Kris dirahsiakan daripadanya. Mulai saat itu, Kristal berkenalan dengan Fiztgerald dan tingkah lakunya semakin berubah. Perasaan kecewanya terhadap Kris membuat Kristal mengambil tindakan membunuh din dengan mengambil terlalu banyak pil tidur. Ketika Hana mengenang kembali detik pertemuannya dengan Kris dan Kristal beberapa tahun yang lain, serta memerhatikan keadaan salji di luar jendela, tiba-¬tiba dia dikejutkan dengan kehadiran seseorang yang pernah dikenal sebelum itu.

Sinopsis Cerpen Virus Zel untuk Abah
Cerpen ini mengisahkan kehidupan seorang remaja bernama Zel yang menghadapi konflik jiwa ekoran daripada perpisahan kedua¬-dua orang tuanya. Dia amat sedih kerana masalah keretakan rumah tangga keluarganya tidak mendapat simpati daripada rakan-rakannya. Walau bagaimanapun, nasibnya agak baik kerana dia tetap disayangi oleh mamanya yang sentiasa melayaninya dengan baik dan memberi perhatian dan kasih sayang yang tidak berbelah bagi walaupun sibuk menguruskan perniagaannya yang semakin maju. Zel tidak pernah dilarang untuk berjumpa dengan abahnya atau bergaul sesama saudara tirinya. Namun, walaupun sudah 10 tahun berpisah dengan abahnya, dendam Zel terhadap abahnya masih tidak padam. Zel berhasrat untuk bertindak memasukkan virus ZEL dalam program ZQ 1308 milik keluarga baru abahnya. Dia masih mempunyai teman baik seperti Win yang turut memahami masalahnya dan sentiasa menasihatinya. Hubungan akrab mereka sejak kecil lagi membolehkan Win berjaya memujuk Zel untuk membatalkan rancangannya. Ternyata daripada pujukan Win, Zel akhirnya akur dan membatalkan hasratnya untuk merosakkan program komputer abahnya.

Sinopsis Cerpen Tragedi
Cerpen ini mengisahkan tragedi yang sangat menyedihkan Pak Ismawan yang kehilangan anaknya, Iswan dalam kemalangan jalan raya. Iswan ialah seorang remaja yang cemerlang bukan sahaja dalam bidang akademik, malah dalam bidang sukan, khususnya permainan badminton. Dia pernah mewakili negara ke pertandingan Piala Thomas. Kehebatannya mendapat sanjungan para peminat. Ketika Pak Ismawan sedang berdoa, dia didatangi olah Irnawati, rakan sekelas Iswan sejak tingkatan satu. Sambil mengucapkan takziah, Irnawati memohon keizinan daripada Pak Ismawan untuk menyimpan raket badminton kepunyaan Iswan sebagai kenang-kenangan. Semasa hayatnya, Irnawati pernah berselisih pendapat dengan Iswan apabila bercakap tentang permainan badminton.

Kemalangan berlaku sewaktu Irna menemani Iswan sambil berbasikal untuk latihan stamina. Ketika mereka menyusuri jalan, sebuah kereta dari belakang telah menabrak Iswan. Dia dilanggar oleh rakannya sendiri, George Bulang yang memandu kenderaan dalam keadaan mabuk dan masih lagi di peringkat bawah umur. Iswan dikejarkan ke hospital, tetapi doktor gagal menyelamatkannya. Beberapa bulan kemudiannya, kes kemalangannya diputuskan oleh mahkamah sebagai kes langgar dan lari. Pak Ismawan bersedia memaafkan George Bulang walaupun dia sebenarnya sangat marah dan sedih.

Pada suatu hari, Pak Ismawan didatangi oleh seorang pegawai dan Majlis Keselamatan Jalan Raya yang bertujuan untuk mengundangnya memberikan ceramah sempena kempen keselamatan jalan raya. Pak Ismawan bersedia memberikan penerangan tentang tragedi yang menimpa anaknya sebagai iktibar kepada para hadirin. Dalam keadaan sebak, dia menasihati mereka supaya berhati-hati di jalan raya, di samping mematuhi peraturan dan tidak sekali¬-kali memandu dalam keadaan mabuk.

Sinopsis Cerpen Budi Yang Tak Terbeli
Cerpen ini mengisahkan pengorbanan seorang ibu bernama Jemah terhadap anaknya Murni. Jemah yang masih tinggal di kampung sering diajak oleh Murni untuk tinggal bersama-¬samanya di bandar. Setelah memujuk beberapa kali, akhirnya ibunya mengikut Murni ke rumah sewa Murni di bandar. Pada hari pertama lagi, apabila Murni dan suaminya iaitu Jamal ke pejabat, Jemah berasa kurang selesa dan risau apabila terkenang akan kampung halamannya. Kebiasaan membuat kerja di kampung menyebabkannya tidak selesa duduk diam. Lantas dia mengambil kesempatan itu untuk menajak rumput di sekeliling rumah anaknya, Tetapi, perbuatannya itu telah menimbulkan kemarahan menantunya, Jamal apabila dia balik dari tempat kerja. Manakala pada sebelah petangnya, Jamal sekali lagi tidak senang hati apabila melihat pokok ketapang di depan rumahnya ditebang oleh ibu mentuanya. Jamal menunjukkan sikap marahnya sambil menyindir ibu mentuanya. Pada petang itu, Murni membawa ibunya bersiar-siar melihat keindahan kota, tetapi ternyata Jemah tidak terhibur dengan cara hidup yang dianggapnya serba tidak selesa itu. Dia mahu balik ke kampung.

Pada suatu hari Murni dan Jamal menerima surat daripada Jemah di kampung yang meminta mereka supaya balik. Kehadiran surat itu tidak menyenangkan hati Jamal dan berprasangka buruk terhadap ibu mentuanya. Jamal sebenarnya seorang menantu yang terlalu berkira-kira sehingga wang yang dikirim oleh Murni kepada ibunya di kampung diminta supaya dikurangkan. Apabila mereka balik ke kampung, Jemah meminta Murni supaya menurunkan cap jarinya. Murni tertanya-tanya akan tujuan ibunya menyuruh dia berbuat demikian. Jemah menjelaskan kepada anaknya bahawa dia ingin memindahmilikkan tanah yang baru dibeli daripada Long Kasah atas nama Murni. Perbuatan ibunya itu benar-benar membuat hati Murni dan Jamal tersentuh dan tidak menyangka sama sekali ibunya begitu mengambil berat akan dirinya. Jamal sedar akan sikap buruknya selama ini terhadap ibu mentuanya itu. Pengorbanan dan budi Jemah ternyata tidak terbalas.

Sinopsis Cerpen Lambaian Malar Hijau
Cerpen ini mengisahkan kehidupan seorang remaja yang bernama Daneng. Dia tinggal di sebuah perkampungan orang asli yang dikelilingi oleh hutan rimba yang penuh dengan flora dan fauna yang pelbagai jenis. Selepas menduduki PMR, dia tidak berminat untuk menyambung pelajarannya lagi kerana hutan belantara baginya sudah cukup untuk meneruskan kelangsungan hidupnya. Pada suatu hari, Cikgu Jo bertandang ke rumahnya untuk mengajaknya pergi memancing. Sebenarnya, kesempatan itu digunakan oleh Cikgu Jo untuk menasihati Daneng supaya menyambung semula pelajaran sehingga ke peringkat universiti. Cikgu Jo amat yakin akan kebolehan Daneng, kerana dia merupakan seorang murid yang bijak. Pada peringkat awal, Cikgu Jo tidak berjaya mempengaruhi Daneng dan berasa kecewa apabila Daneng tetap dengan pendiriannya yang tersendiri yang mahu tinggal terus di daerah pedalaman itu. Hal ini demikian kerana Daneng sudah sebati dengan kehidupan di dalam hutan belantara, di samping meneruskan warisan nenek moyangnya. Namun, kemudiannya Daneng berubah fikiran dan bersedia untuk menurut Cikgu Jo balik semula ke sekolah. Selepas 25 tahun berlalu, kini Daneng sudah bergelar “Datuk” setelah berjaya menjadi orang yang berpengaruh. Tetapi, jasa gurunya tetap dikenang. Cikgu Jo amat bangga akan kejayaan Daneng dan Daneng pula berasa terhutang budi kepada gurunya itu.

Sinopsis Cerpen Kerana Manisnya Epal
Cerpen ini mengisahkan kegigihan dan kesabaran seorang pekebun epal bernama Buchanan, yang berjaya mendapatkan kebun epalnya semula yang mempunyai nilai sentimental baginya. Dia mengusahakan kebun epalnya dengan menanam hampir 200 jenis epal walaupun usianya sudah lanjut. Buchanan amat kecewa kerana pengorbanannya tidak dihargai oleh kelima-lima orang anaknya yang menyisihkannya. Dia dibantu oleh dua orang anak angkatnya, Mazlina dan Yvonne yang menuntut di Universiti Richmond. Mereka bekerjasama membantu Buchanan memetik buah epal dan menjaga pohon epal yang pelbagi jenis itu dengan baik. Tetapi, pada suatu hari Buchanan menerima sepucuk surat daripada pihak Gabenor yang menolak rayuannya untuk mengekalkan kebun epalnya itu. Dia keberatan melepaskan kebun tersebut kepada pihak pemerintah yang bercadang untuk membina lapangan terbang tentera. Dia menentang keras usaha untuk memusnahkan kebunnya dengan mengancam untuk menembak mereka demi mempertahankan haknya. Namun, pada akhirnya sebelum pihak Gabenor memulakan operasi membersihkan kebun epalnya, datang perkhabaran terkini yang membatalkan rancangan tersebut setelah Gabenor menikmati rasa manis dan lazat epal di kebunnya itu.

Sinopsis Cerpen Annyss Sophillea
Cerpen ini mengisahkan perbezaan kehidupan makhluk di planet bernama Alstonia dengan warga di Bumi. Makhluk di Alstonia yang dimaksudkan ialah Annyss Sophillea yang telah berkenalan dengan Akmal, seorang pemuda warga Bumi. Walaupun jarak masa persahabatan yang terjalin agak singkat namun kedua-duanya begitu intim sehingga akhirnya membawa kepada pengorbanan yang tidak terkira nilainya. Annyss sebenarnya sedang berusaha untuk mencari saudara kembarnya, Eyrique Etiqaz yang sepatutnya menaiki takhta di Alstonia menggantikan bapa saudaranya. Namun, pencarian Annyss hampir gagal. Tetapi dengan berbekalkan semangat gigih dan kental, Annyss berjaya menemui saudara kembarnya yang dikurung oleh Strenn. Eyrique sebenarnya diculik oleh Strenn dan konco-konconya kerana dia ingin menguasai Mahligai Alstonia sepenuhnya. Strenn juga mencuba untuk memikat Annyss supaya menjadi Permaisuri Alstonia. Satu pertarungan yang hebat telah berlaku antara Strenn dengan Eyrique sehingga Eyrique nyaris ditewaskan. Walau bagaimanapun, dia dibantu oleh Akmal dan berjaya menewaskan Strenn.

Sinopsis Cerpen Menatap Wajahnya
Cerpen ini mengisahkan seorang anak yatim piatu bernama Muliati yang tinggal bersama-sama dengan neneknya sejak peristiwa kemalangan yang meragut nyawa ahli keluarganya yang tersayang. Dia seorang gadis yang cacat akibat kecelakaan semasa menyertai ekspedisi anjuran Kelab Kembara sekolahnya. Sebelum itu Muliati berperwatakan lincah dan rajin membantu gurunya, di samping terkenal sebagai olahragawati sekolah. Tetapi, sejak kemalangan itu dia mula menyepi dan menyendiri. Namun, berkat usahanya yang gigih dan atas dorongan Cikgu Balkis, dia berjaya menjejakkan kakinya di menara gading. Semasa belajar di universiti, dia sangat merindui bekas gurunya, Cikgu Balkis yang banyak membantu dan menyara persekolahannya sejak terjalin hubungan yang rapat hampir tujuh tahun. Kini, mereka berpisah kerana gurunya berpindah ke daerah lain dan dia tidak dibenarkan menemui Cikgu Balkis atas sebab-sebab yang dia sendiri kurang pasti. Dia cuma diberitahu bahawa suami Cikgu Balkis mahu Cikgu Balkis memberi perhatian sepenuhnya kepada anaknya yang baru dilahirkan setelah lima tahun mendirikan rumah. Muliati yakin anugerah Ilahi yang diterima itu ialah berkat Cikgu Balkis mengasihi anak yatim piatu.

Meskipun sudah bertahun-tahun mereka berpisah, Muliati sentiasa berdoa semoga tercipta bibit pertemuan antara mereka kerana ingin berkongsi kejayaan yang diperolehnya. Hal ini amat dirasal oleh Muliati pada saat dia akan menerima ijazah kepujian pada majlis konvokesyen. Poskad yang diterimanya daripada Cikgu Balkis membuatkan Muliati berasa sayu apabila mendapat tahu Cikgu Balkis sedang menjalani pembedahan kerana menghidap sejenis penyakit ganjil sejak beberapa tahun yang lalu. Cikgu Balkis mengucapkan tahniah atas kejayaannya dan meminta supaya Muliati mendoakannya supaya selamat menjalani pembedahan tersebut.

Sinopsis Cerpen Pusaran
Cerpen ini mengisahkan hubungan rapat antara seorang budak lelaki bernama Junid dengan seekor anak lembu jantan bernama Pusaran. Junid sangat sayang akan Pusaran dan dijaganya sejak Junid berusia empat tahun. Junid dan Pusaran seolah-olah tidak dapat dipisahkan. Junid akan jatuh sakit kalau dipisahkan daripada Pusaran. Hal ini jelas terjadi semasa Junid dihantar ke rumah datuknya untuk bercuti. Semasa tempoh perpisahan itu, Junid dan Pusaran jatuh sakit. Walau bagaimanapun apabila tiba masanya Junid disekolahkan, ayahnya Mohsin dan ibunya Musalmah fikir sudah tiba masanya Junid dan Pusaran dipisahkan. Lagipun, sudah dewasa dalam perkiraan seekor anak lembu jantan dan telah memenuhi syarat untuk dikorbankan. Pada suatu hari, Junid amat gelisah apabila kembali dari sekolah, dia mendapati Pusaran tidak ada lagi di kandangnya. Junid pun mencari-carinya di merata-rata tempat. Akhirnya dia menemui Pusaran yang hampir menghadapi saat-saat untuk dikorbankan oleh Tuan Haji Subki. Penistiwa ini menyebabkan Junid mengalami tekanan perasaan. Apabila melihat keadaan ini, Tuan Haji Subki membatalkan hasrat untuk menyembelih Pusaran.
PENGGUNAAN BAHASA PUITIS DALAM PENULISAN KARANGAN


1 Tidak terkongkong dalam lingkungan tradisi
2 turut menyandarkan harapan
3 mempunyai iltizam yang tinggi
4 anjakan paradigma dan menongkah arus
5 menempah arus globalisasi
6 mempunyai keterampilan tersendiri
7 sesawang negatif
8 sebagai intihanya
9 wajarlah ada tautan
10 tali pengikat dan aturan yang kukuh
11 Masih berada di takuk lama
12 interaktiviti dan komunikasi
13 kolektif dan kompak
14 lebih proaktif dan efesien
15 Meniti arus zaman
16 Impak sampingan yang tidak terperi
17 menjana pertumbuhan ekonomi
18 teras penggerak perkembangan
19 wadah bagi menghasilkan pengeluaran
20 mempunyai prakarsa untuk melakukan perubahan
21 menjadi pemangkin kepada modenisasi
22 melalui suntikan teknologi terkini
23 pancaran budi dan ketinggian agama
24 menyiratkan makna
25 tingkat kekomunikatifan yang tinggi
26 penularannya akan menjadi kian parah
27 kemewahan pun boleh melalaikan
28 mengentalkan perasaan
29 formula ampuh membina perpaduan kaum
30 semangatku seakan-akan luruh
31 menguasai dan mengawal minda
32 berdegar-degar dan lebih besar daripada idea yang cuba disampaikan
33 melonjakkan citra penyampainya
34 berhati-hati dalam pembicaraannya agar tidak terpantul daripada suara kata-kata
yang mengaibkan orang lain
35 guru sebagai tonggak yang menunjangi persekolahan
36 tanggungjawab itu penting untuk dilunaskan demi melahirkan insan berkualiti
37 bahasa merupakan wadah untuk suatu julat kenyataan manusia
38 kenyataan yang dibina oleh mimpi dan fantasi
39 institusi pembentukan akhlak dan sebagai menanam bibit kemanusiaan yang sebenar
40 gelombang laungan ‘belia benci dadah’ bergema
41 mewarisi tampuk kepimpinan
42 media arus perdana
43 generasi penyumbang kebaikan
44 menjayakan agenda negara
45 menanjak usia remaja
46 terserlah keluhuran hati dan ketinggian budi

47 menghidupkan situasi yang erat dan mesra
48 memahami setiap ujaran yang dilahirkan
49 mengenal identiti diri
50 berwadahkan ilmu
51 memuatkan sari pati
52 membuahkan fikiran yang konsisten dan tidak runsing.
53 kemiskinan maklumat
54 kini dia sudah pergi
55 hingga ke titisan darah yang terakhir
56 fajar mula menyingsing
57 manusia yang berada di marcapada ini
58 pentas penyaluran ilmu
59 mengurangkan jurang digital
60 mauduk perbicaraan
61 meneruskan kelangsungan hidup
62 cerminan bangsa yang berperibadi
63 menerjah kecemerlangan
64 menggarap pengetahuan
65 adat resam tradisi mula terhakis
66 potensi otak dan fizikal
67 impak baik dan buruk
68 membisikkan isi hati
68 menyatakan perasaan diri
69 mencari jalan penyelesaian
70 pengalaman biasa yang bernostalgia
71 memberikan nafas dan semangat
72 membentuk personaliti dan hala tuju
73 didominasi oleh akal dan nafsu
74 akal yang sihat dan hati sanubari yang dipandu
75 dilingkungi oleh batas budaya dan agama
76 membicarakan harapan
77 terkepung dalam hiruk pikuk pembangunan
78 bertindak rakus terhadap alam sekitar
79 tepu dengan keghairahan
80 memerlukan revolusi sikap
81 akar umbi dan tunjang keutuhan hidup
82 benteng yang ampuh untuk menghadapi arus dan gelombang perubahan
83 menjadi pemangkin kepada modenisasi
84 apabila alam mula memprotes
85 kupasan mengenai perspektif
86 sikap keakuan mula melonjak-lonjak dalam salur darah
87 ruang lingkup kerjayanya
88 menguasai dada akhbar
89 ambang persaraan
90 njap kedamaian hidup berkeluarga yang berpanjangan
91 mengangkat realiti sebuah masyarakat.
92 bergelut dengan pelbagai penyakit sosial
93 menyelunsur kegawatan ekonomi
94 menghambat usaha
95 merealisasikan bakti
96 membiasakan diri membuat pertimbangan yang wajar
97 menukar dan mematangkan minda masyarakat
98 mempunyai daya tahan yang tinggi,
99 mengundang pada
100 jentera propaganda
BINA AYAT
1. membaca
2. membacakan
3. mengajar
4. mengajari
5. mengajarkan
6. membawa
7. membawakan
8. menjahit
9. menjahitkan
10. menulis
11. menuliskan
12. mengirimi
13. mengirimkan
14. mencari
15. mencarikan
16. membekali
17. membekalkan
18. membuat
19. membuatkan
20. menyuapi
21. menyuapkan
22. meminjam
23. meminjami
24. meminjamkan
25. menikami
26. menikamkan
27. memberi
28. memberikan
29. membeli
30. membelikan
31. menawari
32. menghadiahkan
33. menganugerahi
34. menganugerahkan
35. menghadiahi
36. menawarkan

TUKARKAN AYAT AKTIF DI BAWAH KEPADA AYAT PASIF
1. Bertahun-tahun kami menanti kepulangan ayah dari perantauan.
2. Kebanyakan rakyat tidak memahami kandungan perlembagaan negara.
3. Habitat hidupan liar terjejas oleh kegiatan pembalakan haram.
KESALAHAN EJAAN DAN IMBUHAN
1. Kenaikan kos sarahidup termasuk harga barang bukan sahaja menyusah sesetengah pihak tetapi juga melibatkan pelagai golongan masyarakat.
2. Malaysia sentiasa berkerjasama dengan UNESCO dalam perjuangan membantu negara yang berdepan dengan masaalah buta huruf.
3. Pada tahun ini, syarikat kami mensasarkan pendapatan sebanyak RM300 juta berbanding dengan RM250 juta pada tahun lalu lagi pun perkara ini tidak sukar untuk direalisasikan.
KESALAHAN PENGGUNAAN KATA DAN ISTILAH DAN BAHASA
1. Bank komersial-bank komersial di Negara ini menyatakan kesanggupan untuk membangunkan jendela perbankan Islam dan menghulurkan bantual mekanikal kepada negara luar yang memerlukannya.
2. Prestasi pelajar-pelajar perempuan dalam peperiksaan utama semakin meningkat berbanding dengan pencapaian pelajar lelaki.
3. Kemajuan sains dan teknologi telah menghasilkan ciptaan permainan audiovisual yang canggih sehingga meminggirkan permainan tradisional yang diwarisi oleh kita selama ini.
NYATAKAN SATU PERIBAHASA LAIN YANG SAMA MAKSUD DENGAN PERIBAHASA DALAM PETIKAN DI BAWAH
Kita tidak harus membalut kehidupan dengan sifat kikir yang dibayangkan oleh peribahasa iaitu air digenggam tidak tiris. Sebaliknya, kitadigalakkan supaya mengamalkan sifat pemurah dan suka membantu sesama sendiri. Atas dasar inilah kita dianjurkan supaya sanggup membanting tulang apabila melakukan sesuatu pekerjaan. Sekiranya amalan murni ini menjadi amalah rakyat Negara maka mudahlah nilai murni diserap dalam masyarakat. Justeru, falsafah hidup hati gajah sama dilapah hati nyamuk sama dicecah akan terbentuk. Dengan itu, gejala negatif dalam masyarakat akan berkurangan.

Bagi setiap satu petikan yang diberi di bawah, kemukakan 3 peribahasa yang sesuai dengan cerita dan situasi tersebut.

1. Dalam keadaan sedih bercampur gembira, Lim Pei Pei akan menempuh alam perkahwinan mendahului kakaknya yang sulung. Bakal suaminya pula bukanlah sebangsa atau rakyat Malaysia tetapi berasal dari negara barat iaitu seorang rakyat Perancis. Selepas berkahwin, bakal suaminya akan membawanya bercuti selama dua minggu ke Eropah.

2. Setelah meninggalkan kampung halamannya lebih daripada 20 tahun, tiba-tiba Kou Chee Pet mengambil keputusan untuk pulang ke kampung bagi menabur khidmat baktinya sebagai guru. Kata beliau, walaupun dia beroleh pelbagai kesenangan ketika bertugas di bandar, namun keseronokan yang diperolehnya di kampung tidak sama dengan keseronokan ketika bertugas di Bandar. Setelah kepulangannya ke kampung itu, beliau telah menjadi tajuk perbualan masyarakat kerana beliau merupakan seorang guru yang berdedikasi.

3. Sikap Yow Weng Fai yang malas amat dibenci oleh ibu bapanya terutama dalam aspek pelajaran. Sekali suruh barulah dia mahu memegang buku. Jika tidak, dia sentiasa asyik tidur. Cikgunya iaitu Encik Nazri sering menasihatinya bahawa semua pelajar boleh mencapai kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan. Walaupun seseorang itu sangat lemah dalam pelajaran, namun jika mereka berusaha, mereka pasti akan Berjaya. Perkara yang penting ialah seseorang itu mesti mempunyai kemahuan. Jika kita tidak mempunyai kemahuan atau keinginan, sudah tentulah kita tidak akan berjaya.
SINOPSIS


Abah dan mama membuat keputusan untuk menghantar julajar ke Hidayah Islamic College,Perth,Australia.Keputusan itu memeranjatkan Julia.Namun Julia tetap akur.Mama dan Julia bersama-sama berangkat ke Perth menaili pesawat Boeing 777.Abah tidak dapat pergi kerana ada urusan dan terlalu sibuk dengan kerjaya.enerbangan selama lima jam mengingatkan Julia kepada adik-adiknya dan para sahabat.Semasa ingin ke bilik air,Julia terlanggar seorang pemuda cina bernama Jun.

Di Perth,Julia dan mama menumpang di rumah Pak Cik Khairil dan Mak Cik Nadia.Julia bombing akan gagal dalam pelajarnya kerana dia tidak mahir dalam bahasa inggeris.Julia tertarik dengan keindahan Bandar Perth dan pembangunannya yang dirancang rapi.Warga tuanya pula berbeza daripada warga tua di Malaysia.Mereka dibantu oleh pertubuhan sukarela dan kehidupan mereka terpelihara.Julia teringat akan Rashid yang berniat jahat terhadapnya.Jiwa Julia bergelora kerana terpaksa berubah daripada seorang yang suka bergaul bebas kepada seorang yang pendiam,sopan santun dan berakhlak baik.ketika Julia berada di kedai Collin Booksellers,sekali lagi Julia tersempak dengan Jun.

Julia mulai sedar akan hikmah berpisah dengan rakan-rakan jalanannya,iaitu Rashid,Muna,Jef,Han dan Wei.Julia telah mendaftarkan dirinya di hidayah Islamic College dan terkenang akan Jun yang merupakan kenangan baru Julia di tempat baru di tempat yang indah.Kenangan baru yang indah telah memadamkan kenangan lamanya yang pahit di Kuala Lumpur.

Julia berasa gembira kerana dapat menyusuaikan diri dengan kawan-kawan baru di dalam kelas.Kawan-kawannya menerima kehadiran Julia dan melayannya dengan penuh mesra dan sopan.Julia dapat merasakan betapa besar erti persaudaraan dalam islam.Julia terharu dengan layanan yang diberi oleh Saffiya,sadia dan kawan-kawannya yang lain terhadapnya.Mereka tidak tahu bahawa Julia yang dihormati itu telah hampir terjurumus ke dalam lembah maksiat.Julia dapat juga merasakan kemuliaan hati mama yang menerima perkahwinan abah dan Ummi Sarah dengan hati yang terbuka.

Harga saham di Bursa Saham Kuala Lumpur ditutup rendah.abah tentu sibuk.Keadaan jerebu semakin serius dan perniagaan BMPRO Holding Sdn.Bhd. yang berasaskan pelancongan pasti akan menghadapi masalah.Mama akan pulang.mama menasihati Julia agar mengikuti perkembangan BMPRO kerana suatu hari nanti Julia akan mengambil alih perniagaan BMPRO Holding.Melalui Abah,Julia dapat mengetahui bahawa perniagaan abah semakin merosot.Kematian Tan Sri Yahaya menyebabkan abah kehilangan tempat mendapat nasihat.Kemudian, Julia mendapat hadiah daripada Jun yang dibawa pulang oleh Mak Cik Nadia.

Sudah dua tahun Julia belajar di Hidayah Islamic College.Julia sangat aktif di dalam kelas.Pada waktu itulah, Julia menerima berita bahawa ayah dan mama kemalangan di Karak.Di lapangan terbang, Julia berdoa agar ayah dan mama selamat dan Jun muncul di hadapannya kebetulan ingin pulang ke Kuala Lumpur juga.Akhirnya, Julia menerima takdir kematian abah dan mama dengan linangan air mata.

Kematian Datuk Bakar dianggap satu kehilangan besar kepada Negara,sama dengan kesannya kematian Tan Sri Yahaya.Julia harus memahami hakikat tersebut.Keadaan di rumah semakin muram dari hari ke hari.Nenek Maryam masih tinggal di rumah bersama-sama Julia.Julia teringat akan pesan abah dan mama ketika membuat keputusan untuk menghantar Julia belajar di Perth.Julia diminta oleh abah dan mama untuk bersedia menjadi ketua keluarga jika terjadi apa-apa kepada abah dan mama.Jun menelefon Julia untuk memberi bantuan.Julia teringat akan ugutan Rashid supaya Julia terus berkawan dengannya.

Pada hari ke Sembilan belas kematian abah dan mama, Julia sudah mendapat membina kekuatan diri.Julia teringat akan kedatangan Rashid ke rumah dengan gaya samsengnya menyebabkan nenek membuat laporan polis.Julia terpaksa meninggalkan pelajarannya kerana terpaksa mengambil alih perniagaan abah.Julia membaca e-mel daripada Jun dan Saffiya.Ummi Sarah dating ke rumah untuk menjelaskan kedudukannya di dalam Butik BMPRO Sdn.Bhd dan dia hanya menjalankan perniagaan sahaja manakala butik tersebut milik Julia dan adik-adiknya.

Julia hadir buat kali pertamanya di BMPRO Holdings sebagai pengerusi syarikat.Julia berasa erdebar-debar tetapi terpaksa membina keyakinan diri.Kehadiran Julia disambut dengan senyuman dan ucapan selamat dating oleh staf BMPRO Holdings.Ucapan pertama Julia telah mendapat tepukan yang gemuruh daripada seluruh staf.Julia diperkenalkan kepada setiausahanya dan pengurus syarikat kecuali Syed Mustaffa yang tidak dapat hadir.Pada hari itu juga,Julia terpaksa berjumpa dengan tiga wartawan Utusan yang ingin menemu ramahnya.

Julia teringat akan temu ramah dengan wartawan semalam.Berita yang keluar padahari ini sangat positif yang dapat membina keyakinan orang ramai dan usahawan terhadap BMPRO Holdings.jun menelefon dan mengucapkan tahniah kepada Julia selepas melihat berita pada hari ini.Syed Mustaffa menuntut agar Butik BMPRO Sdn.Bhd diserahkan kepadanya.Julia tidak membuat keputusan tetapi menyerahkan masalah itu kepada peguam syarikat.Sebenarnya,BMPRO Holding menghadapi masalah aliran wang tunai dan Julia terpaksa membuat mesyuarat Lembaga Pengarah.


Julia teringat kepada lawatannya ke Katanning umtuk menziarahi keluarga Sadia.Lawatan itu memberi kesedaran kepada Julia tentang perjalanan hidupnya yang belum pasti diketahui pada masa hadapan.Melalui e-mel Julia dapat mengetahui bahawa sadia mendapat adik kembar dan Brother Haroun menyuruh Julia bertawakal dan Rashid pula meminta maaf atas kekerasannya dahulu.Julia menghubungi Ummi Sarah kerana tidak dapat melawat ke Butik BMPRO dan menyerahkan kepada Ummi Sarah kesemua pengurusan butik tersebut.

Julia menumpukan perhatian kepada masalah BMPRO Transport yang merosot perniagaannya,Julia bimbang kerana kutipan tidak dapat menampung kos operasi.Julia teringat akan nasihat Jun agar membaca dan mengurus masalah syarikat dengan menggunakan ilmu.Pertemuan dengan Pengarah Urusan Cinta Sejati Travel&Tours milik keluarga Jun,diharapkan dapat menjalinkan kerjasama yang menguntungkan kedua-dua belah pihak.Julia akan menghadiri kursus ‘homestay’ di Seri Malaysia yang dianjurkan oleh Kementerian ,Kesenian dan Pelancongan Malaysia.Julia pergi dengan menaiki bas dari Kuala Lumpur ke Banting.

Cabaran yang dihadapi oleh Julia semakin hebat apabila Encik Hashim meletak jawatannya sebagai salah seorang pengurus besar BMPRO Holding Sdn.Bhd.Hati Julia mula risau tetapi dengan membaca buku ‘Membujur Lalu…Suatu Pengalaman Orang Melayu’ dalam pengurusan dapat menenangkan dan mendapat kekuatan untuk menghadapi situasi yang rumit.Encik Baharom marah kepada Julia yang melantik Datuk Jailani dalam menangani masalah terhadap BMPRO Transport.Sebenarnya,masalah yang berlaku disebabkan oleh Encik Baharom sendiri yang suka menyeleweng dan tidak cekap.Julia telah membuktikannya ketika dalam perjaanan dari Kuala Lumpur ke Banting semasa menaiki bas,Encik Baharom insaf dan Julia memaafkannya.

Julia dan Jun mengadakan program ‘homestay’ di kawasan daerah Kubang Pasu iaitu kawasan parlimen perdana menteri.Program ini menggunakan keindahan alam,kemajuan dan kemudahan sedia ada untuk menarik pelancong.Program ini akan dilancarkan oleh Perdan menteri sendiri di Felda Guar Napai.Unit Perancang Ekonomi Negeri Kedah sedia membantu dan setiap penduduk kampong disana akan mengambil sebahagian keluarga angkat pelancong.Julia senang hati apabila Jun berada disisinya.

Julia mendapat tahu bahawa Rashid ditangkap oleh pihak polis atas sebab dikesyaki mengedar dadah.Julia teringat akan perbualannya dengan Rashid,Mona dan Han yang sentiasa mengganggu perasaannya.Julia amat tertarik dengan perwatakan Jun yang tampan dan senantiasa berterus terang.Namun,perbezaan agama telah menyebabkan perhubungan mereka terbatas.Julia pergi berjumpa dengan Encik Ibrahim di pejabat Kementerian Kebudayaan,Kesenian dan Pelancongan Malaysia.Pegawai tersebut mencadangkan supaya menyediakan upacara perkahwinan adat melayu supaya dapat menarik pelancong.

Pagi itu,Julia bersembahyang secara berjemaah bersama-sama Adi.Julia berharap suatu hari nanti Adi pula akan mengambil alih perniagaan BMPRO Hoding.Mereka mendengar kuliah subuh daripada nenek.Pada pagi itu juga mereka pergi menziarahi kubur abah dan mama.Julia teringat akan pertemuannya dengan keluarga Jun di Restoran Fui Gui,Hotel Istana.Semasa berada di tanah perkuburan,Jun dating dengan berpakaian baju melayu serta songkok dan dating kepada Julia dan memberitahu bahawa dia telah lama memeluk agama islam.Julia berasa amat gembira.

Lima puluh orang yang dating dari Jepun,Korea Selatan dan Australia mengambil bahagian.Pelancong menyambut kehadiran perdana menteri, menyertai sukaneka, menyaksikan majlis perkahwinan yang paling bersejarah.Jun dan Julia sudah dinikahkan dua hari yang lalu.Julia tidak dapat menyambut ketibaan Perdana Menteri kerana berada diatas pelamin dengan suaminya,Jun.

TEMA


Kegigihan kaum wanita apabila menghadapi cabaran dalam pengurusan perniagaan.

1. Julia seorang anak gadis yang mengambila alih perniagaan ayanhnya dan menghadapi cabaran dengan kemerosotan prestasi perniagaan yang diambil alih itu dan Julia tidak berputus asa untuk menyelesaikan masalah tersebut dengan bersungguh-sungguh.Julia menjalin kerjasama dengan syarikat perniagaan keluarga Jun, Cinta Sejati Travel&Tours untuk menarik pelancong luar dating ke Malaysia.Hasil berkat,keberanian dan kegigihannya, Julia telah berjaya menjayakan program ‘homestay’ yang dijalankan dengan kedatangan pelancong ke Malaysia.


PERSOALAN



1. Remaja yang runtuh akhlak kerana pergaulan bebas.

-Rashid,Julia,Muna,Han,Jef dan Wei bergaul bebas seperti melepak,meronda,dan membuang masa tanpa melakukan kerja yang berfaedah.
-Rashid suka mengajak Julia yang sudah insaf untuk berfoya-foya.Rasahid tidak mahu perhubungannya terbatas oleh agama.Akhirnya,Rashid ditangkap oeh polis dikesyaki mengedar dadah.


2. Pendidikan agama dapat mengubah remaja dalam membentuk peribadi.

-Julia telah mendapat pendidikan di Hidayah Islamic College.Di sini Julia bergaul dengan pelajar perempuan yang memakai tudung,sopan-santun, dan berakhlak mulia.
-Di sini juga Julia telah mula mengerti erti persaudaraan di dalam islam.Julia dihormati dan dilayan dengan mesra.
-Watak Julia juga berubah setelah mendapat pendidikan agama.Julia berjaya membina ketahanan diri dan dapat menolak kemaksiatan.Julia tidak mengira untung semata-mata didalam perniagaan malah menitikberatkan keadilan social.

3. Kerjasama dalam perniagaan dapat mengeratkan hubungan dan memajukan perniagaan.

-Datuk Bakar sentiasa mendapatkan nasihat daripada Tan Sri Yahaya dalam mengendalikan perniagaannya.Tan Sri Yahaya juga memberi dorongan,mengajar dan menjadi rakan perniagaan yang baik dengan Datuk Bakar.
-Jun sentiasa menawarkan bantuan kepada Julia.Jun juga memberi sebuah buku kepada Julia iaitu ‘Membujur Lalu….Suatu Pengalaman Orang Melayu’ di mana buku ini telah memberi panduan kepada Julia untuk mengendalikan perniagaan.Kerjasama antara BMPRO Travel&Tours dengan Cinta Sejati Travel*Tours melaksanakan program homestay.

4. Masalah jerebu dan kegawatan ekonomi mengakibatkan kemerosotan dalam industri pelancongan.

-Kegawatan ekonomi telah menyebabkan wang ringgit jatuh merundum dan kesan daripada jerebu pula,pelancong luar jarang dating ke Malaysia.Malapetaka ini telah menyebabkan perniagaan BMPRO Holding merosot kerana mereka menjalankan perniagaan berasaskan kepada BMPRO Travel&Tours dan BMPRO Transport.Bantahan telah dihantar kepada pihak berkuasa agar masalah jerebu tidak diperbesar-besarkan dan Kementerian Kebudayaan,Kesenian dan Pelancongan menggalakkan para agensi-agensi pelancongan untuk menghadiri kursus homestay supaya dapat menarik kembali para pelancong untuk menikmati keindahan alam,kemudahan dan kemajuan yang sedia ada di Malaysia.

WATAK & PERWATAKAN.

JULIA.

-Semasa remaja,dia hampir terjerumus ke lembah maksiat kerana bergaul terlalu bebas dan mengikut rakan-rakannya seperti Rashid,Jef,Han,dan lain-lain lagi.
-Julia juga bersifat hipokrit dia remaja.Di rumah dia seorang yang penyayang terhadap adik-adiknya tetapi diluar rumah dia seorang remaja yang liar.
-Julia insaf dan bertaubat apabila mendapat pendidikan agam di Hidayah Islamic College di Perth,Australia dan menjadikan ia sebagai panduan hidupnya.
-Julia seorang yang tabah dan cekal.Buktinya,dia kuat semangat menghadapi segala masalah selepas kematian abah dan mama.
-Julia juga seorang yang berpendirian tegas.Buktinya, dia tidak terpengaruh dengan pujuk rayu Rashid.Julia juga menghadapi karenah Encik Baharom dan Syed Mustaffa tanpa mengubah pendiriannya sebagai seorang pengerusi besar dalam perniagaan.
-Julia juga seorang pemaaf dan belas kasihan.Dia memaafkan Encik Baharom yang ingin menjual BMPRO Transport dan memberinya peluang lagi sekali untuk bekerja.
-Julia juga seorang yang bijaksana , gigih berusaha dan tidak mudah putus asa.Buktinya apabila dia berjaya mengenal pasti masalah di dalam perniagaan BMPRO Transport disebabkan oleh penyelewengan dan ketidak kecekapan pengurusnya.Julia berusaha memulihkan kembali keadaan dengan melaksanakan program homestay.


JUN.

-Jun ialah pemuda cina yang memeluk islam selepas kematian kakaknya,Julia.
-Jun menemui Julia semasa dalam penerbanagan ke Perth,Australia.
-Jun sorang yang tampan dan periang.
-Dia mengambil berat terhadap Julia.Buktinya, dia senantiasa menghubungi Julia ketika Julia menghadapi masalah.
-Dia suka memberi nasihat kepada Julia supaya sentiasa tabah menghadapi dugaan hidup.
-Jun juga seorang yang penyayang dan baik hati.Buktinya, dia selalu mengambil berat terhadap Julia dan adik-adiknya.
-Jun sentiasa menawarkan pertolongan dan membantu memulihkan syarikat Julia yang menghadapi masalah.Buktinya, mereka mengadakan kerjasama anara BMPRO Travel&Tours dengan Cinta Sejati Travel&Tours.
-Jun mencintai Julia dan dia tidak pernah meluahkannya kepada Julia.

RASHID.

-Rashid gemar akan pergaulan bebas dalam perhubungannya.Buktinya, Rashid selalu melakukan maksiat dan bergaul bebas dengan rakan-rakannya seperti Muna,Jef,Han dan Wei.
-Rashid tidak memahami perasaan orang lain.Julia yang baru sahaja kematian abah dan mamanya di ajak keluar untuk berfoya-foya.
-Rashid seorang yang tidak menghormati orang tua.Buktinya, kelakuannya semasa di rumah Julia yang seperti samseng telah menyebabkan nenek Julia membuat laporan kepada pihak polis.
-Rashid seorang yang tamak.Buktinya, dia berhasrat berkongsi harta kekayaan Julia selepas sahaja kematian Datuk Bakar dan Datin Maznah.
-Rashid ditangkap oleh polis kerana dikesyaki mengedar dadah.


DATUK BAKAR.

-Datuk Bakar gigih dalam bekerja.Buktinya, beliau berusaha sedaya upaya untuk memajukan BMPRO Holdings yang mempunyai banyak anak syarikat seperti BMPRO butik,Travel&Tours,Catering dan Transport.
-Beliau mempunyai prinsip yang baik dalam menjalankan perniagaan.Buktinya, beliau tidak memikirkan keuntungan semata-mata, malah beliau mementingkan keadilan social.
-Beliau seorang yang bijak membuat keputusan.Buktinya, beliau meghantar Julia untuk pergi ke Hidayah Islamic College untuk belajar pendidikan agama,
Beliau seorang yang bermuafakat.Buktinya, beliau selalu berbincang bersama Datin Maznah tentang masalah perniagaan dan anak-anaknya.


DATIN MAZNAH.

-Datin Maznah seorang yang penyayang.Buktinya, beliau mengambil berat terhadap suaminya,Datuk Bakar dan anak-anaknya iaitu Julia dan adik-adiknya.
-Beliau seorang yang bersikap rasional.Buktinya, beliau tidak menentang perkahwinan datuk Bakar dengan Ummi Sarah.
-Beliau sering memberi sokongan kepada suaminya.Buktinya, beliau sering berbincang dengan suaminya akan masalah perniagaan dan membantunya.
-Datin Maznah seorang yang bijak dalam menentukan pendidikan anaknya.Buktinya, beliau sendiri menghantar Julia untuk belajar agama di Hidayah Islamic College di Perth,Australia.
-Beliau senatiasa memberi nasihat kepada anak-anaknya.Buktinya, dia menyuruh supaya Julia mengikuti perkembangan perniagaan abahnya walaupun Julia berada di Perth,Australia dan menasihatkan supaya Julia bersedia untuk ambil alih perniagaan jika berlaku sesuatu kepada abah dan mama Julia.

PLOT (Jalinan peristiwa penting)

1. Julia dan mamanya bertolak dari Kuala Lumpur ke Perth,Australia kerana Julia akan belajar agama di Hidayah Islamic College.
2. Di Perth, Julia dilanda kebimbangan kerana Julia tidak mahair bahasa inggeris dan kemampuan untuk berubah menjadi seorang yang berakhlak mulia.
3. Julia teringat akan pertemuannya dengan Jun,seorang lelaki cina yang tampan semasa dalam perjalanan ke Perth,Australia iaitu kenangan barunya yang dapat menenggelamkan kenangan lamanya di Kuala Lumpur.
4. Julia mula belajar di Hidayah Islamic Collegedan dapat menyesuaikan diri.
5. Mama menerima perkahwinan abah dengan isteri barunya iaitu Ummi Sarah dengan hati yang terbuka.
6. perniagaan BMPRO Holding merosot kerana kegawatan ekonomi dan masalah jerebu yang melanda.
7. Julia pulang ke Kuala Lumpur kerana abah dan mama meninggal dunia akibat kemalangan di Karak.Julia tersempak dengan Jun yang juga pulang ke Kuala Lumpur.
8. Julia mengambil alih tugas sebagai ketua keluarga dengan dibantu oleh Nenek Maryam.
9. Jun menelefon dan menasihatkan Julia.Julia teringat akan ugutan Rashid supaya terus berkawan dengannya.
10. Ummi sarah datang ke rumah untuk menjelaskan kedudukannya dalam pernigaan Butik BMPRO.Manakala, butik itu milik Julia dan adik-adiknya.
11. Julia mengambil alih tugas abahnya sebagai Pengerusi BMPRO Holding Sdn.Bhd. dan kesemua anak-anak syarikat dengan hati yang berdebar-debar.
12. Jun mengucapkan tahniah kepada Juliadan mengajaknya untuk bekerjasama dengan perniagaan milik keluargannya.
13. syed Mustaffa menuntut haknya ke atas Butik BMPRO dan Julia menyerahkan segalanya urusan kepada peguam syarikat.
14. BMPRO Holding sdn.Bhd menghadapi masalah dalam aliran wang tunai.
15. Julia eringat akan lawatannya ke Katanning untuk menziarah keluarga Sadia.
16. Julia menerima laporan tentang kemerosotan perniagaan di BMPRO Transport Sdn.Bhd. daripada Encik Baharom.
17. Julia teringat akan temu janjinya dengan pengarah urusan Cinta Sejati Travel&Tours.
18. Julia akan menghadiri program homestay anjuran Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan di Seri Malaysia,Banting.
19. Julia berjaya menyelesaikan masalah penyelewengan dan ketidak kecekapan pengurus di BMPRO Tansport Sdn.Bhd.
20. Julia telah bekerjasama dengan perniagaan Cinta Sejati Travel&Tours melaksanakan program homestay yang akan dilaksanakan di kawasan parlimen perdana menteri iaitu Felda Guar Napai.Kubang Pasu,Kedah.
21. Rashid ditahan oleh polis kerana dikesyaki mengedar dadah
22. Pegawai Kementerian mencadangkan Julia supaya mengadakan kenduri-kendara mengikut kebudayaan masyarakat melayu ketika program homestay itu dijalankan bagi menarik minat pelancong.
23. Jun berterus terang kepada Julia bahawa dia telah lama memeluk agama islam.
24. Jun dan Julia bernikah dua hari sebelum program homestay dijalankan dan berrsanding pada hari program homestay tersebut.


LATAR.

Latar tempat.

1. Di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah,Subang,iaitu ketika Julia dan mama hendak berangkat ke Australia.
2. Pesawat Boeing 777 dimana pertemuan Julia secara tidak sengaja ketika perjalanan ke tandas dengan Jun buat kali pertama.
3. Di luar negeri, iaitu di Hidayah Islamic College,Perth,Australia tempat Julia belajar.Di Bandar Perth juga, tempat rumah Pak Cik Khairil.
4. Di rumah Julia,di mana Ummi Sarah datang untuk menjelaskan kedudukannya di dalam Butik BMPRO.Selain itu, Rashid juga pernah datang untuk mengganggu Julia.
5. Pejabat BMPRO Holding Sdn.Bhd.Di sinilah Julia memulakan tugasnya sebagaa Pengerusi BMPRO Holdings Sdn.Bhd.Selain itu disinilah juga tempat Julia dan Syed Mustaffa bertikam lidah untuk merebut Butik BMPRO.Di sini juga tempat Julia menyelasaikan masalah Encik Baharom dan perniagaan BMPRO Transport Sdn.Bhd.

Latar masa.

1. Secara keseluruhannya,latar masa dalam novel ini mencakupi tempoh masa antara 1997 hingga 1998.
2. Cerita dalam novel ini mengambil latar masa kegawatan ekonomi dan masalah jerebu yang sedang melanda negara ini.
3. Di samping itu,novel ini mengambil latar masa selapas kematian Tan sri Yahaya.Pengurusi Kumpulan DRB-Hicom.

Latar masyarakat.

1. Masyarakat yang mementingkan agama islam.Buktinya, Julia telah di hantar ke Hidayah Islamic College di Perth,Australia untuk belajar agama disana.
2. Masyarakat yang gigih berusaha untuk memajukan syarikat.Datuk Bakar berusaha bersungguh-sungguh untuk memulihkan perniagaannya yang merosot diakibatkan oleh masalah jerebu dan kegawatan ekonomi.begitu Julia yang telah melaksanakan program homestay untuk menarik lebih banyak pelancong ke Malaysia.
3. Masyarakat yang mementingkan agama dalam kehidupan.julia yang telah insaf setelah mendapat pendidikan agama telah berubah.Baginya,pergaulan lelaki dan perempuan mestilah dibatasi oleh agama.
4. Masyarakat yang bekerjasama.Buktinya perniagaan BMPRO Travel&Tours bekerjasama dengan Cinta Sejati Travel&Tours dalam melaksanakan program homestay.

NILAI-NILAI.

1. Kasih sayang.
Nilai kasing sayang dapat dilihat didalam novel ini jelas sekali padanwatak Batuk Bakar dan Datin Maznah yang amat menyayangi anaknya.Mereka menghantar Julia ke Australia untuk belajar agamadan kesannya Julia telah berubah daripada seorang yang suka berfoya-foya kepada gadis yang sopan-santun,berakhlak mulia dan matang.

2. Nasihat-menasihati.
Tan Sri Yahaya selalu menasihati Datuk Bakar dalam urusan perniagaan.Manakala Jun pula menasihati Julia supaya tabah dalam menempuh segala dugaan hidup iaitu semasa dan selepas kematian abah dan mama.

3. Bijaksana.
Julia bijak bertindak dalam menyelesaikan masalah kemerosotan BMPRO Transport dengan mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh syarikat itu.Julia menaiki bas dari Kuala LLumpur ke Banting semata-mata untuk mengetahui masalah penyelewengan dalam BMPRO Transport.

4. Gigih berusaha.
Julia bersungguh-sungguh untuk memulihkan perniagaan BMPRO Holdings Sdn.Bhd.Julia mempelbagaikan kegiatan perniagaannya seperti BMPRO Catering,memulihkan BMPRO Transport dan bekerjasama dengan Cinta Sejati Travel&Tours dalam mengadakan program homestay.

5. Insaf.
Julia insaf bahawa perbuatannya yang berfoya-foya pada zaman remaja mensia-siakan sahaja dandia bertaubat.Julia berubah menjadi seorang gadis yang bersopan dan mementingkan agama dalam kehidupan.Encik Baharom juga insaf akan perbuatannya yang tidak cekap mengurus sehingga menyebabkan berlaku penyelewengan dalam BMPRO Transport dan beliau meminta maaf daripada Julia.

PENGAJARAN.


1. Kita janganlah malakukan perbuatan maksiat kerana perbuatan itu dilarang oleh agama.
Contohnya,Muna bergaul bebas dengan lelaki dan ditiduri oleh banyak lelaki.
2. Kita hendaklah insaf apabila melakukan sesuatu kesalahan dan kembali ke pangkal jalan.
Contohnya, Julia insaf akan perbuatannya semasa usia remaja kerana ia perbuatan yang sia-sia seperti berfoya-foya.
3. Kita hendaklah gigih berusaha untuk mencapai sesuatu kejayaan.
Contohnya, Julia gigih berusaha tanpa mengenal putus asa untuk memajukan BMPRO Holding Sdn.Bhd.
4. Kita hedaklah berani menghadapi cabaran dalam menempuhi liku kehidupan ini.
Contohnya, Julia berani menerajui BMPRO Holding walaupun dalam keadaannya yang tidak berpengalaman dan masih berumur 21 tahun.
5. Kita hendaklah bijaksana dalam melakukan sesuatu tindakan.
Contohnya, Julia menaiki bas dari Kuala Lumpur ke Banting semata-mata untuk mengenal pasti masalah kemerosotan BMPRO Transport.
6. Kita hendaklah tabah dalam menempuhi dugaan hidup
Contohnya, Julia tabah menghadapi kematian abah dan mama yang terlibat dalam kemalangan di Karak.
7. Kita hendaklah bekerjasama antara satu sama lain.
Contohnya, Julia dan Jun bekerjasama dalam melaksanakan program homestay untuk memulihkan kembali masalah yang berlaku dalam perniagaannya.
8. Kita hendaklah sanggup memaafkan kesalahan orang lain.
Contohnya, Julia sanggup memaafkan Encik Baharom yang berniat jahat mahu menjual BMPRO Transport atas kepentingan peribadinya.